Skip to main content

Dakwah bukan untuk mereka yang MANJA

Bismillah .. Sollu A'lan Nabiy .. 

Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak. Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak. 


Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami, yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosongyang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah. Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute". Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi. Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, tanpa tarbiyyah,tanpa dakwah. Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

cc to Ust Abdul Malik bin Abdul Razak .. 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be