Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Keyakinan yang menghilang

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي Semenjak dua ni, mood nak mengepost dekat wall FB makin berkurang. Punca masalah masih belum dikenal pasti. Walaubagaimanapun, dari hari ke sehari, akaun FB tetap dibuka untuk menatap berita dan mengupdate keadaan sahabat-sahabat di Jordan terutamanya. Hari ni, rutin harian itu terus berjalan dengan istiqomahnya. =D Tiba-tiba, saya terbaca status dia. Saya jadi tersentuh. Bukan sakit hati tapi saya terfikir, betapa matangnya dia mengharungi kehidupan ini. Berbanding saya, masih bertatih memanjat tangga kehidupan yang entah bila bisa berjalan dan berlari. Buntu !!! Masih tercari-cari bagaimana cara untuk hidup penuh berkeyakinan seperti dia dan mereka. Kadang-kadang saya rasa terasing. Terasing dalam dunia saya sendiri. Adakah saya dihantui oleh bayang-bayang sendiri atau memang benar saya dijauhi dan diasingkan? Pernah juga terlintas, adanya aku sedikit  pun tidak menjejaskan kehidupan dia dan mereka. Jadi untuk apa aku terus hi

Konsert Malam Demi Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي Malam yang tidak diduga. Alhamdulillah, Allah izinkan saya melangkahkan kaki ke konsert Malam Demi Palestine. Pergi dengan hati yang kosong sebab semuanya berlaku diluar perancangan. Rezeki. Tak berniat untuk cerita panjang tentang perjalanan konsert tadi. Saya cuma ingin berkongsi input-input penting yang saya dapat sepanjang berada disana. Diakhir konsert Malam Demi Palestine Mungkin sebelum ini kita hanya menyebut tentang perjuangan membebaskan Palestin tanpa penghayatan. Melaungkan perkataan jihad. Menjaja nama Palestine, Gaza dan Syiria sedangkan kita tak bawa hati untuk betul-betul menghayati perjuangan itu. Kita hanya mampu berlakon. Kononnya kita saudara yang prihatin terhadap mereka. Kita lupa. Lupa bahawa perjuangan itu bukan hanya dengan sekali kita berdoa untuk mereka. Tetapi, perjuangan itu bersifat berterusan. Berusaha membantu mereka dengan berkempen, memboikot barangan zionis, berdoa dan banyak lagi. 2jam berada

Belajar Menjadi Matang

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي 'Kakak dah ada calon?'  'Bila nak ikut jejak kakak2 dan abang2 sepupu yang lain?'  'Belajar jauh2 nie mudah bertemu jodoh. Cepat2 la ye.'  'Fiqah, bila nak makan nasi minyak nie? Jadilah orang first yang memecah rekod dalam kalangan kita.'  Gambar Hiasan Tiada sebarang maksud tersirat mahupun tersurat :) Semenjak usia meningkat remaja, soalan2 diatas memang tak pernah sunyi ditanya dan terus ditanya. Sehingga saya rasa lemas dan rimas. Akhirnya, saya hanya mampu cakap, 'Doakan yang terbaik.' Tak nak mengiyakan dan tak nak menafikan tentang keberadaan insan yang saya sendiri tak pasti akan kewujudan dan keberadaan dia dimana. Bukan tak nak memikirkan soal jodoh dan pertemuan. Bukan tak peduli atau tak kesah. Cuma, saya rasa belum tiba masanya untuk saya memikirkan secara serius. Memandangkan keadaan kesihatan yang tak menentu ditambah dengan beban pelajaran yang masih tersis

Aku Bukan Contoh yang Terbaik

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي 4 hari lepas, keputusan PMR diumumkan. Semua calon PMR berdebar menantikan hari tersebut termasuk adinda saya. Adinda yang keberapa? Rahsia, teka sendiri. 6 tahun yang lepas, adinda saya ni masih digelar 'adik' kerana dialah adik bongsu diantara kami. Dia adik yang paling saya sayang. Teringat peristiwa 15tahun lepas, pernah suatu ketika masa abi excident, ketika itu saya baru berusia 5 tahun dan dia masih kecil (setahun lebih). Umi sibuk berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga abi dan kami ditinggalkan di rumah atuk. Sepanjang disana, adik langsung tak nak berenggang dengan saya. Kemana saya pergi, dia akan ikut. Saya yang terpaksa pujuk dia untuk makan dan minum. Adik takut dengan semua orang termasuk kakak dia yang sorang lagi (adik bawah saya). Rindu kemesraan kita saat tu. Mungkin adik tak pernah ingat tapi kakak tak pernah lupa. :) Dari kecil, dia sememangnya menunjukkan prestasi yang cemerlang. Sehingga saya

