Thursday, November 19, 2015

The carzyyyy things

Bismillah..

Hai, lama tak jumpa kan. Dah banyak kali aku type, then delete. Entah lah. Menulis bukan dengan hati nie kadang2 boleh rosakkan tulisan. Sebolehnya aku nak menulis dengan hati, biar org yang baca akan rasa dengan hati jugak. Abaikan gaya bahasa aku yang tak macam Fatimah Syarha, bukan berpuitis macam A.Samad Said, apatah lagi yang sempoi and cool macam Fatin Liyana kesayangan ramai tu kan. Aku menjadi diri aku. Cehh. Dah. Aku nak start melalut lah nie. -__-

Kalau nak suruh aku story, tiap-tiap hari aku ada story. Memang penat lah nak layan. Dah boleh buat novel. Tapi aku percaya je, orang lain pun lalui benda yang sama kan. Maybe lagi menarik untuk dikongsi, tapi memandangkan aku nie jenis suka bercerita, suka nak potpet, suka nak menulis, maka aku abadikan certain cerita kat blog nie. Kalau rajin, aku update status, kalau agak-agak nak merapu, aku meroyan (excuse me, bahasa taksopan sikit..) kat twitter.. Haha

Actually, I don't know how tu express my emotion. Sometimes, I feel like I just want to keep silent, with that I feel better. But, sometimes, I feel like want to share with others. And this makes me crazy. Haha. But, sampai bila kan I can be like this. Lifeless sangat.

Okay. Let me story k. Uolls just diam, and baca. Taknak baca, just ignore. :p

About a month ago, something happened to me. I don't know why, it is happened to me. Like cannot brain anymore. But, I believe in Takdir so that, I was be cool tapi kecundang jugak lah sebenarnya dipengakhiran. Hehehe. Terbayang jugak, andai kata nie jalan terakhir dah nak menuju Syurga ke Neraka, tetiba kecundang, padahal dah dekat sgt dengan Syurga. Ya Ilahi. Nau'zubillah. So, aku still tak cukup gagah dan macho untuk handle hidup nie kan. Mudah sgt nak down.

Okay. Sambung cerita. Kejadian sebenar terjadi time 2bulan lepas. Tak ingat sangat lah tarikhnya. Tapi 2bulan lah. Sebab sebulan dah stay kat rumah. Sebulan kejadian aneh tu jadi.

First benda yang aneh lagi menajaibkan semua orang, bila carpet alas kaki aku kena curah dengan minyak. I don't know who did it. Guess what.? Time tu aku fikir, jin yang buat. Hahaha. Sebab macam pelik je manusia nak buat macam impossible lah manusia nak buat. And kalau betul lah manusia, nak buat kenapa.? Aku tak gaduh dengan sesapa punnnn.

Okay. Benda nie aku tak panjangkan sebab aku rasa mcm tak penting sgt pun. Biarlah jin tu nak main-main dengan aku. Nak tengok sikit nak main lama mana. *buat muka*

Okay then, after two weeks kot benda tu jadi and it's happen again. Huh. Time nie i cannont cakap banyak. I rasa nak nangis and tangan menggigil-gigil time pegang bantal yang full of oil, cadar and katil. Cane I nak sleep nie.? Tell me. Tell me. That night, I call my mum. Looking at my bakul baju kotor, waaaa.. Baju baru i.!!!!! Malam tu I sedikit menangis coz I rasa kenapa jin nie nak kacau I. I tak kacau u pun.. Nampak tak. Suuzhonnya I dengan segala benda jin nie. Sapa tak marah kalau harta benda semua habis kena sapu minyak kan.

Okay dah membebel

Then, lepas tu phone aku pulak hilang. Yang nie tak masuk akal. Sebab aku baru singgah toilet 5minit, tinggalkan phone atas meja study, balik bilik terus takde. Tak ke haru biru jadinya. 5MINIT okay, bukan 5jam. Dah hilang. Masa tu rasa yaAllah.. Memang tak terkata. Habis godek segala benda nak cari that phone. Fikir habis duit simpanan sebab beli phone baru tu. Aaaa. Memang tak tergambar lah perasaan time tu. Phone kot. Phone. :( Cari punya cari, jumpa lah jugak kat tempat yang tak disangka-sangka. Allah yang detikkan hati untuk cari kat tempat tu. Alhamdulillah. Thanks Allah. Thanks. Love you.

