Skip to main content

Ramadhan datang lagi .. :)


بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبي

Hari ini, jadual agak padat. Walaupun pagi tadi terpaksa 'miss' kelas atas sebab kesihatan yang tidak memuaskan, tapi Alhamdulillah, semua beransur baik.

Petangnya, digagahkan diri untuk ke kelas AzZikr dan terus ke program Al Fateh. Persinggahan sebentar di Bayt Redha, nyata memberi kesan kepada hati dan fikiran. Selepas solat maghrib, ada seorang sahabat memaklumkan bahawa ESOK puasa !! Sangat teruja + excited .. :)

Hati kian meronta untuk ke masjid, menjadi ma'mum kepada imam yang bakal mengimamkan solat terawih. Pengalaman pertama berterawih di Bumi Ardu Kinanah. Moga Allah izinkan. Alhamdulillah, setelah ajk program Al Fateh berbincang, maka Program Al Fateh terpaksa ditunda ke esok hari kerana memberi peluang kepada kami, peserta dan seluruh warga Irbid untuk menunaikan solat sunat terawih. Alhamdulillah ..




Hati insan mana yang tidak tersentuh, disaat diri penuh dengan dosa dan noda, DIA masih memandang insan kerdil ini dengan selaut kasih dan sayangNYA. Nikmat bertemu dengan bulan Ramadhan ini adalah satu nikmat yang sangat besar nilainya. Didalamnya, terisi seluas-luasnya keampunan dari Sang Pencipta. Tidak terbanding dengan nikmat yang lain.

Monolog sendiri, " Kenapa aku masih diberi udara untuk bernafas ? " Jawab sang iman, " Kerana Tuhanmu, masih menanti taubat dan penyesalanmu untuk diberi keampunan. "

jom, sama-sama amalkan .. :)

Dan Ramadhan datang, menjadi satu bonus buat hati-hati yang ingin kembali menaut sebuah ikatan perhambaan dengan Sang Pencipta. Ia kembali mengisi ruang-ruang kehidupan yang semakin hampir ke penghujungnya.

Terawih ini, menjadi bukti betapa diri ingin sekali mendekatiNYA. Sebagai tanda meraikan kehadiran Ramadhan, maka terawih ini dilakukan dengan penuh rasa rendah diri. Moga ia menjadi teman diakhirat sana.

Sejujurnya, pengalaman berpuasa dan terawih dinegara orang, sama sekali tidak akan sama dengan berada dinegara sendiri. Namun itu bukanlah suatu alasan untuk kita bermalas-malasan menggunakan sebaik mungkin masa dan peluang yang diberi dengan amal ibadah.

Solat witir yang diimami oleh Syeikh Ma'mun tadi, diiringi dengan doa qunut yang panjang, sedikit sebanyak menggetarkan rasa dihati. Tulus doa yang dipohon. Terasa damai dihati.

Bersyukur ya Allah, dengan nikmat pinjaman MU ini. Moga Ramadhan yang bakal dilalui ini, terus memberi sinar dan cahaya dalam kehidupan ini buat bekalan di alam sana nanti.

Salam Ramadhan Kareem buat seluruh umat Islam, terutama buat keluarga tercinta. Doakan diri ini mampu mengharungi Ramadhan dalam kehangatan musim soifi yang membahang. Kullu A'm WaAntum Bil Khair ..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...