Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Sahabat dan Musuh Dunia Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم Nukilan buat adinda Nurul Aqilah Bt Mohd Rozalie yang baru menerima keputusan SPM yang lepas . First of all , kakak bangga dengan awak. Awak dah buktikan bahawa awak juga mampu berada sebaris dengan orang lain. Biarkan apa orang nak cakap, tapi bagi kami, awak dah cukup membanggakan kami. Umi dan abi selalu je sebut pasal awak. Umi abi risaukan awak. Selalu minta pendapat kakak. Kakak cuma boleh bagi kata2 yang dapat meyakinkan umi dan abi pasal awak. Sekarang, kakak dah boleh tersenyum puas, sebab ALLAH izinkan kata-kata kakak tu termakbul. Sekarang, lupakan detik dan saat yang lepas. Bina diri dan keyakinan yang baru. Yakin pada diri. Jangan dipertikaikan segala ketentuan ALLAH. YAKIN .. YAKIN .. dan terus YAKIN .. Insyallah, kejayaan dan redhaNYA sentiasa menjadi milik mu , syg .. 2 beradik with our ABI one of our moments in MESIR .. 3 years old.. Dulu,  Kita ibarat Tom and Jerry, Bergaduh malam dan pagi,  Sampai umi dan abi pun penat melayan k

Sakura

بسم الله الرحمن الرحيم   Rimbunan sakura lebat memayungi bumi, Mekar menguntum senyuman indah, Lembut bertiup mengikut angin yang menghembus, Memikat hati insan-insan yang melihat. Dalam menikmati keindahan sakura , Satu susuk sedang merintih sayu, Menangisi nasib yang menimpa diri, Kehilangan insan yang amat dicintai. Digagahi diri untuk meneruskan kehidupan, Walau terpaksa menelan pahitnya kehidupan, Susuk itu kini lemah selemah hati jua seruntun jiwanya, Tak siapa yang memahami, hanya dia .. Disaat itu, Hadir teman-teman memberi kekuatan, Meski hanya mampu menyapu butiran yang mengalir, Itu sudah cukup untuk membuat dirinya tenang, Walau lidah kelu tanpa bicara. Rimbunan sakura ditenung dalam, Mengharap pada ketenangan menyapa, Menanti moga jiwanya kembali merimbun lebat, Demi menjalani kehidupan sebagai hamba ILAHI. Dan pohon sakura itu masih berdiri teguh, Menjadi saksi kisah syahdu hidupnya, Walau tidak seindah dulu,  Namun, dia yakin pada janji TUHANnya. Bagai sang sakur

Tak Semudah Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا علي النبي  " Pengorbanan hari ini tidak semudah semalam "  Tim. Bendahari MPPMJ 2011/1012 . Semakin hari, semakin kita meniti usia yang menjangkau. Sedar mahupun tidak, dalam kehidupan kita terlalu banyak perkara yang telah kita hadapi. Samada baik, buruk, sedih dan gembira. Semua berputar seperti putaran roda, terkadang diatas dan terkadang dibawah. Dalam setiap bait kehidupan kita itu juga, kita peroleh pelbagai nikmat, pujukan dan usikan dari ALLAH. Hanya kita yang sering memejamkan mata, tak mengendah akan semua yang berlaku. Umpama mayat hidup, masih bernyawa tapi tak mampu untuk menikmati alam. Saya cuba menghadam bait kata diatas. Cuba untuk merelitkan dengan kehidupan saya seharian. Sering terungkap dibibir, kalimah PENGORBANAN. Entah faham atau tidak, saya pun tidak pasti. Hanya pandai menutur ayat, " Hidup kita perlukan pengorbanan untuk merasai nikmat kehidupan. " Dan saya rasa berminat untuk berkongsi sedikit se