After that, selang 2hari je pun. Lapotop aku pulak kena curi. T.T

Aku malas nak cerita panjang. Tapi point penting, kena curi. Tinggal sejam sebab aku pergi jogging (this is my new hobby since dah tak sakit pinggang when jogging) balik bilik dah takde. Aku tak fikir apa sgt pun time tu, just fikir, gambar and semua doc penting time study kat Jordadn dulu banyak dalam lappy tu. Laptop boleh cari balik, kenangan tu.? Ngadu kat Sedah, dia cakap, "Takpe la Fiq, biar hilang gambar tu kat lappy jangan hilang dihati." Bajet ayat sweet sgt lettew. *Buat muka*

Kenapa lappy takde emoji macam whatsapp ke telegram ke. Best sikit nak menulis kalau ada emoji nie. Hahaha.

Okay sambung.

Malam kejadian tu, memang satu block kena spotcheck. Kesian semua org. Bertungkus lumus nak cari sekeping lappy yang usang lagi buruk tu. Tapi buruk buruk pun aku syg. Nak buat macam mana. Hmm

Then, kejadian tak berkesudahan disitu. Masih banyak yang perlu diceritakan. Esok ada kelas. Afiqah sangat tak sedar diri.

Selang  3 4 hari kot, my bed again. Kena curah dengan kari. Dia ingat katil aku tu roti canai agaknya. Fuh. Fuh. Menguji sangat. That time, habis semua org aku kabo. Kebetulan ramai pulak nk dtg ziarah masa tu, maka apa lagi. Aku memang sgt2 mengalu-alukan lah. Heh. Semua yang tengok semua cakap org yg buat tu 'gila' hahaha. Kesian dia. Owh, lupa nak kabo. Time hilang phone hari tu, aku start syak semua nie angkara manusia. Siapa dia, atau sapa yang aku syak tu, biarlah rahsia. Biar aku and org2 sekeliling je yang tahu.

Sebenarnya, time kejadian tu aku dah lemah, tapi alhamdulillah, dikurniakan sahabat2 sekeliling yang sangat sangat membantu, bagi cas positif. So, aku still boleh handle dengan Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Walaupun agak sedikit gelisah dan tak keruan, tapi keadaan masih stabil. Heee.

Just, bila yang last nie, aku sedikit terkilan. Aku nangis kuat-kuat. Aku betul-betul rasa tak larat. Bayanglah, baju yang aku beli guna duit simpanan sendiri tak pakai pun lagi kena gunting. Skrit yang aku "paksa" umi teman belikan pun kena gunting. Aku betul2 down masa tu. Aku tak fikir panjang. Pukul 12 lebih, aku tinggalkan bilik and tidur dekat bilik kak dnin. How can i survive after all this. I cannot. Teruji sgt masyallah. Tak tahu nak cakap.

So, after dah penat bermain dengan segala benda nie, aku pun request minta tukar bilik. And alhamdulillah, baru diapprove hari isnin. Moga kehidupan baru nanti tenang2 aja sih. Insyallah.

Aku teruji. Sangat rasa teruji. Susahnya yaAllah nak dptkan segulung ijazah tu. Susah sgt. Moga2, yang pahit pahit nie dibalas dgn kemanisan suatu hari nanti. Ameen.

I have to go act sebab dah pukul 12.26pagi. Esok kelas pukul 8 uolls. Hee. Bye.

Assalamualaikum cinta. Waalaikumsalam syg.

Eiiiwwww :3 

1 comment:

Siti Halimah said...

Sabar je lah. Orag kata, "what we give, we'll get back." . So, "what she/he give, she/he will get back." Btw, org ganu eyh?