Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Overthinking membawa stress

Bismillah... Sebenarnyakan, dah berapa malam dah mata nie susah nak lelap. Pukul 3 4 pagi baru boleh lena. Tak tahu penyakit apa. Tetiba je jadi macam tu. Hmm Nak cakap risau exam, mungkin kot. Tapi studynya tak struggle mana pun. Asyik risau risau. Tak tahu lah. Mohon doakan je yang terbaik yer. Mungkin jugak sebab aku overthinking sgt kot. Semenjak dua nie asyik fikir bukan-bukan. Sampai terbawa dalam mimpi 😭 Bangun tidur mesti rasa nak menangis. Entah. Harap2 benda tu hanya sekarang mimpi. Bukan kenyataan. Hmm. Tapi kalau akan jadi kenyataan pun, still aku takde kudrat apa-apa untuk ubah atau sebagainya. Redha je lah. Tapiii.. Hmm.. Takpe lah.. Dah. Aku nekad, esok taknak online sebab nk fokus exam. Doakan yer. Moga aku tabah dah kuat and paling penting, aku tak overthinking macam nie. Tension tau tak.. 😔 Dah la. Byee. Assalamualaikum.

Celoteh before exam

Bismillah.. Guess what.? I have my exam on next Monday and Tuesday but until now i did not study anymore. Actually, I had my sickness for 3days before and today I baru fell better. Its okay lah kan. Tapi dah kenapa hari nie tak study study lagi ntah. Nak exit CELPAD ke taknak nie fiqah.? -_- Fuhhh.. Sekarang dah pukul 1.12 a.m pun still aku duduk mengadap lappy. Mood hilang kemana nie.? Tapi depan mata still ada buku yang terbukak yang dari tadi tak berubah-berubah mukasurat dia. Haha I just enjoy with it. Lol.!!! I think, I have a big problem that no one can help me. Serious talk nie. Tak tipu. Sikit pun tak. Dah sapa yang cakap kau tipu pqah.? _-_ End up aku pilih untuk membebel kat blog nie rather than kau baca buku kan pqah.? Haih.. Pening.. Dah. Jom layan cerita aku. Dalam dua minggu lepas kot, aku tak ingat. Tapi tak lama sangat lah kejadian tu berlaku. Baru lagi and masih segar diingatan. Kehkeh Masa tu aku ontheway nak balik rumah from.... tak silap aku dari

Cinta Tuhan

Bismillah... *POST YANG DIDRAFKAN SEJAK TAHUN 2014* Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita. "Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan  bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa. Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menan

Mohon Tak Bosan

Bismillah.. Actually kan, I baru scroll post dalam blog nie balik. Terperasan ada dua entry menceritakan benda yang sama. Hahaha. Macam mana boleh tak perasan nie :3 Nampak lah tension tu. Nampak lah kan betapa uia nie bukan hidup aku lagi. Betapa Jordan tu masih tersisa cinta dan sayang. Betapa aku berusaha untuk mengadaptkan diri dengan uia nie. Tak mudah. Wallah. Sampai dua kali cerita benda sama. Haha. Macam mana lah. Taknak delete. Biar je. Nanti aku down, aku boleh baca balik. Kot-kot boleh naikkan semangat aku balik ke kan. Even sekarang nie, takde lah bersemangat mana, tapi it's better than before. Hee Jujurnya, segala tulisan aku dalam nie hanya tak lain dan tak bukan untuk aku sendiri. Peringatan untuk diri sendiri. Ibarat macam kita menuding jari kat orang, satu jari memang menuding kepada seseorang, tapi 4jari yang lain, semua terarah kat aku balik. Lagi banyak jari yang menuding ke diri sendir dari dari menuding kat orang. Hmmm. So muhasabah untuk diri kena le

