Saturday, June 18, 2016

Rindu

Bismillah..

Waktu aku tulis nie, aku sebenarnya tengah rindukan seseorang. Rindu sangat sangat. Allah je tahu apa yang ada dlm hati nie. Sampai kadang2 rindu nie boleh buat aku nangis. Even dia ada depan mata pun aku boleh rindu. Masyallah. Subhanallah untuk perasaan nie.

Dulu aku selalu tanya, mcm mana perasaan rindu tu sebab aku jarang rindu. Once Allah bagi nikmat rasa rindu tu, Allahu. Tak terucap. Mungkin sebab aku memang dari kecik susah untuk hadirkan perasaan rindu tu maka terbawak2 sampai besar. Sama macam syg org. Susah nak syg, tapi sekali syg. Pengsan org yg disayang tu sebab syg sgt. Hahaha. Apa2 lah. Aku pun pening.

Jujur cakap, aku bukan lah org yang baik2. Tapi sentiasa berusaha nak jadi baik. Aku bukan org2 soleh solehah tapi aku tak pernah putus asa nak jadi solehah even kdg2 aku terbuai dgn godaan dunia. Aku bukan ahli ibadat, tapi aku selalu nak kejar beribadat banyak2 even kdg2 aku malas. Yelah. Sapa je yg taknak jadi baik dimata Allah kan. Mungkin cara kita berbeza dlm mempersembahkan persembahan kita sebagai hamba kepada Allah. Terpulang. Selagi tak tersasar dari landasan yg benar.

Okay. Jadi apa kaitan antara rindu dgn nak jadi baik.?

Cerita dia mcm nie. Rindu tu nikmat yang Allah bagi kpd setiap manusia. Ada org rindu pada manusia, ada org rindu pada binatang, ada org rindu pada Tuhan. Kunci dia, perasaan tu akan hadir dengan izin Allah. Dan rindu tu jugak sebenarnya akan hadir melalui apa yang kita usahakan.

Tak faham.? Okay sabar. ;)

Nak jadi baik, perlukan usaha kita. Usaha yang mcm mana.? Usaha kearah perkara2 yang baik. Contoh, improve diri dari berpakaian singkat kepada yang sedikit labuh, kemudian separa labuh n then fully labuh. Itu usaha namanya. Contoh lain, solat. Kalau dulu, sejam sebelum habis waktu solat, baru kelam kabut solat. Kemudian, usaha awalkan sedikit kpd 1jam setengah sebelum habis waktu solat, baru solat. Then awalkan lagi 10minit, lagi dan lagi sehingga 10minit sebelum masuk waktu kita dah bersedia untuk melakukan solat. Yg penting, istiqomah. Berterusan. Sama jugak situasi kalau dulu, kita susah nak maafkan org. Asyik geram je. Slow slow kita cuba maafkan dia dlm diam sebelum tidur. Sampai tahap, kita dah mampu lafazkan perkataan maaf tu kepada sesiapa pun.

Masih samar2 kaitan rindu dan jadi baik.?

Okay. Sama2 kita hayati.

Kita usaha untuk jadi baik untuk minta redha siapa.? Allah atau manusia.? Dan tanya hati siapa yang kita rindu.? Allah atau manusia.?

Allah akan pimpinan rasa rindu tadi sejajar dengan apa yang kita usahakan. Once kita usaha untuk kejar redha Allah, Allah pasti akan salurkan rasa rindu tadi kepada DIA. Memenuhkan ruang hati dengan rindu kepada Tuhan. Rindu untuk berzikir, rindu untuk beribadat rindu untuk buat kebaikan. Tapi kalau kita mengarahkan diri kearah keburukan, pasti kita akan merindui sesuatu yg tak patut kita rindu. Rindu untuk melakukan maksiat dan dosa. Nauzubillah.

Aku bukan lah org yang layak untuk menilai hati2 manusia. Cukup aku nilai hati aku yang tak sempurna dlm mencari redha Tuhan.

Kdg2 aku lemas dlm pelukan dunia hingga sesak nafas umpama menanti sakaratul maut. Walau hakikatnya memang diri aku telah mati.

Tapi, dalam aku rebah lemah tak bermaya mcm tu Allah pasti akan hadirkan rasa rindu. Rindu. Dan aku yakin, dengan rindu itu aku 'hidup'. Hidup dlm mencari Tuhan. Hidup dalam mengenal siapa Tuhan untuk aku kenal siapa aku.

Aduh...

Bagai sang kekasih menanti si cinta hati. Bagai sang perindu menanti rembulan mengembang. Bagai pencinta menanti saat indah menyulam kasih.

Dan saat ini. Aku mohon Tuhan tuntun perasaan rindu aku nie dengan selaut rahmat dan kasih syg yg tiada berbelah bahagi. Pimpin agar aku tak tersasar jauh dlm menanggung rindu. Biarlah rindu ini bersyariat. Kerana pasti, rindu itu berbalas dan tanpa kecewa kerana sandarannya adalah Tuhan...

Dan aku terus merindu