Skip to main content

bertawakkal dan berserahlah padaNYA ...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. wa Sollu A'lan Nabiy..

Syukur, Alhamdulillah atas setiap nikmat pemberianNYA keatas hamba-hambaNYA yang sering lupa dan alpha untuk sentiasa bersyukur.. ya ALLAH, jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMU, tiap pagi dan petang, tiap siang dan malam, tiap saat dan detik..ameen

Kekangan masa bukan suatu sebab yang munasabah untuk sya berikan sebagai alasan untuk tidak menulis. Jawapannya hanya satu, iaitu kerana kurangnya ilmu untuk dikongsikan bersama. Astagfirullah..

Hampir 3 minggu hidup di bumi syam, mengenali dan menghayati adat dan budaya bangsa arab, membuatkan hati semakin bertambah cinta pada bumi barakah ini. Budaya sebarkan salam, diamalkan dengan meluas. Tak kenal tua muda, kaya miskin, kecik besar hatta sesiapa shaja, lidah dengan ringan mengucap salam. Terlalu indah.

Sebelum kaki menapak bumi ini, banyak gambaran-gambaran buruk yang diberikan sehingga terkadang terdetik rasa takut di hati. Benar, bangsa arab kasar. Benar, bangsa arab tidak mementingkan kebersihan. Benar, bangsa arab punya pelbagai tafsiran yang kalian sendiri mengideologikannya. Tapi pada saya tidak. Bangsa arab, bangsa terpilih. Bangsa arab punya pelbagai kelebihan.

Kenapa?? nak tahu??!!




Selongkarlah ia sendiri, dan kalian akan temui keistimewaan mereka. =)

Berbalik pada topik diatas, TAWAKKAL dan BERSERAH DIRI..

" Kalau tawakkal je tapi tak usaha tak boleh jugak.."
" Nak tawakkal macm mana klu dah terang-terang tak dapat.."
" Tak payah nak tawakkal dah, dah cornfirm dah pon.."

Ada apa pada TAWAKKAL???

HEBAT sangat ke kuasa TAWAKKAL??

Persoalan yang sering bermain diminda kita tanpa kita sedari. Sehingga sering juga kita mengabaikan "TAWAKKAL" dalam urusan kehidupan hanya kerana, tak rasa "apa-apa"..

Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian,

Konsep tawakkal itu mudah, hanya untuk mengamalkannya shaja yang susah. Kenapa??? Sebab hati kita jauh dari ALLAH. Sebab hati kita buat tak peduli pada pandangan ALLAH. Sebab kita sendiri yang membutakan mata hati kita pada kasih dan sayangnya ALLAH..

Tawakkal, tak perlu dihabiskan duit untuknya.. Tak memakan tenaga untuknya. Hanya perlu i'tiqad dan keyakinan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang berhak keatas sesuatu.

" Dia bolehlah cakap sebab tak kena atas batang hidung sendiri. Kalau dah kena baru tau.." Mungkin ini monolog kalian pada saya tanda tidak bersetuju.. Terpulang. Kerana saya menulis kerana pengalaman dan teori dariNYA.

Besarnya kasih ALLAH pada hamba yang betul-betul meletakkan sepenuh pengharapan padaNYA. Hebatnya nilai cinta ALLAH pada hamba yang sentiasa yakin pada ALLAH. Segalanya terlalu berharga andai kita bisa meletakkan diri pada tahap itu.

Suka untuk saya bawakan satu kisah yang dipetik dari kisah para sahabat. Dimana seorang sahabat yang meletakkan keyakinan yang tinggi pada ALLAH, berserah diri dan bertawakkal hanya padanNYA. Dia lah Khalid Al-Walid. Keyakinan pada ALLAH mengatasi segalanya sehingga racun yang dikatakan amat-amat berbisa dan boleh membawa maut, tidak memudharatkan sedikit pun tubuh badannya walaupun racun diminum sehingga habis.

Subhanallah..

Andai saya berada ditempatnya, saya yakin keyakinan saya tidak mampu mengatasi keyakinan Khalid Al-walid dan mungkin, saya mati terus bila minum setitik air racun tersebut.

Lemahnya iman, layunya keyakinan padaNYA..

Oleh itu shbat, sya menyeru diri sya dan diri kalian untuk sama-sama kita bermuhasabah diri. Koreksi diri. Lihat, dimana ALLAH dihati kita. Sejauh mana keyakinan dan kebergantungan yang telah kita letakkan padaNYA.

Sebelum saya melabuhkan tirai, potongan ayat quran ini saya isi sebagai renungan kita bersama...


Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-RasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). (Surah Ibrahim : ayat 47)


Allah berfirman; “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS ath-Thalaaq 3).


*terasa indah andai ALLAH sentiasa dihati..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...