I'm the useless

Bismillah.. Basah bantal dengan deraian airmata. Tak tertanggung lagi dah rasa yang bersarang dihati. Makin ditahan, makin terasa sempit. I'm not Afiqah as well. I have nothing.  Dalam aku rasa down yang teramat sangat nie, tetiba WhatApp dari Sayyidah masuk. Copy paste from Ilham punya mesej. Dalam diam, Sayyidah WhatApps Ilham untuk follow up pasal urusan transfer credit aku. How dare fiqah kau cakap Sayyidah dah tak pedulikan kau.? Sedangkan dia tengah berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kau. How dare kau tak doakan dia, sedangkan dia siap minta maaf dengan kau sebab terleka untuk doakan kau. How dare you.!!!!! Ahh. I'm the useless one. Very losser one. Aku tak berhenti menangis bila Sayyidah keep asking me about my 'amalan'. Fiq, jaga amalan. Tu kekuatan kau.Sayyidah tak jemu untuk pesan benda sama walaupun aku yakin, Sayyidah tahu condition aku. Cukup tahu dan cukup memahami. Tuhan. Jagakan Sayyidah.  People keep asking me, "kenapa tak s

The carzyyyy things

Bismillah.. Hai, lama tak jumpa kan. Dah banyak kali aku type, then delete. Entah lah. Menulis bukan dengan hati nie kadang2 boleh rosakkan tulisan. Sebolehnya aku nak menulis dengan hati, biar org yang baca akan rasa dengan hati jugak. Abaikan gaya bahasa aku yang tak macam Fatimah Syarha, bukan berpuitis macam A.Samad Said, apatah lagi yang sempoi and cool macam Fatin Liyana kesayangan ramai tu kan. Aku menjadi diri aku. Cehh. Dah. Aku nak start melalut lah nie. -__- Kalau nak suruh aku story, tiap-tiap hari aku ada story. Memang penat lah nak layan. Dah boleh buat novel. Tapi aku percaya je, orang lain pun lalui benda yang sama kan. Maybe lagi menarik untuk dikongsi, tapi memandangkan aku nie jenis suka bercerita, suka nak potpet, suka nak menulis, maka aku abadikan certain cerita kat blog nie. Kalau rajin, aku update status, kalau agak-agak nak merapu, aku meroyan (excuse me, bahasa taksopan sikit..) kat twitter.. Haha Actually, I don't know how tu express my emotion. So

Nightmare.!!!!

Bismillah. Assalamualaikum. Hai.!! Long time no sees ya... I'm quite busy with many things that make my brain soo dizzy. Huh. I really can't brain that everything was happened just in one week by 'ghost', I think. Haha I think, I just want to keep all this matter by myself  because I don't want to bother anyone, but it is difficult already. To be honest, I'm very tension and stress. I didn't went to classes for 2days and keep silent in my room just like a person in mourn. My eyes were like a panda all the day. It's about one month ago. It started when my bed was filled with oil, my cutest bed sheet was dirty and I was like "Ya Allah, sapa buat ni.??" But I'm still cool. Like always. Hahaha. After a week, my phone was hidden by 'ghost' in a box behind my door's room. That time, I was very shocked because I just go to the toilet just about less than 5 minutes and guess what, my phone was lost. I really can't brain it.

Kak Soli dah kawennn.!

Bismillah.. Aku baru sampai dari Terengganu pagi tadi. Dalam pukul 5.20, aku sampai dekat TBS. Serious TBS cantik.. Dah macam KLIA. Siap ada boarding pass lagi. Class gituw. Tapi pening jugak lah. Haha 20 Sept 2015. Tarikh yang memang aku dah deserve for someone's big day. Dari mula-mula kak soli bagitau tarikh tu lagi, aku dah get ready nak save the date. Mula-mula sepatutnya 26hb, tapi dieorg awal kan. Aku bertolak ke Terengganu hari Jumaat malam. Even hari Jumaat lepas aku takde kelas, tapi still kena settlekan beberapa doc yang tak lengkap. Sungguh. UIA amat memeningkan :3 Nyampah i. *buatmukasikit* Disebabkan aku nie jenis tak suka nak complicatedkan keadaan, so, aku decide nak minta tolong umi hantar je aku kat stesen KTM Batu Caves (gua yang ada raksasa besar tu). Then aku gerak ke KL Sentral sendiri, sampai kat KL Sentral just tukar stesen sebelah nak ke TBS. Excited jugak jalan sorang2. Even selalu je ada orang marah sebab bahaya katanya. Tapi nak buat macam ma