Imtihan Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي Sejujurnya, kehidupan ini memang memenatkan. Bertambah penat, jika redha Allah yang diraih. Ujian yang menimpa sama sekali bukan untuk membebankan, bahkan untuk mengeratkan hubungan kita dengan Tuhan. Hampir sebulan berada di Malaysia, bermacam-macam perkara yang Allah dah tunjukkan. Terkadang rasa lemah kaki untuk terus berdiri, terkadang rasa dunia indah penuh warna warni. Semua itu, asam garam kehidupan. Air mata dicipta untuk kita mengenal Tuhan dan tahu, bahawa dunia tak seindah syurga. Senyuman dicipta untuk manusia tahu, bahawa dunia tak seburuk neraka dan kita sentiasa ada Allah yang Maha Penyayang. Semenjak balik ke Malaysia, inbox selalu dihujani dengan soalan dan tegur sapa sahabat2 seJordan (dan tak kurang Malaysia juga). Masing2 terkejut. Mana tak nya, balik disaat sahabat lain sedang sibuk dengan imtihan Thani (secondexam), tiba2 saya balik tanpa sebarang petanda dan berita (saya dah maklum sebenarnya, tapi ramai yg tak pera
بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Diam, bukan tanda marah ..  Diam, bukan tanda benci .. Kadang2 dengan berDIAM diri mampu memuhasabahkan diri ..  Bahawa kehidupan ini terselit beribu mana dan erti .. KEHIDUPAN .. Tidak seindah mentari yang menyinari .. Tidak sedamai embun pagi .. Tidak setenang bulan yang berseri .. Teruskan langkah mengembara Bumi Ilahi ..  Moga bertemu hikmah yang dicari .. ~ Menyusuri perjalanan menuju Ilahi ~ :)

:)

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Bersyukurlah, selagi Allah berikan nikmat dan kudrat untuk terus beribadah dan melakukan ibadah ..   Bersyukurlah, selagi Allah masih menguji dan mem'bebani' kita dengan masalah dan ujian .. Dan bersyukurlah, selagi Allah masih berikan nikmat IMAN dan ISLAM sepanjang kehidupan ini ..   Kerana , itu tanda ..   Allah sentiasa mengingati dan menyayangi kita dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNYA .. ~ Basahkan lidah dengan Hamdalah ~ الحمد لله على كل نعمة
بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Kadang-kadang, kita tak nak sesuatu tu berlaku dlm hidup kita ..   Tapi kita terpaksa buat dan hadapi ..   Walau susah, walau payah ..   Sebab Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita ..   Bila Allah dah tetapkan sesuatu ketentuan untuk kita, redha dan berserah .. Yakinlah bahawa ketentuan dan perancangan Allah adalah yang terbaik ..   ~ Jom bersemangat untuk teruskan kehidupan !!! peace .. :) ~

Belajar kehidupan dari mereka :)

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Repost dari FB. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Insyallah Alhamdulillah .. Hari ni , Allah ketuk lagi hati untuk memandang dan memerhati alam ciptaanNYA dengan pandangan mata hati ..  Petang tadi , dalam perjalanan ke rumah seorang sahabat .. Terserempak dengan kanak2 arab yang comel2 .. Nak cubit pipit mereka tapi mereka lari pula .. Dalam beberapa langkah kami meninggalkan mereka , terdengar mereka melaungkan takbir ..  Hairan !!  Kami berpaling ..  Rupa-rupanya , kanak2 tu tengah main perang2 .. Yang kakak pegang pistol sambil melaungkan takbir .. Dan adik jadi tentera .. Masyallah !!! Hebat tarbiyah mereka .. Terkenang masa kanak2 dulu .. Diawal usia itu , masih mentah untuk betul2 memahami apa itu perang, jihad dan syahid .. Tetapi mereka , itulah permainan harian dan itulah cita2 mereka .. Berjuang dan berjihad di jalan Allah .. ~ Muhasabah diri ~ Semoga Allah menjaga kalian dengan sebaik2 jagaan dan membesar sebagai

