Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Nak jadi air mutlak...

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى Tak banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengadap cik belog pagi nie. Memandangkan kejap lagi ada kelas plus exam (?) Bertanda tanya sebab not sure exam yang tergendala kelmarin bila diizinkan Dr untuk amik balik. Harapnya, Allah mudahkanlah urusan nak reexam hari nie. Say 'ameen', please. :) Ok. Syukran. ByTheWay, as usual, pepagi nie mengadap lappy sambil on9 FB. Sambil tangan wechat dengan Mummy kat Malaysia. Then terjumpa satu post from Ibnu Batoota Owsem. Serious, sentap mak, nak. Hewhew. It's about something yang orang nampak very simple but for me, it can effect many things in my life. Dah baca tu, terus rasa. Alaaa, taknak jadi air musta'mal. Nak jadi mutlak. Rasa kotornya diri. Allah. Allah. But, wait. Sebelum korang TERsuuzhon, just nak inform. I tak pernah couple k. TAK PERNAH couple. Tak pernah couple. Saje ulang 3kali. Sunnah Rasulullah bila cakap ulang 3kali untuk orang faham dan jelas apa yang ingi

Tuhan, jangan tinggalkan aku

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبي Mungkin disaat aku menulis kalam ini, aku bukanlah seperti aku yang dulu, Manusia yang sangat berpegang teguh pada prinsip hidup, Aku mungkin bukan aku yang dulu, Manusia yang masih kukuh iman dihati, Sekali lagi, aku yang kini bukanlah aku yang dulu, Manusia yang sangat memelihara segala pinjaman Allah buatnya. Bukan aku ingin membuka segala aib diri apatah lagi dosa yang menggunung, Hanya renungan buatmu, teman. Allah itu Maha Adil Tak sekali dibiarkan kau melafaz, "Aku mukmin" tanpa sedikit pun DIA mengujimu, Takkan dibiarkan kau bersenang lenang didunia hingga kau lupa akhirat sebagai pengakhiran. Wahai jiwa yang kian resah lantaran gunungan dosa yang memuncak, Wahai hati yang kian gersang dek kurangnya siraman iman yang menyubur. Pada detik bilakah kau yakin kau akan kembali bertemu Tuhan dalam keadaan husnulkhotimah? Pada saat bilakah kau pasti kau berada dalam dakapan redha dan rahmat Tuhan? Pada ketika bi

9 Zulhijjah 1434H

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Sunnah-sunnah Hari Arafah: 1. Tidur awal utk bersahur 2. Niat puasa hari arafah  3. Bangun sahur 4. Qiyamullail 5. Banyakkan berdoa dan beristighfar sebelum naik fajar [seeloknya pada akhir pertiga malam] 6. Solat qabliyah subuh 7. Solat subuh jemaah di masjid 8. I'tikaf 9. Banyakkan tilawah al-quran Banyakkan berdoa.Jangan lupa doakan kedua ibu bapa kita.

C.I.N.T.A

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبي C.I.N.T.A Selalu kita dengar istilah nie kan?! Orang cakap, remaja dan cinta tak dapat dipisahkan. Hmm. Mungkin kot. Almaklum, fatrah 'jiwa remaja' sedang aktif. Owh, remaja..  Sebenarnya, cinta tak salah. Cinta dan remaja perlu sentiasa berdamping, agar nanti terlahirnya insan yang penuh dengan kasih sayang. Maka akan tersebarlah haruman cinta dan kasih sayang tersebut ke seluruh makhluk dunia.  Tapi, cinta yang bagaimanakah? Cinta yang meminta agar diri tunduk pada nafsu?  Cinta yang mengharapkan hanya perkara2 yang indah bertandang?  Cinta yang mendambakan segala perintah dituruti hatta melanggar syaria't agama? Tidak teman teman.  Cinta itu suci. Cinta itu mahal harganya. Cinta itu suatu yang lahirnya dari Syurga. Sangat suci.  Cinta tak boleh dijual beli. Cinta itu datangnya dari hati. Andai baik keadaan hati, maka lahirlah cinta yang baik. Jika buruk keadaan hati, maka lahirlah cinta yang set

Kisah semalam

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبي  Menatap kembali post2 lepas, terasa blog nie kian mati. Mati dari menyebarkan cinta, kasih sayang dan bahagia buat seisi manusia. Maaf. Mungkin kerana terlalu melayan kerenah diri yang entah bila akan jadi budak baik. Banyak nau kerenah sampai tuan badan pun penat nak melayan. T.T Nak kata sibuk, bukan pimpinan tertinggi kat Jordan pun. Setakat bantu sikit2 je kerja2 persatuan. Tu pun ikut mood. Tapi still tak dapat memenuhi 'kehendak' diri nak menulis dengan kerapnya. Manusia nie selalu lupa, tak beringat. Bila dah sampai saat, "kesempitan datang setelah kelapangan" baru rasa macam "menyesalnya dulu tak buat nie.. nie.. dan nie.. bla bla bla". Masa tu, nak menyesal pun rasa tak patut. Padan muka. Siapa suruh tak manfaatkan masa dengan sebaiknya. Heh Ok. Semalam dapat berita yang menggoncang hati dari Malaysia. Start dari mula2 dapat berita, hati dah tak keruan. Kalau ada pintu Doraemon tu, memang dah lama s

Tuhan,dengarkan aku..