خيركم من تعلم القرءان وعلمه

Bismillah.. Alhamdulillah untuk hari nie. First kelas secara officialnya. Penat tau nak tunggu dapat masuk kelas nie. Kadang2 masuk kelas tanpa pengesahan dalam slip confirmation. Tension iolls. Tapi hari nie tanpa ragu, masuk kelas. Awal2 pagi dah senyum membayangkan kelas. Hehehe Selamanya hamdalah. Atas nikmat ujian dan bahagia yang Allah bagi. Menangis, suka benda tu lumrah bagi manusia. Atas kita nak handle macam mana. Kan.? Hari nie, after kelas arabic pagi tadi, tetiba dapat maklumat boleh add tilawah secara manual. So, apa lagi. Cepat2 aku pergi Celpad. Nak tahu status boleh ke idak. Alhamdulillah, walaupun agak sakit hati tengok abang hensem yang tak reti senyum tu, sub tilawah dapat jugak di add. Syukur sangat. Atleast takde la 'free' sgt sem nie kan. Ada dua kelas. Kelas tilawah start pukul 1. Settle urusan kat mahallah cepat2 pergi kelas. Aku bajet org lain semua dah start belajar, rupanya masing2 baru masuk. So, takde la rasa ketinggalan sangat. Punya sema

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

I'm UIAMs student

Bismillah.. Hai.!! Assalamualaikum.. I'm so excited because everything was settle. Alhamdulillah. I'm officially as student UIA, Gombak now. Not 'penganggur' anymore. Yeah.! It's sound great yet.?! Hahaha. 25 Ogos 2015, 9.30 a.m Aku sampai UIA. Mula agak gelabah sebab macam tak tahu C.A.C tu kat mana which is tempat pendaftaran. Nasib tak pusing jauh sempat mata melilau tengok nama bangunan. Sebelum turun, time dalam kereta tetiba aku menggigil. Perasaan dia kalah time nak terbang ke Jordan dulu. Cakap dekat umi, "Umi, kakak rasa nak menggigil. Semua perasaan ada. ( Habis semua istilah nak buang air keluar) Heee." Respon umi, "Jangan nak mengada. Turun cepat." Haha. Nak taknak terpaksa turun. Tapi memang kena turun kan. Takkan nak duduk je dalam kereta. Heh. Then masa nak daftar tu, yang sambut aku sorang senior nie. And of course la foreigner. Part nie ramai yang tanya, kenapa join foreigner. Okay, let me explain. Disebabkan aku appl

Terinspirasi dengan Fatin Liyana

Bismillah.. Hai ciksakuraaa.. After watching youtube of Fatin Liyana, aku terinspirasi nak terus menulis. I mean, lebih kerap menulis. Actually, aku dah menulis since form3 kot. Tak ingat. Tapi, lama dah. Berapa banyak link bloh dah yang aku tukar. Masalah utama adalah bila hilang confident diri, maka aku taknak orang kenal aku. Bila ada je orang tahu blog aku, nak2 orang2 yang rapat, aku pun mula la tukar link. Taknak orang jumpa. Pada aku, biar lah aku menulis dengan bebas. Fatin Liyana pesan, avoid diri menulis dalam keadaan marah. Benda nie memang aku sangat jaga. Kalau dekat blog lah, dekat twitter selalu je mengarut. Hehe. Tapi still keterbatasan tu aku jaga. Mengarut, then delete. Sebab bila kita menulis dalam keadaan marah, kita sebolehnya nak zahirkan kemarahan, bimbang time menulis tu kita menulis dengan emo yang level mencecah langit, memang segala macam lah boleh terkeluar. Right.? So, keep calm. Cool down. Banyakkan menulis time gembira, nie pesan FL. Aku pulak, time

