Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Malam ini

Malam ini,  Serasa seperti seluruh alam menangisi, Perginya seorang insan bergelar Sang Murobbi. Hati diruntun sayu dan sendu, Walau jarak ini pemisah antara aku dan kamu, Kan ku iringi sekuntum Al-Fatihah hadiah buatmu. Air mata mengalir deras tak terhenti, Bukan menangisi ketentuan Illahi, Hanya sebak menyelubungi hati. Semoga ruhnya mendapat redha Ilahi, Kerana beliau insan yang sukar diganti, Pergi meninggalkan dunia dan seisinya bersama hati yang penuh cinta, Cinta kepada Islam dan mata-mata penyambung perjuangan kekasihNYA..  Semoga tenang disana, duhai Sang Murobbi yang ku cinta ..  Al-Fatihah .. 

Dakwah bukan untuk mereka yang MANJA

Bismillah .. Sollu A'lan Nabiy ..  Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak. Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.  Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami, yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain. Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal ko

Sebarkan Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم Menyayangi untuk di sayang. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling kasih dikasihi, sayang disayangi dan cinta dicintai. Sepilah diri tanpa makhluk bernama kasih, sunyilah  hidup tanpa makhluk bernama sayang dan gelaplah dunia tanpa makhluk bernama cinta. Namun, pada landasan apakah disandarkan segala rasa itu? Tepat terkena sasaran atau tersasar jauh dari tujuan yang asal? Tepuk dada, tanya iman. Biar bertempat. Apabila disebut tentang fitrah, maka ia tidak bisa untuk ditukar ganti atau diubah. Andai sahaja ia diubah, pasti kecelaruan melanda. Umpama kehidupan bertuhan. Memang manusia diciptakan dengan perasaan fitrah bahawa ada kuasa yang lebih hebat dan kuat mengatasi segalanya iaitu Tuhan.  Walaupun ada yang cuba menafikan akan kewujudan Tuhan, tetapi dikala mereka disapa dengan kesusahan dan kesedihan pasti terlahir di bibir kalimah, “Oh Tuhan”.  Maka, tidak perlu untuk disangkalkan lagi bahawa kehidupan bertuhan itu adalah fitrah