Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Nur FURQAN ...

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎ ' ayat yg kami batalkan atau kami hilangkan dari ingatan, pasti Kami ganti dengan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya ,  tidakkah kamu tahu bahwa Allah Mahakuasa atas sesuatu ?'  [albaqarah,106] Quran dipulangkan .. Wajah yang dari tadi tunduk, cuba untuk mengingati ayat seterusnya, diangkat .. Menyambut huluran dengan hati yang sangat sedih .. Serentak lidah mengungkap lafaz صدق الله العظيم .. Mengerti maksud isyarat tersebut .. Kembali mengambil posisi, smbil lidah mengungkap "Na, aku dah putus asa .. " Jujur, bukan itu yang ingin diungkapkan .. Tapi, itulah yang dirasakan kini .. PUTUS ASA .. LEMAH .. Tak mampu diungkap dengan lafaz  .. Tiada kata yang mampu merungkai perit hati yang menanggung .. "Kenapa kau sedih sangat ni ? Rilek la .. " "Na, aku rasa mcm aku tak pernah menghafal Quran sebelum ni .. Padahal, aku ni dah kira murajaah .. Tapi baca tersangkut-sangkut .. Na , aku betul-be

Tak Susah ...

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎ Ada orang cakap , nak bina solehah dalam diri tu susah .. betul ke ? Yup, susah , bila kita tak mampu nak mujahadah .. susah , bila kita rasa susah .. susah , bila nafsu lebih kita utamakan dari mencari redhaNYA ..  Hakikatnya, tak susah pun . Peluang yang ALLAH berikan pada muslimah untuk menghuni syurgaNYA amat luas ..  Sebelum ISLAM sampai kepada manusia , wanita dianggap sebagai hamba .. hak wanita tak diadili .. maruah wanita menjadi bahan ejekan dan mainan .. wanita seperti tiada tempat dimata dunia .. terpinggir .. aib .. Namun kedatangan ISLAM telah meninggikan darjat semua wanita .. Hak wanita diadili , maruah wanita diangkat tinggi , malah wanita dijadikan simbolik sayap kiri para mujahid .. Lihat, betapa ISLAM sangat memuliakan wanita .. Bila ditanya sahabat-sahabat, bagaimana untuk mewujudkan biah solehah dalam diri .. Saya hanya mampu melafazkan hadis ini sebagai jawapan .. Sabda Rasulul

jom berCINTA !!!

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎ "membaca ALQURAN tu bukannya benda yang kita buat sewaktu kita tak tahu nak buat apa.   tapi ALQURAN adalah matlamat.  apa-apa yang kita lakukan setiap hari, perlu ditujukan kepada bagaimana kita ingin dekatkan  diri dengan ALQURAN  mengulang ALQURAN bukanlah perkara yang kita buat ketika kita ada masa lapang saja.  kita perlu cari masa untuk menghadap ALQURAN.  ALQURAN bukan hafalan yang kita lagukan saja.  ALQURAN adalah pesanan yang turun dari langit yang tinggi, yang kita mesti rasa dan fahami. ✿  surat CINTA dari PEMILIK CINTA...  ✿ * thanking  الله  for this blessing. * solat itu tiang agama. we ask things from  الله  dengan solat. solat/doa itu ibadah yang kita boleh lakukan selalu. setiap masa di mana saja. ALQURAN itu apa yang kita mahu dengar dari  الله  . yang kita boleh buka bila2 masa selagi diri mahu. adakala menjadi pengubat kepada banyak penyakit. but all in all, kepada orang awam seperti aku, cukuplah aku ka

buatmu HATI ..

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  hati kian rapuh pada peritnya ujian yang menduga, resah jiwa saat ia bertamu tanpa dipinta, mula mencari pada apa puncanya .. ku pujuk agar ia tenang, ku rayu agar ia kembali lapang, kerna aku tak bisa meneruskan permusafiran, dengan badai yang menghempas jiwa insan.. kemana lagikah harus ku tuju, agar hati kembali bertemu arah, untuk meneruskan pengembaraan itu, dan hilang resah yang tidak terarah.. duhai HATI, kembalilah pada asal penciptaan mu, kembalilah pada fitrah kejadian mu, kembalilah pada awal kewujudan mu.. aku kini gundah, menanti kau sembuh, agar diri kembali mengorak langkah, tanpa rasa-rasa yang menyinggah.. ya ALLAH,  kepadaMU ku serah segalanya ..

salam aidiladha

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  Alhmdulillah, masih diberi kesempatan olehNYA untuk menikmati suasana beraya walau diri jauh dari insan-insan tersayang.. Moga kita dapat sama-sama menghayati erti PENGORBANAN yang sebenar dalam kehidupan.. Kerna berkorban bukan hanya ada pada lembu,kambing,unta atau sebgainya. Namun, ia terletak pada sejauh mana erti pengorbanan yang dapat kita fahami,hayati dan amalkan dlm kehidupan seharian. Salam Aidiladha dari bumi urdun ..