Bismillah. Sollu a'an Nabiy. Tuhan itu Maha Penyayang. Benarlah, Allah sentiasa merindui rintihan dan tangisan hambaNYA. Sesekali Allah tidak akan tinggalkan kita sendiri. Mengadulah pada DIA. DIA Maha Mendengar. Siapa lagi yang lebih layak menjadi tempat mengadu selain DIA? Allah. Allah. Allah KAU berikan aku merasa sakitnya mengharap cinta manusia kerana KAU ingin mengajar aku erti hidup rasa bertuhan. KAU campakkan dalam hati aku erti pengharapan hanya kepada MU. KAU ajarkan aku hidup hamba dalam keredhaan Mu. Sungguh aku lemah. Sungguh aku tak berdaya. Tuhan, aku redha andai sakit ini membawa aku lebih dekat padaMu. Hanya saja aku pinta, jangan Kau abaikan aku walau hanya sesaat. Kerana aku tak bisa hidup tanpa rahmat dan kasih sayangMu. Tuhan.. Dengarkan aku..

"Allah yang beri dan Allah jugalah penyembuhnya"

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang Allah beri.  Insyallah, dalam 2hari lagi saya bakal kembali ke bumi ardul kinanah, Jordan untuk meneruskan jihad menuntut ilmu. Perasaan bercampur baur hanya Allah yang tahu.  Cuti kali ini banyak mengajar saya erti hidup. Membawa saya menyusuri erti sebuah kehidupan. Ya. Kehidupan sebagai muslim terutamanya. Apa itu erti redha? Apa itu erti syukur? Dan apa itu erti tawakkal? Sejujurnya, hari ini, saya rasa dunia bagaikan langit yang dilindung awan hitam. Terasa amat pedih untuk menerima kenyataan bahawa saya mengidap satu penyakit yang agak serious dan agak peribadi untuk saya abadikan di entry ini. Allahu 4 tahun menanggung sakit dan akhirnya keputusan diperolehi.  Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan ketentuan Allah ini. Siapalah saya untuk berkata, "Kenapa aku?". Kerana saya hanya insan biasa yang sering alpa. Lupa tentang kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Lupa

Kembali Setelah Menyepi

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى Dua bulan menyepi dari menulis dan berkongsi pengalaman disini. Rindu nak menulis, tapi terlalu banyak kekangan, tambahan laptop baru 'sihat' setelah beberapa lama terlantar sakit. :) Allahu. Hampir tidak mampu untuk berkongsi, rasa nak curahkan segala rasa yang sekian lama terbuku. Tapi, Insyallah, saya cuba kongsi mana yang perlu dan sesuai k. Alhamdulillah, tahun nie Allah izin beraya di Malayasia. Meninggalkan bumi Jordan buat sementara waktu. Alhamdulillah, dapat bersama keluarga tersayang. Beraya dengan saudara mara dan sahabat handai. Allah je tahu perasaan nie. :) Alhamdulillah. Cuti kali ini juga merupakan cuti yang agak bermakna buat saya. Kerana, bakal kehilangan tempat story mory. Dialah kakak, dialah teman, dialah sahabat dan dialah sepupu yang paling rapat. Dari zaman sekolah menengah, kami tak pernah berenggang dan kini, beliau baru sahaja berumahtangga dengan jejaka pilihan hati, Abg Afiq. Btw, I'm happy for yo

....

Bismillah .. Allahumma solly a'la muhammad.. Kadang-kadang, kehidupan ini jauh sangat dari keadilan. Kita cuba untuk berdamping dengan semua manusia yang kita kenal. Kononnya, ingin membina silaturrahim. Tapi, bila dilayan bagai kita nie insan yang tiada hati. Hati mula memberontak. Jiwa mula bermain dengan pelbagai persoalan. Susah sangat ke manusia nak terima aku sebagai aku ? Payah ke nak layan aku sebagai manusia ? Kolot sangat ke aku hingga dijauhi dan tak ingin mendampingi ? Bermain-main dengan persoalan, hingga diri jadi buntu. Terasa dunia kejam. Allahu Allah. Andai iman goyah. Andai hati tak kuat. Pasti dimaki hamun semua makhluk. Pasti tiada lagi akhlak islamiah yang cuba diperjuangkan. Pasti tiada lagi lambang muslimah pada diri. Kembali pada Allah. Itulah sebaik penyelesaian. Kata hati, mengapa kau mencari pandangan dan nilaian manusia, andai pandangan dan nilaian Allah itu lebih utama dan awla?? Manusia yang tak ingin bersamamu itu adalah mereka yan

