Skip to main content

Rindu Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم 

9 Ramadhan yang lalu, umur saya genap menjangkau usia 20 tahun (tahun hijri). Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas dan menikmati nikmat iman dan Islam. Nikmat yang sangat besar. Alhamdulillah.

Dengan penambahan pada angka usia ini, sedikit menggusarkan hati. Bukan takut pada perubahan fizikal yang bakal memakan jasad, tidak juga pada kitaran putaran kehidupan yang bakal dilalui tetapi takut pada keberkatan dan keredhaanNYA pada amalan sepanjang permusafiran.

Cemas saat bermuhasabah, "Adakah semua amalan diterima ?". "Adakah Allah redha semua perbuatan ?" "Adakah amalan-amalan ini mampu menjadi teman di akhirat sana ?". Sungguh, tiada seorang pun yang mampu menjawabnya.

Bertambah gusar apabila hati mula berbisik dan bertanya, " Betapa besar cintamu terhadap junjungan Baginda ? ". "Layakkah insan sehina aku berdamping dengan insan mulia semulia Baginda  ? ". " Apakah Rasulullah ingin menerima aku sebagai ummatnya ? ".

**************************************************************************

Sepanjang hampir setahun saya meneruskan pengembaraan dibumi syam ini, banyak yang telah saya pelajari. Di bumi ini, saya rasa saya lebih memahami siapa Rasulullah. Mungkin kerana di sini, majoriti berbangsa Arab yang bagi saya merupakan bangsa yang paling beruntung kerana dari bangsa inilah Rasulullah dilahirkan.

Saat melihat ada antara mereka yang berjalan dengan penuh zuhud dan ketaqwaan, berakhlak dengan akhlak Al-Quran dan sunnah, hati sentiasa berbisik, alangkah indah akhlak seorang Nabi. Andai sahaja dengan melihat mereka, hati terpikat, apatah lagi seandainya yang berjalan itu susuk tubuh insan yang aku cintai. Alangkah 'hensem'nya Baginda.

Cemburu melihat mereka yang sentiasa basah lidahnya dengan menyebut nama Baginda. Jika dibandingkan dengan aku, mungkin akulah yang paling sedikit bilangan perkataan menyebut nama Baginda. Kenikmatan dan kesibukan dunia, sering melalaikan aku.

Andai sahaja Rasulullah berada disisi saat ini, mungkin aku akan menyorok disebalik tirai supaya Baginda tidak melihat diri yang serba dhaif ini. 

Bukan enggan apatah lagi tidak ingin bertemu, tetapi aku malu. Malu kerana banyaknya dosa yang tercalit. Bimbang diri tidak dipandang malah diterima.

Walau pada hakikatnya, jiwa meronta untuk memeluk dan mencium jasadmu yang suci itu. Sejujurnya, diri ini terlalu merinduimu, wahai  kekasih Allah.



~ اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد ~


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...