kerana NYA

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  sahabat sejati ... <3 Langkahnya semakin laju. Sedikit pun tak dipeduli orang sekeliling. Entah kenapa, hari ini hatinya betul-betul terusik. Tersentap dengan "sapaan mesra" dari insan yang paling disayangi.  Rasa marah, geram, sakit hati menguasai dirinya kini. "Kita dah lama bersahabat, tapi kenapa kau buat aku macam ni?" Jerit hatinya. Hampir sahaja takungan air mata pecah.  "Please.. Jangan menangis." Dikuatkan hati sendiri. *** "Kenapa dengan awak? Terkejut akak. Tiba-tiba datang mengejut. Selalu kalau nak datang, awak call dulu." Zulaikha bersuara setelah hampir 5 minit Asyikin dibiar sepi tanpa bicara. Sakinah Asyikin pelajar tahun 1 Universiti Yarmouk, manakala Amalina Zulaikha pelajar tahun 3, Universiti Sains dan Teknologi (JUST). Satu-satunya mantiqah (daerah) di Jordan yang mempunyai dua universiti yang berlainan aliran. Universiti Yarmouk terkenal dengan pelajar jurusan agama,

Tentang BULAN ..

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  gambar hiasan .. " Subhanallah, cantiknya bulan malam ni.. " "Awak, tengoklah bulan tu.. Cantik kan??!!" "Kenapa cantik sangat bulan malam ni?" Antara coletah sahabat-sahabat, pada malam 15 Zulkaedah 1432. Perjalan pulang ke sakan (asrama) malam itu, dipenuhi suara-suara ceria sahabat-sahabat. Saya hanya menatap keindahan bulan tanpa bersuara. Lebih selesa mendiamkan diri. Sekali pandang, hati terus mengungkap lafaz . سبحان الله Memang cantik, bahkan amat cantik. Terang. Bulat. Jelas kelihatan. Maha Berkuasa الله . Bulan yang pada zahirnya, tidak seindah yang ditatap. Hanya dengan pantulan cahaya matahari, ia mampu menyerlahkan diri sehingga ada yang terpegun melihat keindahannya. Bulan mampu tampung kekurangan yg ada pada diri dia dengan kelebihan yang ada pada matahari. Bulan tak sia-siakan peluang yang ada macam tu je. Bulan sedaya upaya memantulkan cahaya matahari dengan baik kepada bumi,agar

* trust IT *

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ... Bersyukur masih diberi nikmat iman dan islam sehingga saat ini.. Setiap manusia dikurniakan ALLAH dengan pelbagai nikmat.. Tak kira samada dia muslim atau non-muslim.. Inilah bukti, ALLAH Maha Pengasih dan Maha Pemurah.. Maha Pengasihnya ALLAH pada kita semua as muslim, dan Maha Pemurahnya ALLAH pada yang non-muslim.. ADIL kan?? Namun, sepanjang kehidupan kita as "HAMBA" padaNYA, cuba kita tanya pada diri kita sendiri berapa kali dalam sehari kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.. Andai jawapannya, setiap masa, ALHAMDULILLAH.. Andai sebaliknya, jom koreksi diri.. Bercakap tentang nikmat, ramai yang menganggap nikmat hanya pada sesuatu yang baik dan seronok.. Contohnya, rumah besar, keluarga bahagia, cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya.. Tapi kita lupa, nikmat juga ada pada ujian atau orang kita selalu sebut, "bala" (nauzubillah).. Apa yang tak kena pada kehendak hati dan nafsu.. "ya ALLAH, kenapa K

no KOMEN .. ^.^

"Eh, kenapa hari ni tak ramai orang kat jamiah ni? Jamiah cuti ke? Macam pelik je. Tak kot. Tapi kenapa tak ramai orang ni." Hati bermonolong sendiri sambil kaki tetap meneruskan perjalanan. Semakin gundah bila tengok kawasan jamiah lengang tanpa sesakkan pelajar-pelajar Universiti Yarmouk seperti sedia kala. Jam ditangan ditatap. Pukul 8.45 pagi.   "Tak salah dah. Kelas start pukul 9.00." yakin dia bersuara. Langkah semakin laju, bimbang terlewat ke kelas. Namun, sekali lagi hatinya tergugat. Sesampai dibilik kuliyah, pensyarah masih rancak bersyarah menyampaikan ilmu.  "Aik, doktor ni tak nak berhenti lagi ke? dah pukul 8.55 dah ni. pelik la hari ni." Jam ditangan entah yang ke berapa kali ditatap tajam. Memastikan jarum jam masih berdetik atau sebaliknya. Dicapai telefon bimbit dari poket jubah, menaip nombor sahabat sekuliyah.   "Assalamualaikum" "Waalaikumsalam." "Awak, hari ni kita ada periksa ke?" "Eh, t

ana asifah !!!

بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ... الحمدلله masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat iman dan islam..  cute tak saya??!! ^_^ "Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah"  (QS Al-Syura [42]: 40). Janji الله , dengan mengingatiNYA, hati-hati akan menjadi tenang.. dan  الله  tak pernah mungkir janji.. Benar.. Hati terubat bila baca kalam  الله  ni..  Sungguh, bukan senang untuk sentiasa bersikap memaafkan.  Menelan kepahitan dahulu baru nikmat meresap dihati..  Bahasa mudah..  tak semua suka bila diri dia yang kena   minta maaf sebab pada pandangan dia, dia je yang betul.  "Aku tak salah, buat apa nak minta maaf.. Dia la yang salah, dia yang patut datang minta maaf kat aku.."  Its normal,right??!! Susah betul nak lafazkan kalimat "MAAF" ..  Susah sangat nak sebut,  "Awak,saya minta maaf" ..  Padahal, untuk mengungkapkanny

nukilan buat sahabat pada jalanNYA

Duhai Sahabat.. Aku datang, ingin menemanimu saat ini, Aku datang, ingin membantumu tika ini, Aku datang, ingin menguatkanmu waktu ini, Sahabat, Hatimu milikNYA, Jangan kau berikan pada yang tidak layak, Jangan kau terus biarkan ia layu, Dan jangan biarkan ia mati, Siramilah ia dengan titisan kerinduan padaNYA, Bajailah ia dengan baja cinta yang suci, Peliharalah ia dengan kasih sayang yang tiada berbagi. Sahabat, Hadirnya aku dalam hidupmu, Bukan untuk melalaikanmu, Bukan untuk menggugat hatimu, Bukan untuk meruntuhkan imanmu. Sahabat, Atas dasar sayangku padamu, Aku hadir menasihatimu, Ingin melihat riang wajahmu, Dan tenang jiwamu dengan cintaNYA, Meski terkadang aku juga lalai dan alpha. Telah tertulis pada takdirNYA, Kita tidak bisa bersama, Meski kau pernah mencuba, Bukan niat aku untuk menolak. Percayalah pada janjiNYA duhai shabatku sayang.. Kerana DIA amat menyayangimu.. ~ salam mujahadah buat sahabat yang disayangi pada jalanNYA~

kasih ibu ...

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu ... sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah

bertawakkal dan berserahlah padaNYA ...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. wa Sollu A'lan Nabiy.. Syukur, Alhamdulillah atas setiap nikmat pemberianNYA keatas hamba-hambaNYA yang sering lupa dan alpha untuk sentiasa bersyukur.. ya ALLAH, jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMU, tiap pagi dan petang, tiap siang dan malam, tiap saat dan detik..ameen Kekangan masa bukan suatu sebab yang munasabah untuk sya berikan sebagai alasan untuk tidak menulis. Jawapannya hanya satu, iaitu kerana kurangnya ilmu untuk dikongsikan bersama. Astagfirullah.. Hampir 3 minggu hidup di bumi syam, mengenali dan menghayati adat dan budaya bangsa arab, membuatkan hati semakin bertambah cinta pada bumi barakah ini. Budaya sebarkan salam, diamalkan dengan meluas. Tak kenal tua muda, kaya miskin, kecik besar hatta sesiapa shaja, lidah dengan ringan mengucap salam. Terlalu indah. Sebelum kaki menapak bumi ini, banyak gambaran-gambaran buruk yang diberikan sehingga terkadang terdetik rasa takut di hati. Benar, bangsa arab kasar. Benar, ba

R.A.P.U.H

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu ( opick - Rapuh )

jom tadabbur QURAN ..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Sollu A'lan Nabiy.. Sebelum kita terus menghirup udara milikNYA untuk saat ni, mari sma-sma kita baca doa dibawah: رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (Q.S. An-Naml : 19) Moga kita sama-sama dpt mentadabbur ayat diatas dengan hati, bukan hanya sekadar bc sekilas pandang. Insyallah. Sekadar perkongsian rohani.. ~Selamat beramal~

JORDAN

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Sollu A'lan Nabiy.. ALHAMDULILLAH.. Tiada lafaz yg lebih baik untuk diungkapkan.. Semenjak menjejakkan kaki ke bumi Urdun ni, baru hari ini diberi kesempatan olehNYA untuk mencoret sedikit coretan untuk tatapan sendiri dan jga shbat-shbat.. Tarikh 13 september 2011 mnjadi satu tarikh yag begitu berharga bg kami. Setelah sekian lama berperang dgn pelbagai ujian dan rintangan,akhirnya kami sampai juga kebumi penuh barakah ini.. ALHAMDULILLAH... Saat kaki melangkah masuk ke balai berlepas KLIA, hati tak henti bermain lagu.. Segala rasa cuba dipendam sendiri. Bukan ego, bukan keras hati, bukan berlagak, hanya ingin mnjadi tabah dan kuat untuk ujian perpisahan ini. Walaupun sukar,cuba ditelan. Tiada anak yang sanggup pergi jauh dari ibu bapa, tiada kakak yang sanggup meninggalkan adik-adik, tiada shabat yang sanggup berpisah dgn teman-teman seperjuangan. Dikuatkan hati demi meraih REDHANYA.. Berkali-kali diri memberi peringatan pada hati agar sen