Monolog diri seorang hamba

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى  Setahun yang lalu, aku pernah ter'jatuh'. Jatuh yang menjadi penyebab aku terluka. Luka yang sangat dalam. Hampir sahaja sukar untuk kembali pulih. Walau hakikat, aku tahu itu hanyalah 'teguran' dari DIA. Tapi, aku tetap tak mampu untuk bangun.  Dari hari ke hari, aku cuba ubati luka yang berdarah dan kian bernanah. Pahit, tapi aku cuba. Sakit, tapi aku usaha. Letih untuk terus ter'lantar'.  Bulan berganti bulan, aku kembali gagah. Mungkin kerana hadirnya 'mereka' sebagai teman. Dan yang utama, kerana Tuhan itu Maha Penyayang.  Aku kembali mengatur langkah, bertatih, berjalan kemudian berlari. Walau kesannya masih tersisa. Untuk apa aku kembali meratap luka yang kian sembuh. Perjalanan disusun rapi. Pencarian disambung teliti. Moga-moga tidak terjatuh lagi. Bimbang jatuh dilubang yang sama dan luka berdarah kembali.  Kini, setelah penat membina kekuatan. Setelah kekuatan kembali menjenguk. S

Salam Eid Adha 2012

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي Alhamdulillah, masih diberi kekuatan. Aidil adha kali ini merupakan hari raya yang ke-3 saya beraya tanpa keluarga disisi. Ramai sahabat yang tanya, "Fiqah, tak sedih ke raya kat Jordan?" Setiap kali raya, setiap kali itulah soalan yang sama akan ditanya. Penat den menjawab. ^^ Sedih itu sedih. Tak dinafikan. Keluarga itu rahmat dan nikmat, bila mereka tiada disisi, pasti terasa kurangnya. Tapi, itulah pengorbanan. Pengorbanan yang terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan pengorbanan insan-insan lain. Berbicara tentang pengorbanan membuatkan hati terasa malu. Malu kepada kekasih Allah, Ibrahim dan Ismail alaihumasSalam. Pengorbanan kedua insan ini sangat hebat hanya untuk meraih cinta Allah, mereka sanggup menggadaikan insan tersayang. Tapi, pengorbanan saya, hanya berpisah untuk beberapa ketika dan beraya tanpa mereka disisi. Tu pun masih boleh ber'skype', ber'Viber', ber'Whatsapp' dan pelbagai lagi c

Cerita Kita

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى Kepercayaan, suatu yang terlalu abstrak ..  Biar lidah pantas berbicara ..  Namun, ia tetap tak bisa diertikan ..  Aku mengerti bahawa aku bukan siapa ..  Hanya satu watak yang menconteng lakaran ..  Tak pantas untuk aku beroleh 'Kepercayaan' itu ..  Meski jiwa terbentang dengan penuh keikhlasan ..  Aku berbicara untuk kau mengerti .. Tak terlintas untuk memusuhi ..  Apatah lagi mengkhianati ..  Namun, siapalah aku untuk menghalang ..  Andai itu yang kau mahu ..  Terserah !!! Semoga ia membahagiakanmu ..  Meski aku sakit dalam gelutan jiwa yang meronta ..  Aku masih aku yang dahulu ..  Aku masih insan yang sama ..  Aku masih orang yang serupa ..  Walau dibuang dan dipinggir jauh ..  Kan tetap aku mendampingi ..  Kerana kau adalah aku ..  Dan aku adalah dirimu ..  p/s : buat insan yang sentiasa dalam ingatan dan doa .. moga bahagia ..

Catatan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي Masih berusaha menjaga dan memelihara maruah dan kepribadian diri ..  Meski susah dan payah ..  Namun disitu terselit kenikmatan yang tiada tara ..  Menanti janji Ilahi ..  Kerana DIA tidak akan pernah memungkiri ..  Walau diri terkadang alpa dan terlupa ..  Mengharap hanya pada redhaNYA ..  Biar dihurung sakit dan derita .. Kerana DIA lebih memahami dan mengerti ..  Bahawa, itu yang terbaik .. :)                                                         Selamat Berusaha ke Arah MUKMINAH SOLEHAH YANG QANITAH .. <3 *Sekadar coretan hati, buat tatapan sahabat. :) Husna Khadijah (4) , in proses .. 