Tahajjud Kasih

Bismillah.. Alhamdulillah for the wonderful day today. Haha. Tak habis senyum. Normal bagi manusia la kan. Bila kita dapat apa yang kita nak, kemain bahagia macam nak bagitau satu dunia. Apapun yang datang, syukur selalu. Biar la ujian ke apa, perkara utama syukur dulu. Sebab kadang2, dlm ujian kita tu tersimpan seribu hikmah yang kita tak tahu. Hamdalah sentiasa. Okay, act nak cerita. Beberapa hari lepas, aku decide untuk melangkah ke step seterusnya. Step apa, melagkah apa, jangan tanya. Tak penting pun masa nie. Hehe. Sebenarnya hati antara dua, fikir nak ke tak. Sebab jauh disudut hati, ada rasa takut, berdebar. Tapi, kuatkan jugak hati nie. Dengan bismillah, aku 'mendaki'. Dalam beberapa hari jugak tunggu keputusan. Tiap hari tak keruan. Tapi still buat buat cool. Macam takde apa2 yang jadi. Tiap hari jugak baca jampi serapah. Haha. Tapi takde la jampi pelik2 pun. Orang baca selawat je lah. Masuk hari keempat, serious dah mengalah. Time tu rasa, takpe lah. Belum t

Counting Days

Bismillah... Act, banyakkk sangattt cerita nak tulis. Almost tiap hari kot nak post entry baru, tapi kan disebabkan mak jemah nie pelupa, maka selalu idea hilang begitu saja sebab tak sempat nak tulis. Yela, takkan nak bawak laptop dlm LRT. Nak upload by phone, kenapa ntah tak boleh install bloggger.com dlm tu. Okay. Sapa nak hadiahkan IPad.? Sila pm. Hehe Btw, dah seminggu raya. Dah seminggu Ramadhan tinggalkan kita. How your day.? How about iman.? Simple question buat there something hard feeling right. Bagi aku lah. Muqaddimah Syawal aku tak sebahagia selalu. Pepagi dah sakit kepala. Memang tak lah nak join orang beraya sakan even hati nak sangatt jalan jalan. Second day pun sama. Duduk rumah wan, terperap macam ayam. Tapi aku takde la meroyan sangat. Okay je still raya best sebab banyak spend time dgn pakcik makcik. Duduk dapur, kemas rumah. Dapat la korek rahsia sepupu sepapat. Bukan selalu kan. Dah besar2 nie tak fikir mana nak collect duit raya, cukup dpt duduk dgn sedara

TAQWA

Bismillah.. Pernah tak rasa macam dalam dunia nie takda sapa pun yang faham kita.? Even mak ayah. Aku selalu je rasa macam tu. Kadang2 rasa umi abi terlalu memahami, tapi kadang2 tak. Biasa la manusia. Bila tak kena dengan jiwa, dia cakap lah 'tak'. kalau kena dengan selera, laju je 'ya' tu. Normal. Sebenarnya hari tu macam terasa hati sangat sangat dengan abi. Dah hampir 4bulan aku kat Malaysia, back for good, abi still sebut benda yang sama. "Orang lain dah grad, kakak baru nak start belajar." "orang lain dah habis, kakak tak masuk daftar pun lagi." "Tak menyesal ke tinggalkan Jordan.?" "Ada orang tu belajar tak habis." Wallahi. It's hurting me. Really hurt. Pedih sangat rasanya. Macam tersiat-siat hati nie. Sedih. Ahh, bercampur. Tak tahu nak cerita macam mana. Tiap kali scene nie berlaku, aku akan berpura-pura senyum atau aku cubit abi. Haha. Sebab dah tak tahu nak buat apa. Ikut hati, memang nak menangis lah kan.

Mencari Diri

Bismillah... Rasa macam baru je masuk ramadhan, tiba2 dah sampai 10malam terakhir. Allahu. Cepat sangat masa nie. Rasa macam banyak lagi tak minta dengan Allah. Ibadah pun tak seberapa sangat. Kenapa ntah jadi malas sangat nie. T.T Bila sebut pasal Syurga, hati macam sebak. Yela, semua orang nak masuk Syurga. Takde orang pun yang jawab taknak Syurga. Tapi, tahu diri tak layak. Amalan kurang, dah la kurang, masa buat pun malas. Solat hanya sekadar solat. Bukan sebenar2 solat. Solat tu hanya sebagai nak lunaskan tanggungjawab kepada Allah. Tak rasa mcm tu salah satu jalan untuk menghubungkan diri dengan Tuhan. Lemahnya iman Ya Allah, Tadi lepas solat terawikh, tiba2 rasa sebak. Termuhasabah. Rasa macam dah terlalu banyak bergantung pada manusia. Dah terlalu banyak sibukkan diri dengan pandangan manusia. Macam terlalu bergantung pada manusia. Berkali kali aku cuba bagitau kat diri sendiri, 'Pandangan manusia nie hanya akan mengecewakan, sekalipun dari orang yang kita cinta dan

