Sunday, May 20, 2012

Kerana mereka !!!

Bismillah .. 
Sollu A'lan Nabiy .. 

Alhamdulillah, 
masih diberi kesempatan olehNYA untuk mencoret sedikit nukilan
disaat diri dihimpit detik-detik mencabar  dalam kehidupan .. 
Peperiksaan Akhir sem .. :)

Walau bagaimanapun, tarikh 16 Mei tetap tidak akan dilupakan. 
Tarikh keramat bagi seorang pelajar. 
Tarikh bermakna buat seorang pendidik. 
Tarikh bersejarah dalam kamus seorang insan bergelar manusia.

Saya juga seperti kalian. 
Mula belajar dari alam rahim. 
Mengenal bunyi-bunyian dan sentuhan dari alam rahim. 
Terlalu sensitif pada sentuhan dan suara umi dan abi.
Belajar untuk lebih kuat dan tabah untuk menghadapi kehidupan didunia.

Lahirnya saya kedunia,
Umi terus memainkan peranan sebagai guru terbaik.
Mengajar saya untuk lebih sensitif pada persekitaran dan alam.
Memberitahu makna sebuah kehidupan.
Mengajar itu dan ini.

Untuk lebih membawa saya menjelajah dunia,
Umi dan abi hantar saya ke sekolah.
Di sekolah Pasti,
(Pasti Ammar, Gombak)
saya mula mengenal kawan dan lawan.
Kenal cikgu dan pakcik bas.

Tak cukup dengan itu, 
saya dihantar ke sekolah rendah. 
(Sri Al-Abqari, Gombak)
Terasa hidup makin diwarnai warna-warni kehidupan.
Walau fikiran tidak terlalu matang,
namun kehidupan diteruskan. 
Guru-guru mengajar tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Tambahan, disaat usia ini. 
Kerenah kami terlalu sukar dijangka. hihi.
(maafkan kami ust ustzah).

Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan.
Disini, dibumi ini, saya melakar pelbagai lukisan dan lakaran indah buat tatapan sendiri.
Terlalu banyak kisah yang dilakarkan.
Tahun demi tahun, saya cuba mengikat hubungan yang erat dengan guru2.
Di Maahad, guru bukan hanya sebagai guru. 
Malah mereka mendidik.
Yang salah ditegur, dinasihati dan kadang2 dimarahi (klu degil jugak.hihi)
Kami diasuh dan dididik bagai anak sendiri.
Sakit demam kami diambil peduli.
Tak sedikit pun, diungkit dan diminta balas jasa dan budi.
Alangkah indah andai saat dan detik itu kembali menghiasi diri.

Hasil tarbiyah dibumi Maahad, 
saya keluar sebagai produk Maahad. (mestilah, takkan jadi produk KISAS plak) ^^
Kesana sini membawa nama Maahad. :)
Terkadang perasaan takut menyinggah. 
Bimbang diri tak sebaik sangkaan kalian. 
Lantas hadir guru-guru menguatkan kembali jasad yang lemah.

Nah, hebatkan.
Walaupun sudah tidak bergelar ahli Maahad, mereka masih berada dibelakang.
Menyokong dan mendorong diri ini.
Hebatnya mereka ..
Ya Allah, KAU peliharalah mereka sebaik2nya.
Limpahkan rahmat dan kasih sayangMu seluas langit dan bumi buat mereka.. 
Amen.

Dan kerana pertolongan, pengorbanan dan jasa mereka yang diatas, 
akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Berjuang dan bertarung dibumi yang jauh dari kalian.
Membawa diri untuk lebih mengenali kehidupan dan alam.

Semoga dengan berkat iringan doa dan redha kalian,
saya masih mampu bergelar pelajar hingga akhir hayat ..

Terima kasih guru !!! 



Thursday, May 10, 2012

Muslimah Akhir Zaman




Bismillah .. 

Disaat aku mencoretkan nukilan ini , 
Hati turut bersama meluah rasa , 
Jari jemari pantas menari ,
Menulis apa yang terbuku jauh disudut hati ..

Aku, Muslimah akhir zaman , 
Yang padanya tidak punya iman sehebat para Ummahatul Mukminin, 
Aku, Muslimah akhir zaman , 
Yang pada bila-bila masa kan rebah menyembah bumi , 
Aku, Muslimah akhir zaman , 
Yang terkadang jua kalah pada godaan hawa nafsu ..

Namun , itu bukan alasan untuk aku terus tenggelam sepi ,
Membiarkan masa terus berlari , 
Berharap pada ketentuan terus menyapa , 
Tanpa secebis usaha untuk membawa diri lebih mengenal Pencipta .. 

Ingin sahaja aku khabarkan pada seluruh isi dunia , 
Betapa aku lemas dihuni fitnah yang mengelilingi diri , 
Serasa lemah untuk menghindari ,
Jiwa tidak sekukuh Maryam yang dicinta ..

Wahai insan-insan diluar sana , 
Jangan sesekali kalian berani menyentuh hati dan jiwa ,
Yang ku kira sering bebolak balik tanpa mengenal watu dan ketika , 
Bimbang memakan dirimu dan dirinya ..

Dan tugas ku kini , 
Kembali membawa keizzahan kaum hawa di mata dunia , 
Membawa mengenal Tuhan dan utusanNYA, 
Belajar mencintai dengan sepenuh hati ..

Agar layak digelar SRIKANDI ,
Yang jiwa dan hatinya dipenuhi Cinta , 
Cinta suci dan tulus buat Pencipta ,
Meski tidak setulus cinta para Anbiya' dan kekasihNYA , 
Kerana kami tidak selemah sangkaan mereka .. 

Akan ku gagahi , 
Walau hanya bergelar MUSLIMAH akhir zaman ,
Kerana aku yakin , 
Betapa Rasulullah merindui aku dan kalian .. 


Aqsa 2 ,
Irbid ,
Jordan .. 

(10 Mei 2012 , 2:20 a.m)