Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

No komen

Bismillah. Done for 2days yang sangat mengaktifkan mulut berpotpet dengan kakak2 sepupu yang tersedia homih dan banyak cakap jugak. Haha. Alhamdulillah sangat. Relationship dengan kak ngah dah baik mcm before this. Semenjak ada Ameer, hubungan kiteorg makin baik. Mana tak nya, maklong Ameer nie dah jatuh cinta dengan Ameer. Hehe. All the day, asyik bercerita je. Semua cerita keluar. Banyaknya kisah2 kat Jordan la kan. Nie untung bila kita ada geng. Banyak cerita yang keluar. Sampai MakNdak cakap, "Kakak nanti jadi mcm k.Ngah la. Ada je cerita nak norak dengan 'orang Jordan' tu. Sebab pernah belajar sekali." Hahaha. Terdiam tahan malu. Bila dah lama tak join kenduri, sekali jumpa semua terkejut tengok aku ada kat Malaysia. Tak semua tahu kisah sebenarnya. Bila dieorg tanya, aku just jawab balik sambung Malaysia. Yang best, semua cousins n makcik pakcik doakan. Tu hadiah paling berharga. Rasa disayangi sangat. Terima Allah. Nak jadi keluarga dengan dieorg sampai

Tension Sikit

Bismillah.. Okay. Tiap kali tulis blog, mesti cerita tak best kan. Asyik nak meluah rasa je kat sini. Tapi, biar lah. Dari aku buat benda yang tak patut. Kenapa ntah, rasa tension. Punca dari mana pun aku tak tahu. Maybe sebab terlalu banyak bergantung pada manusia. Banyak sangat luang masa dengan manusia, sampai hati rasa kosong. Kosong sangat. Macam2 perasaan tgh bercampur sekarang. Tension sangatttt. T.T First, rasa tertekan bila ada orang tanya mcm nie, 'duduk rumah je.? Tak kerja.? Cari duit. Adik2 semua kerja.' Jujurnya, aku memang nak sangat kerja. Sangat nak. Nak kumpul duit sendiri. Nak simpan banyak2 duit tu, biar dapat bantu masa mendatang nanti. Tapi, entah. Dari awal lagi, aku dah niat nak spend time lebih dengan umi. Sebab dalam semua anak, aku paling kurang masa dengan umi. Since 13tahun dah duduk asrama kat kelantan. Dalam setahun, berapa kali je balik KL. Tu pun balik sekejap. Paling lama ada la dalam sebulan dua duduk rumah, time cuti akhir tahun

Takdir

Mencintaimu,  Satu kebahagiaan buatku Mecintaimu,  Satu ketenangan bagiku, Mencintaimu, Satu kehidupan untukku. Dan kerana itu,  Aku terlalu takut untuk kehilanganmu. Meski dalam ketakutan yang teramat ini,  Aku tak pernah lupa bahawa engkau hanya pinjaman, Ku tuntun rasa yang berlegar diruang hati,  Dengan satu lafaz janji dari Tuhan Bahawa, semua milikNYA tanpa kecuali.    Aku tenang, Menyusuri kehidupan tanpa gentar, Andai Tuhan mengambil pinjaman ini, Kan ku redhai, Walau pasti hatiku tersakiti,  Kerana pasti aku punya takdir yang jauh lebih baik dari ini, Juga ku yakini Tuhan sesekali tidak pernah mensiakan aku. Kan.? *Tuhan, andai ini lah yang terbaik. Maka KAU permudahkan semuanya. Kau berkati dan redhailah kami menuju JannahMU. Ikatkan hati kami dalam apa jua keadaan. Ameen. 

Cemburu

Bismillah.. Wallahi. Aku cemburu. Tengok kawan2 kat Jordan dah habis berapa banyak ijazah kelas alquran. Ada dah sampai syahadah. Aku, kelas tahsin pun tak sempat ambik. Setakat kelas tilawah dalam kuliyah. YaAllah. Nak nangis. T.T Sedihnyaaaaa. Aku nak belajar jugak. Moga nanti ada la peluang aku untuk grab benda sama. Walaupun bukan dengan syeikhah yang aku idamkan. Nak fasih dalam AlQuran. Aku dah tak mampu nak habiskan 30 juz. Yang ada sekarang pun, tak mampu nak murojaah tiap2 hari. Tu pun, ada yang ingat tak ingat. Haih Afiqah. Apa nak jadi dengan awak nie. -_______- Speechless tengok orang fasih baca quran. Takde la cakap aku tak boleh baca quran, tapi kdg2 muncul dalam hati soalan, "Betul tak aku sebut huruf nie.?" Nak practiseeee. Hmm. YaAllah. Izinkan lah. 

Waiting

Bismillah.. Makin besar makin rasa menulis nie dunia aku. Nak luahkan peasaan semua thru menulis. Even nak marah pun, kadang2 aku lebih suka menulis. Tulis lah apa yang aku suka. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku lebih selesa menulis. Pada aku, dengan menulis nie, aku oleh tengok tahap kewarasan aku dan kecerdikan yang kadang2 nampak cerdik. Tapi kadang2 tak berapa cerdik jugak. Haha. Just nak share, sekarang nie aku masih tak dpt panggilan untuk interview uia tu. Penat jugak la tunggu sebenarnya, tapi tak prepare sangat pun. Bajet confident je dengan interview tu nanti. Hehe. Entah la. Sekarang nie aku hanya fikir nak sambung belajar je. Transfer ke tak, tu cerita kedua. Janji dapat sambung belajar. Bukan nak kejar sangat master phd semua tu. Tapi, aku nak jadi manusia yang berpendidikan. Atleast, nanti bila dah ada anak cucu, aku boleh jadi contoh kat dieorg. Aku belajar sampai ke menara gading. Even aku pernah kecundang kat Jordan. Haha. Kenangan lah kan. Banyak sangat dah nie sim

Lost

Bismillah. Tension. Serabut. Tak berapa pasti rasa nie dtg dari mana. Tapi, betul-betul tengah tension sekarang nie. Nak luah, tak mampu. Nak pendam, rasa sakit. Sakit sangat. Tapi apakan daya, hanya mampu menahan je. Tahan dan terus menahan. Itu lah aku. Tak reti nak mempertahankan hak sendiri. Pendam. Diam. LAst bila dah sakit sangat, baru nangis. Tapi, apa je pilihan yang aku ada. Nak melawan.? Tu bukan cara aku. Nak marah-marah macam kena gangguan jin.? Memang tak lah. Cukup2 lah dengan derita yang aku tanggung. Hmm. Tapi, aku betul stress. Menanti saat yang betul2 tepat untuk aku muntahkan segala keserabutan aku nie. Sama sekali aku tak benci, aku hanya nak sama2 faham dan tahu untuk saling jaga maruah. Entah lah. I lost my words. Hmmm. Nak nangis sangat nie sebenarnya. Tapi, aku tahan. Tapi sampai bila.??? Sampai satu saat semua tahu dan semua dah tak mampu untuk diubah dan diselindung lagi.? Nau'zubillah. Moga Allah terus pelihara. Ameen. Angin, tolong bawa perasa