Cerita sebelum sahur

Bismillah.  Berzaman tak boleh log in blog. Tak tahu lah kenapa. Rasa dah isi passord yang betul, dia kata salah. Kita redha. Maybe nak suruh 'rehat' menulis kejap. Tapi melampau sangat rehatnya. Karat otak kita sebab lama tak menulis. (Kaitan sangat..) Sebenarnya, banyak sangat benda yang aku nak share. Nak semua cerita tu terpahat dalam blog nie, biar satu hari nanti aku boleh baca balik. Tapi, aku tak mampu.  Hari nie, aku rasa rindu sangat dekat Jordan. Bukan sebab si dia ada kat sana. Bukan. Bukan. Tapi memang sebab rindu. Rindu dengan segala-galanya. Sampai sanggup kutip balik gambar2 sepanjang aku berprogram as timb pengarah and buat caption panjang-panjang kat insta. OMG. Miss so much lah. Pastu berangan nak pergi sana dalam akhir bulan nie atau awal tahun depan. Bajet-bajet nak menabung lah bagai. Haha. Harap menjadi. Kot ada nak sponsor, lagi bagus. Ameen. Ameen For those yang tak tahu kenapa aku balik, mesti tertanya-tanya kenapa caption pelik mcm tu.

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Masa lapang yang membunuh

Bismillah.. Betullah. Masa lapang itu membunuh. Lebih tajam dari sebilah pisau yang baru diasah. Semenjak duduk rumah nie, bukan tak ada perkara yang boleh dibuat. Tapi atas kelemahan sendiri, aku tak mampu nak manage masa dengan baik. Rugi sangat. Aku pulak bukan jenis yang rajin nak susun list what to do. Lemah sangat bab nie. Bila ntah nak berubah. Harap2 nanti time dah masuk belajar, pandai dan rajin lah nak susun masa dengan elok. Bila free macam nie, otak banyak serabut dengan benda lain yang tak sepatutnya diserabutkan. (Tapi sebenarnya, memang kena fikir pun. Benda penting kan. Hmm.) Allahu. Sedih dengan diri sendiri. menyesal pun ada jugak. Haha. Dah jadi baru nak menyesal kan. Haih. Dan sebenarnya, aku rasa aku dah terlajak melakukan dosa. Allahu. Bila Allah tegur macam nie baru rasa kena muhasabah balik. Nasib dikurniakan insan yang nak jugak muhasabah bersama. Moga pilihan ini yang terbaik. Ameen. Muhasabah atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan. Muhasab

keyakinan

Bismillah Keyakinan. Suatu yang tak boleh dibuat-buat. Hadir dengan hati. Tanpa keyakinan, kita mungkin tak mampu untuk meneruskan sesuatu. Bercakap soal jodoh. Berapa banyak keyakinan kita bahawa kita sempat untuk merasai nikmat dipertemukan dengan insan yang mampu melengkapkan kita.? Berkahwin. Mempunyai keluarga sendiri. Berkongsi susah dan senang dalam mengharungi kehidupan. Tak yakin bukan. Tapi, bila kita beriman kepada Allah, mempercayai qada' dan qadar Allah, keyakinan itu akan hadir. Andai tidak berjodoh didunia kita pasti berjodoh diakhirat. Keyakinan ini juga bergantung pada naik turun iman kita. Saat iman sedang melonjak naik, kita yakin dengan terlalu yakin, apa yang Allah beri dan tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. Sehinggakan, kita mampu tersenyum walau diuji dengan sesuatu yang berat. Yang terlafaz dilidah, hanya Alhamdulillah. Seyuman. Indah bukan.? Namun, disaat iman sedang jatuh merudum, kita akan berteka-teki. Situasinya, kita akan tertanya-