Cerpen : Husna Khadijah ( Part 3 )

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى  Malam itu, Husna tidak dapat melelapkan mata. Dia teringat berbualannya dengan Syafiq dan Zahra’ petang tadi. Fikirannya sedikit terganggu.  Dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk menyambut berita itu, sedih, suka, risau atau bimbang.  Tambahan, dia sendiri memilih untuk tidak lagi mengenali siapa gerangan insan yang ingin mentaqdimnya itu. Baginya, biarlah ia menjadi rahsia dahulu sehingga dia yakin dengan jawapan hati hasil musyawarah dan istikharahnya nanti. Dua rakaat pada malam itu, betul-betul mengusik jiwanya. Husna leka dalam zikir munajatnya kepada Pencipta. Ada titisan yang mengalir, dia meminta dengan sepenuh hati. Moga-moga keputusan yang bakal dilakukan nanti memberi kebaikan kepada agama, keluarga, si dia dan dirinya sendiri. Di hujungnya, dia titipkan doa kepada Yang Esa. Ya Allah, andai dia yang terbaik. Maka permudahkanlah. Tenangkan jiwa dan lapang dadaku ini. Andai kini bukan masanya lagi, maka redhakan

Cerpen : Husna Khadijah ( part 2 )

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا علي النبى  Petang itu, Marisa Amirah sampai seperti yang dijanjikan. Marisa memandu sendiri kereta kancil berwarna keemasan pemberian ibunya. Mereka memang serumah, cuma petang itu Marisa habis kelas agak lewat. Oleh kerana tidak mahu membazir masa, Marisa mengambil keputusan untuk terus bergerak ke rumah murobbi mereka, mereka menggelarnya dengan gelaran Ustaz Syafiq. “Ustaz dan akak sihat ?” Sapa Husna sejurus mereka memberi salam dan dipersilakan masuk ke rumah. “Alhamdulillah, kami sihat. Kamu berdua sihat ?” balas Zahra’ Humaira, isteri Ustaz Syafiq. Ustaz Syafiq hanya tersenyum mesra. "Alhamdulillah." Jawap mereka hampir serentak. Mereka cukup kagum melihat pasangan itu. Masing-masing sibuk membantu masyarakat dengan pelbagai program dakwah dan tarbiah dalam kawasan mereka. Kebiasaannya, semua program tersebut akan dikelolakan mereka sendiri.  Dalam kesibukan membantu ummat, mereka tetap tidak mengabaikan tanggungjawab m

Cerpen : Husna Khadijah ( part 1 )

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى  Cepat langkahnya menuju ke rumah. Dia ingin segera sampai. Tidak sanggup menahan bahang mentari yang membakar. Seusai sampai, segera dia menuju masuk ke bilik. Namun, belum sempat dia merebahkan diri, telifon bimbitnya terus berbunyi. “ Antara kita tiada rahsia, susah dan senang tetap bersama, terpatri namamu kau tak kan ku lupa.. ” Rancak lagu nasyid kumpulan Far East itu berkumandang. Ikutkan hati, mahu sahaja dia biarkan telifon itu berbunyi, tapi bimbang panggilan kecemasan pula. Lantas dia mencapai telifon bimbit yang diletakkan diatas meja sebentar tadi. Pantas tangan menekan butang accept. -“ Assalamualaikum, Husna.” -“Waalaikumsalam, Marisa. Ye ada apa ?” -“Awak baru balik kelas ye. Letih je suara.Puasa?” -“Aah.  Baru balik. Insyallah, puasa. Cuaca panas sangat dekat luar tu.” -“Puasa bukan alasan untuk jadi lemah. Ingat tu. Owh, saya nak bagitahu ni, tadi ustaz Syafiq ada telifon saya. Ustaz minta awak jumpa ust

Muroqib vs Sungai Nil

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبي  Sistem Muroqib. Suatu fenomena yang sangat sensitive dalam kalangan mahasiswa di Jordan. Sisitem ini merupakan suatu system yang dilaksanakan seluruh Jordan untuk menjamin keselamatan para siswi. Ala-ala bodyguard gitu.  Jika di Irbid, situasinya sedikit berbeza. Perkhidmatan muroqib digunakan jika perlu, namun, rata-rata dari dalam kalangan siswi lebih selesa untuk tidak menggunakan perkhimatan ini jika keadaan tidak mendesak. Berbeza pula dengan keadaan di Mu’tah dan Mafraq. Disana, system ini lebih terkawal dan agak ketat. Seusai azan maghrib berkumandang, maka para Akhowat diwajibkan bermuroqib. Maunya pening syabab Irbid kalau di Irbid pun buat macam nie. - ramai sangat penduduk Irbid - Ok, contengan saya kali ini hanya untuk meluah, bukan membawa maksud apa-apa. Sejujurnya, saya rasa amat berbangga dan dihormati bila kalian (para syabab) mengambil berat akan hal ehwal kami (para akhowat) (tapi kadang-kadang tak best jugak,

Rohingya, isu kita ..

