Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

RAMADHAN, hadir bersama RINDU yang menggamit hati...

Bismillahir Rahmanir Rahim.. Sollu a'alan Nabiy.. Saat tangan menulis, hati tetap terus menerus berdoa moga diri yang masih diberi peluang olehNYA untuk bertemu dengan "TETAMU" istimewa pemberianNYA buat hamba-hamba yang beriman..ALLAH humma amin.. RAMADHAN.. Tiap tahun, ramai yang merindui bulan ini. Menanti dengan penuh kerinduan dihati. Menanam semangat dan azam yang berkobar-kobar di jiwa. Jadual disusun rapi agar masa tidak berlalu dgn sia-sia. Dipersiapkan diri dengan pelbagai "perhiasan" agar "tetamu" berasa gembira dgn "layanan" yang akan diterima nanti.. Aduhai,,, istimewanya dirimu.. Untuk sama-sama mendapat ganjaran yang berharga disisiNYA ini, marilah sama-sama kita menghayati hadis shahih dari junjungan kita Rasulullah S.A.W ini : أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك

Senandung buat MujahidKU ...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Sollu A'lan Nabiy... gambar hiasan "Dia tetap hidup, aman dalam lena panjangnya. Tersenyum melihat rezeki yang tiada ternilai, sedang berterbangan di dada beburung." Untuk pertama kalinya dia tumpahkan airmata kesedihan saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya dia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya dibantai dan diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama dia mengenal kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya. Kemudian tangis kesedihan itu secara beruntun menerpanya, ketika Irgun membawa satu persatu orang-orang tercintanya tanpa pernah lagi kembali. Saat dia melepas suaminya pada perang Ramadhan (1973), saat itu Amir, putera mereka, baru saja melewati satu tahun usianya. Amir masih terlampau kecil untuk memahami, ketika suatu senja seseorang datang memberitahu tentang kesyahidan ayahnya. Sudah terba

nukilan buat Syabab dan Syabbat

Bismillahhi Rahmani Rahim... AllahummaSalliA'laMuhammad... Alhamdulillah,semakin hari semakin banyak nikmat yang dikurniakanNYA namun hamba yang kerdil ini sering kali alpa untuk sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah,selesai sudah daurah bahasa arab yang dianjurkan yayasan islam kelantan kepada bakal-bakal pelajar Universiti Jordan sesi 2011. Dalam tempoh sebulan, kami diajar ilmu nahu dan sorof, didedahkan dengan suasana Bumi Urdun, dibiasakan lidah kami untuk berbahasa arab, dikerah telinga untuk mendengar ceramah-ceramah arab.. Penat.. Letih.. Tapi amat berbaloi.. Jazakumullah kpd semua tenaga pengajar yang sudi mencurahkan ilmu kepada kami. Meneliti dan menghayati perjalanan kursus ini, terasa betapa besar amanah yang bakal dipikul dan digalas nanti. Betapa besar harapan insan-insan yang menanti kepulangan kami nanti agar dapat memimpin ummah dengan cahaya agama berasaskan iman dan ilmu. Moga kami dipilih ALLAH  daripada puluhan ribu remaja didunia untuk berada di Sofwatul M