Skip to main content

Interview UIA

Bismillah...

Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha.

Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je.

Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.<

Sehari sebelum interview baru start mesej abang firdaus, tanya soalan spot. Nasib baik abang baik, tolong carikan kawan2 dia. Alhamdulillah. Ada la jugak soalan spot. Berbekalkan soalan spot tu, aku try practise cakap arab uolls. Aku cakap non stop malam tu. Potpet potpet sensorang. Bajet fasih habis la kan. Tapi, not in english version. I keep talking talking in arabic tanpa menghiraukan bahasa mat salleh tu untill i felt very sleepy, end up aku tidur terus. Hahaha. Biasa la. Budak baru nak up. First time rasa nak ditemuduga.

Pagi tadi, malas sangat nak bangun. Interview pukul 9pagi tapi pukul 7.30pagi masih diatas katil. Malas tu, masyallah betul. Haih. Umi berapa kali suruh bangun, tapi aku still boleh minta masa kecemasan lagi. '5 minit lagi mi. 5 mint je.' Hahaha. Dengan baju tak iron lagi, tak siap pape lagi. Adoii. Pukul 7.50pagi baru bangun dan mula la jadi mcm lipas kudung. Kalut. Tapi, takde la kalut sangat pun..

Sampai uia, tak tahu nak masuk fakulti mana. Haha. Sangat tak lawak. Nasib baik abang ada. Abang call time tgh cari fakulti HS IRK tu. Sampai je dekat tempat kejadian, jantung makin berdegup kencang. Scary tak payah cakap. Nak hilangkan nervous, borak dgn umi, borak dgn abang. Umi dgn abang pulak sibuk suruh selawat banyak2. Masing2 cakap, insyallah, boleh dapat. Punya nak sedapkan hati kita. Btw, thanks to umi and abang sebab teman sampai pintu bilik Dr tu. Hehehe.

Ada 3orang je yang akan diinterview. Sorang perempuan, foreigner. Tak sure dia dari negara mana. Maybe cina, takpun, korea, takpun jepun. Tak sempat nak borak. Sebab fikir kena cakap BI kan. Lemah betul. =.= Sorang lagi, kawan sebatch kat Jordan. Syabab. Tak tahu pun dia ta'jil kat Yarmouk. Nampak dia, rasa nak gelak. Tak sangka. Haha. Takpe lah. Moga enta dpt jugak lah.

Masa masuk tu, terus disapa dengan bahasa English.. OH MYGOD.!!!!! Dah la semalam tak prepare mana englishkan. Pagi nie kena speaking. Memang nak gugur terus jantung. Tapiiii, aku bajet cool je. Sebab takkan nak pengsan pulak kat situ. Buat cool and relax je. Jawab slow-slow. Dia minta introduce myself. Dapatla 3 4 ayat. Tetiba blur. Haha. Maybe nampak muka aku cuak sangat kot, dia pun tanya ' ممكن تتكلم بالغة العرابية؟ " Fuhhhh. Masa tu rasa lega. Okay. tarik nafas.

Tapi, lega tu tak kemana. Sebab tiba2 blur lagi bila dia tanya kenapa pindah.. Hahahaha. Apa la Afiqah nie. Tak confident langsung. Maybe jadi berdebar sangat sebab ramai kot ustaz n ustazah dalam tu. Aku sorang, kena interview dgn 4orang sekali gus. Memang seram la kan.. Haih


But, just for your information, tak susah pun sebenarnya. Dieorang banyak ajak borak je. Okay la. Yang penting, confident kita. Aku takde la nak perasan, tapi, gaya Dr tu cakap, macam dapat. Haha. Tapi, tak tahu la kan. Result maybe petang nie atau kena tunggu hari Isnin nanti. Tengok lah keadaan macam mana. Yang penting, doa.

Nak share tips dengan korang yang nak pergi interview, first thing is mcm yang aku cakap kat atas tadi. Confident. Ikhlaskan niat dan baca selawat banyak. Then, pastikan penampilan kita kemas. Jangan serabai dengan muka baru bangun tidur nak pergi interview. Kalau buat macam tu, alamatnya memang tipis la kot harapan tu. Sebab aku perasan jugak, dieorg tengok atas bawah jugak la tadi. Pastu, bawak la dokumen2 penting. Surat berhenti belajar ke, surat kenyataan belajar, surat sakit (kalau perlu), dll.

Dan cerita temuduga aku tadi, berakhir dengan 'harapan' dari Dr bila Dr cakap, nanti awak DAH dapat offer letter, bawak khuttoh dirasi awak untuk urusan transfer. Kita akan bantu awak untuk transfer ikut mana yang boleh ditransfer. Tiba2, penemuduga perempuan mencelah "KALAU dapat offer letter". Alaaa makcik nie. Buat kita down pulak. Baru berbunga2 blink blink rasa dah diterima, dia spoil mood orang pulak. Sangat tak cool makcik. Tapi, takpe. Saya doa banyak2. Hehehe.

Apapun, syukur semua berjalan dengan baik. Insyallah, kalau dapat, aku akan daftar 22jun atau awal sikit. Most important, tunggu offer letter dulu. Nanti dah dapat, aku bagitau k. Doakan lah. tak sabar nak belajar dah nie. Hahahaha. bajetnya lah.

Moga nanti aku pandai lah manage masa, untuk diri sendiri, untuk study n untuk insan2 yang tersayang. Tak terabai mana2. Ameen.

So now, yang penting, doakan. Apa yang jadi pun lepas nie dah menjadi ketentuan Allah. Tugas kita, usaha. Dan aku tak malu untuk cakap, aku dah usaha sekadar kemampuan aku. Yang lain, aku serahkan kat Allah. Moga ada bahagian yang terbaik untuk aku. Ameen. Ameen.

Okay. Have to go. Nanti aku sambun potpet. Maybe time tu dah ada result. Kot. :)

Assalamualaikum..

#AfiqahRozalie
#Malaysia







Comments

Popular posts from this blog

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be