Jangan Merajuk Wahai Daie

بسم الله الرحمن الرحيم  Nabi Yunus menyeru pada kaumnya   Sembahlah Allah Yang Maha Esa   Tinggallah berhala yang tidak bernyawa   Jauhi perbuatan yang sia-sia  Seruan Nabi tidak diterima   Nabi diejek dan Nabi dihina   Baginda tidak berputus asa   Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampa Umatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang  Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi  Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah Baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”  – Surah Ali ‘Imran:139 -Copy from Akademi Tarbiyah DPPM *dedicate to all my "sibli

SRiKaNDi MuLtaZimAh

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎  First of all, minta maaf kepada sahabat2 yang tercari-cari akaun blog nie (klu ada la) .. Saya terpaksa stop menulis atas sebab-sebab tertentu. Maaf . Blog berwajah baru, dengan tajuk juga yang berbeza. Moga saya juga bersemangat baru untuk meneruskan niat berdakwah dalam dunia penulisan. Moga kalian yang menerima juga beroleh manfaat. Kenapa srikandi multazimah ??? Nama ini, saya pilih untuk dijadikan inspirasi atau taujihat untuk diri sendiri. Multazimah bermaksud yang bersungguh-sungguh atau bertekad. Saya berazam untuk jadi seorang srikandi yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa pekerjaan pun. ( tanda kurang rajin sikit selama ni ) =) Saya juga amat-amat berharap sebarang teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat untuk menegur salah silap sepanjang saya menulis nanti. Semoga ALLAH tetapkan hati saya pada niat yang asal . Sirru A'la Barakatillah .. Salam Ukhuwah ..

Jaulah Jordan 2012 ( second day )

“ Apakah kamu mengira kisah Ashabul kahfi dan ar Raqim itu sahaja merupakan satu bukti yang menakjubkan diantara bukti-bukti kekuasaan Kami yang lain?” ayat 9 “Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung di sebuah gua lalu mereka berdoa 'Wahai Tuhan Kami! Kurniakan kami rahmat Mu yang melimpah dan sediakan untuk kami kemudahan taufiq dalam urusan Kami.'” ayat 10 “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyak di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”  ayat 11 “Kemudian kami bangkitkan mereka (dari tidur) itu untuk Kami ujikan siapakah di antara dua golongan itu yang lebih tepat kiraannya tentang lama mana mereka tinggal di sana (dalam gua)” ayat 12 masjid ashabul kahfi .. terpaksa pakai purdah tiruan .. :D Hari kedua, rombongan kami bertolak ke gua ashabul kahfi. Saya cuba menghayati sirah ashabul kahfi. Tak pernah terlintas saya bakal menjejakkan kaki ke sini. Tempat yang menyimpan sejarah besar, yang menjadi bukti keimanan pemuda-pemuda yang berusaha menyelamatkan aqidah dari pe

3 Mac 2012

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎  3 Mac 2012 Tepat 19 tahun (ikut tahun masihi) saya hidup didunia sebagai seorang muslim. 19 tahun mengharungi segala suka duka kehidupan. 19 tahun bergelar anak, kakak, pelajar dan hamba ALLAH. 19 tahun cuba mengenal erti kehidupan yang sebenar.19 tahun yang tersimpan 1000 satu kisah. Bersyukur ya ALLAH, masih diberi kesempatan untuk diri ini menghirup udara, bernafas dengan oksigen, dan bergerak dengan kudrat pemberianMU. Lupakan kisah 2tahun lalu yang menyeramkan. :) Alhamdulillah, tahun ini, ALLAH murahkan rezeki untuk umi dan abi datang menziarahi bumi urdun. Bertambah bersyukur, bila tarikh tu jatuh pada tarikh 3 Mac 2012. Sedaya upaya saya usahakan agar perjalanan umi dan abi kali ini berjalan dengan baik. Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat syabab-syabab PERKASA Irbid yang sudi membantu dari sebelum hingga selesai perjalanan. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian. Jazakumullah. 6 bulan tak tatap wajah umi d