Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

coretan buatmu Syria

بسم الله الرحمن الرحيم صلّوا على النبي pepasir putih mula menjenguk kota Irbid ..   sejuk meratah jasad tanpa belas kasihan ..   diri terhumban dalam kesejukan tanpa batasan .. menagih kasih sang mentari walau seketika cuma .. mata terpanah pada paparan yang terhidang .. memikirkan nasib saudara seakidah .. panorama apakah yang sedang kalian tatapi .. wujudkah ikatan bebenang utuh menyelimuti .. atau, hanya ada peluru sesat yang hinggap menyapa .. yang tidak mengenal siapa dan dimana ..   menusuk tubuh kalian tanpa belas dan kasihan .. dan, aku disini .. masih leka dalam "dunia" yang menipu .. masih tidak mampu menyumbang apa-apa .. hanya utusan doa salam cinta dan rindu buat kalian .. WAHAI ANSARULLAH ..   save syria.. ♥ لا تخف ولا تحزن, ان الله معنا .

RASULULLAH (repost)

ya RASULULLAH, aku bukanlah ummat mu yang baik.. namun,aku ingin bersamamu.. ya RASULULLAH, aku bukanlah umatmu yang setia, namun,aku ingin bersamamu.. ya RASULULLAH, cintaku terhadapmu tidak seperti cintamu kepadaku, namun aku ingin bersamamu.. ya RASULULLAH, aku bukanla umatmu yang sentiasa mengikut sunnahmu, namun,aku ingin bersamamu... اللهم صلى على محمد و على آل محمد

Jaulah Jordan 2012 ( first day )

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎  Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk meneroka alam ciptaanNYA. Cuti sem terisi dengan pengisian yang bermanfaat. Walaupun agak letih, tapi saya rasa ia cukup bermakna kerana impian untuk menjelajah sebahagian daripada bumi ALLAH akhirnya tercapai. Bumi Jordan selamat dijelajah. :) Hari pertama, kami dibawa berjalan mengenali Ma'rikah Yarmouk. Tempat ni, tempat dimana berlakunya peperangan Yarmouk. Dalam peperangan ini, pihak Islam (30 000 orang) telah menewaskan pihak Rom (100 000 oanrg). Subhanallah, janji ALLAH itu pasti. Untuk mengetahui sirah perang Yarmouk ini, sila ke web ini . Dekat sini mood saya tiba-tiba menghilang bila 'musibah' menimpa. ;) Pemandangan yang luas. Berbukit bukau. Betapa hebat mereka, pejuang Islam yang terlibat dalam peperangan ini. Sepintas merendah hati. Terasa teralu sedikit pengorbanan untuk Islam. Selesai breakfeast, kami bergerak ke maqam sahabat.  Untuk kisah ini, saya tak m