بسم الله الرحمن الرحيم ~ اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد ~ Sekarang di Jordan jam menunjukkan tepat pukul 6.25 pagi. Langit ditatap. Kelihatan awan memutih. Seakan bakal memuntahkan isi, namun mungkin hanya 'harapan' kerana tidak mungkin hujan disaat bumi ini sedang hangat dimamah bahang panas mentari. Tapi semua itu tidak mustahil kerana Allah bisa melakukan apa sahaja menurut kehendaknya. " كن فيكن " . Setelah puas menghirup udara dingin dinihari, si gadis mula membelek "muka buku". Sambil membelek, mata mula terpanah pada isu yang sedang hangat dihebahkan. Isu Rohingya. Sebak melihat gambar-gambar umat Islam dibunuh, didera dan diratah dengan sangat gelojoh oleh mereka-mereka yang tidak bertuhankan Allah. Mungkin ada dalam kalangan kita yang berpendapat, isu ini tidaklah sehebat isu Palestin dan Syiria yang telah berpuluh-puluh tahun menanggung derita yang lebih derita. Ya, mungkin ada benarnya. Kerana apa yang dihadapi saudara Rohingya kita BA

Rindu Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم  9 Ramadhan yang lalu, umur saya genap menjangkau usia 20 tahun (tahun hijri). Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas dan menikmati nikmat iman dan Islam. Nikmat yang sangat besar. Alhamdulillah. Dengan penambahan pada angka usia ini, sedikit menggusarkan hati. Bukan takut pada perubahan fizikal yang bakal memakan jasad, tidak juga pada kitaran putaran kehidupan yang bakal dilalui tetapi takut pada keberkatan dan keredhaanNYA pada amalan sepanjang permusafiran. Cemas saat bermuhasabah, "Adakah semua amalan diterima ?". "Adakah Allah redha semua perbuatan ?" "Adakah amalan-amalan ini mampu menjadi teman di akhirat sana ?". Sungguh, tiada seorang pun yang mampu menjawabnya. Bertambah gusar apabila hati mula berbisik dan bertanya, " Betapa besar cintamu terhadap junjungan Baginda ? ". "Layakkah insan sehina aku berdamping dengan insan mulia semulia Baginda  ? ". " Apakah Rasu

Pesan ABI untuk MUHASABAH bersama

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي Masa pantas berlalu, Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Namun, amat malang sekujur jasad andai perginya Ramadhan tanpa sebarang pengampuan Ilahi. Tidak ingin sekali diri ini tergolong dalam kalangan mereka yang rugi.  Berkali-kali hati merintih, mengapa hati masih keras, mata masih kering dan jiwa masih sepi ? Sedangkan hadiah Ramadhan sangat bernilai. Sehinggalah terjumpa jawapan ini.  Ya. Aku masih terlalu jauh dariMU. SOLAT, QIAM, ZIKIR dan AMALAN ku masih kering tanpa siraman cinta terhadapMU.. Ampuni aku ..  ____________________________________________________________________________ Satu Muhasabah... Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya. Abi hanya menjawab.... Bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta

Rumah

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي  Dalam sebuah kampung yang indah, ada sebuah rumah yang cantik. Rumah ini bertuan. Rumah ini dijaga dengan baik, dimana nampak kecacatannya pasti dibaiki. Setiap hari, rumah ini dibersihkan. Cantik, indah. Sesiapa yang melihat pasti akan tertarik untuk menghuninya. Kawasan dan laman yang indah makin menambat hati sesiapa yang melihatnya. Tenang. Suatu hari, tuan rumah merasakan bahawa sudah sampai masa rumah ini disewa agar rumah yang cantik ini menjadi lebih sempurna dengan kehadiran penghuni. Walaupun, dia agak ragu untuk menyewakan rumahnya itu, namun, dia tetap menyewakan juga. Akhirnya, ia disewa oleh seseorang  bernama si  A. Setelah kunci rumah beralih tangan, si A terus meluru masuk. Kecantikan rumah diamati dengan sepuas-puasnya. Beberapa bulan kemudian, rumah yang mendamaikan itu tidak lagi nampak seperti sebuah rumah.  Si A sedikit pun tidak mempedulikan keadaan rumah tersebut. Rumah tidak dikemas, kerosakan tidak