Skip to main content

Cerpen : Husna Khadijah ( part 1 )


بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبى 

Cepat langkahnya menuju ke rumah. Dia ingin segera sampai. Tidak sanggup menahan bahang mentari yang membakar. Seusai sampai, segera dia menuju masuk ke bilik. Namun, belum sempat dia merebahkan diri, telifon bimbitnya terus berbunyi.

“ Antara kita tiada rahsia, susah dan senang tetap bersama, terpatri namamu kau tak kan ku lupa.. ” Rancak lagu nasyid kumpulan Far East itu berkumandang. Ikutkan hati, mahu sahaja dia biarkan telifon itu berbunyi, tapi bimbang panggilan kecemasan pula. Lantas dia mencapai telifon bimbit yang diletakkan diatas meja sebentar tadi. Pantas tangan menekan butang accept.

-“ Assalamualaikum, Husna.”
-“Waalaikumsalam, Marisa. Ye ada apa ?”

-“Awak baru balik kelas ye. Letih je suara.Puasa?”
-“Aah.  Baru balik. Insyallah, puasa. Cuaca panas sangat dekat luar tu.”

-“Puasa bukan alasan untuk jadi lemah. Ingat tu. Owh, saya nak bagitahu ni, tadi ustaz Syafiq ada telifon saya. Ustaz minta awak jumpa ustaz dekat rumah. Ada hal yang ustaz dan isteri nak bincang dengan awak.”

-“Eh, kenapa ustaz tak telifon saya sendiri?”
-“Ustaz dah  telifon awak beberapa kali, tapi tak berangkat. Petang ni, lepas kuliyah saya balik rumah ambil awak.”
-“Ok. Saya tunggu awak. Terima kasih Marisa.”

-“Sama-sama. Jumpa petang ni, Insyallah. Assalamualaikum.”
-“Waalaikumsalam.”

Diintai colum received call, ternyata memang Ustaz Syafiq ada menelifon 3 kali, hanya dia yang tidak perasan.

Husna Khadijah kembali merebahkan diri ke atas katil. Tiba-tiba dia teringat pesanan sahabatnya tadi, puasa bukan alasan untuk jadi lemah. Ya, dia akui. Dia tidak patut bersunggut kerana panasnya mentari kerana perkara itu hanya akan mengurangkan pahala puasa sunatnya. Segera dia beristighfar. Tetapi kepanasan itu betul-betul memakan tenaganya untuk bergerak aktif seperti biasa.

“Kenapa ustaz tiba-tiba nak jumpa ? aku ada buat salah apa-apa ke?” Gumamnya sendiri. Namun, dia malas memikirkannya. Dia ingin merehatkan badan dan minda setelah seharian jadualnya penuh dengan kuliyah. Husna Khadijah terlelap.

*******************************************************************************

~ Bersambung ~ 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...