Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Ramadhan datang lagi .. :)

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبي Hari ini, jadual agak padat. Walaupun pagi tadi terpaksa 'miss' kelas atas sebab kesihatan yang tidak memuaskan, tapi Alhamdulillah, semua beransur baik. Petangnya, digagahkan diri untuk ke kelas AzZikr dan terus ke program Al Fateh. Persinggahan sebentar di Bayt Redha, nyata memberi kesan kepada hati dan fikiran. Selepas solat maghrib, ada seorang sahabat memaklumkan bahawa ESOK puasa !! Sangat teruja + excited .. :) Hati kian meronta untuk ke masjid, menjadi ma'mum kepada imam yang bakal mengimamkan solat terawih. Pengalaman pertama berterawih di Bumi Ardu Kinanah. Moga Allah izinkan. Alhamdulillah, setelah ajk program Al Fateh berbincang, maka Program Al Fateh terpaksa ditunda ke esok hari kerana memberi peluang kepada kami, peserta dan seluruh warga Irbid untuk menunaikan solat sunat terawih. Alhamdulillah .. Hati insan mana yang tidak tersentuh, disaat diri penuh dengan dosa dan noda, DIA masih memandang insan k

Raikan fitrah

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي  Mungkin ada yang tertanya kenapa tajuk ini yang dipilih. Seakan tidak sesuai untuk insan seusia saya menulis tajuk yang sebesar ini. Apa pun, semoga perkongsian yang bakal dikongsikan dapat dihadam bersama. Saya sering diajukan soalan tentang cinta, soal jodoh dan pertemuan. Sejujurnya, saya bukanlah insan yang layak untuk memberi respon, hanya mampu berkongsi pengalaman diri dan hasil pengalaman insan-insan sekeliling yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Insyallah. Cinta adalah suatu fitrah kurnia Allah kepada seluruh makhluk. Dengan cinta, ada manusia yang mampu mengecap kemanisan hidup. Namun, tidak kurang juga ada yang merana kerana cinta. Hakikatnya, kebahagiaan dan derita yang ditanggung bukan kerana cinta, tetapi ia adalah kesan bagaimana kita meraikan cinta. Cinta Utama, adalah Cinta Ilahi ..  Cinta itu suci, bersih dan tiada noda. Ia suatu perasaan yang sangat mendamaikan. Apabila ia hadir dijiwa, usah disekat dan d