بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Kepercayaan, suatu yang terlalu abstrak .. Biar lidah pantas berbicara .. Namun, ia tetap tak bisa diertikan .. Aku mengerti bahawa aku bukan siapa .. Hanya satu watak yang menconteng lakaran .. Tak pantas untuk aku beroleh 'Kepercayaan' itu .. Meski jiwa terbentang dengan penuh keikhlasan .. Aku berbicara untuk kau mengerti .. Tak terlintas untuk memusuhi .. Apatah lagi mengkhianati .. Namun, siapalah aku untuk menghalang .. Andai itu yang kau mahu .. Terserah !!! Semoga ia membahagiakanmu .. Meski aku sakit dalam gelutan jiwa yang meronta .. Aku masih aku yang dahulu .. Aku masih insan yang sama .. Aku masih orang yang serupa .. Walau dibuang dan dipinggir jauh .. Kan tetap aku mendampingi .. Kerana kau adalah aku .. Dan aku adalah dirimu .. p/s : buat insan yang sentiasa dalam ingatan dan doa .. moga bahagia ..
~"Berjalan dan berlari mencari Tuhan..."~