The Blessed Tree / The Only Living Sahabi

Bismillah .. Sollu A'lan Nabiy Thanks to Allah for everything. Just want to share with all my followers about one of the miracle of Allah. It's The Blessed Tree or we called it, The Only Living Sahabi. For those of arabic's people, they called "Syajarah Mubarakah".  It was a such miracle tree because it can life in the desert which have nothing except this tree.  I think everyone knows the environment of the desert, yet? Subahanallah. It's was made me felt like Rasulullah be with me at that time. Allahu Allah. Terdapat beberapa kisah yang telah diceritakan, samada shahih mahupun tidak, kita serahkan pada Allah. Tapi, sebagai muslim, kita tetap beriman bahawa Allah berhak melalukan apa sahaja. Ada dua kisah yang dimaklumkan. Kisah Pertama : Kisah disaat Rasulullah membantu bapa saudara baginda ketika berumur 12 tahun (menurut sesetengah pendapat) berniaga. Ketika pulang dari berdagang, Rasulullah dan rombongan telah berehat di suatu tempat di bumi sy

Titipan buat kalian

Bismillah .. Alhamdulillah, bersyukur masih diberikan kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi diteratak ini. Semoga bermanfaat. Kehidupan ini ibarat roda. Terkadang diatas, terkadang dibawah. Terkadang sakit, terkadang sihat. Apapun, semua dalam ketentuan dan ketetapan Allah. Saya bukanlah manusia hebat dan sempurna. Iman terkadang lemah dan terkadang naik. Sering juga mengeluh dipertengahan jalan. Terasa berat untuk meneruskan kehidupan. Semenjak datang ke Jordan selepas pulang dari Malaysia hampir 3bulan yang lepas, kesihatan saya hampir 100% sembuh. Alhamdulillah. Pelajaran mula menjadi tempat no1 dihati. Peperiksaan awal juga mula menunjukkan prestasi yang meningkat. Sujud syukur atas nikmat ini. Tiada lafaz yang layak untuk saya hadiahkan buat Pemberi Hadiah yang Utama, Allah, selain lafaz Alhamdulillah. Namun, sejak akhir-akhir ini, kesihatan saya mula menampakkan tanda-tanda buruk. Simptom-simptom penyakit mula menyerang. Dan semangat saya mula kembali menurun. A

Tragedi 14 Feb 2013

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى Hari ini, tepat sebulan kejadian itu berlaku. Terasa kelam sebentar kehidupan. Baru menjejakkan kaki lebih kurang seminggu di bumi Jordan, sekali lagi teruji. Allahu. Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi. Lena terusik bila tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Pelik, jam 3pagi, mana mungkin ada tetamu menyinggah. Tiba-tiba, saya terdengar jeritan dari sahabat dibilik sebelah (kebetulan saya menemani sahabat, tidur dibiliknya). Hati berdegup kencang. Terasa amat payah untuk bangkit dan bergerak. Mungkin kerana terlalu terkejut. Dalam hati, "Apa sebenar yang berlaku nie ? Dieorang kena sampuk ke? Grulpp." "Fiqah, Sayyidah bangun. Mehla sini." Jerit kakak serumah. Ya, ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. Digagahi diri untuk bangun dan segera ke bilik sebelah. "Korang, ade orang masuk rumah kita. Cepat-cepat. Telifon Abu Khalid (tuan rumah)" Jelas kakak tadi. Allah ... Keadaan cemas itu hanya Allah yang tahu dan

Cinta Rasul. Menyusuri sirah, melazimi sunnah.

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Sudah lebih 1434H, Baginda Rasulullah meninggalkan kita. Baginda pergi bertemu dengan Kekasih Agung walaupun hati sarat merindui ummatnya. Ketabahan baginda memperjuangkan agama sehingga, hingga kini kita masih mampu merasai nikmat iman dan islam. Subhanallah. Baginda, manusia sempurna yang tiada tolok banding.  AlQuran menjadi cerminan akhlaqnya. Umpama bicara Ummul Mukminin, Aisyah r.a, "Akhlaq Rasulullah adalah AlQuran." Nah, kini Rasulullah tinggalkan AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan. Atas alasan apa lagi kita bermalas-malasan untuk membaca, menghayati dan mentadabbur 'harta peninggalan' Rasulullah ini ? Kalau cinta, buktikan. Kalau sayang, laksanakan. Kalau kasih, amalkan.  Hati berkobar ingin mendapatkan syafaat baginda, jiwa membara ingin bersama baginda di syurga nanti, naluri merintih ingin bertemu baginda.  Tapi, andai sunnah ditinggal, maksiat dibuat. Jangan merintih andai Rasulullah

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir “Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.” - William Faulkner, Intruder in the Dust. SAYA  rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013. Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil

HKR 112 Dalam Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya Allah izinkan saya merasai suasana Malaysia dibanjiri dengan lautan manusia. Alhamdulillah. Keinginan ini bukan atas dorongan 'keseronokan' dan 'kegembiraan' berhimpun dan berarak beramai-ramai. Tetapi keinginan diri ini terdorong atas semangat ingin melihat dan merasai sendiri 'perjuangan' yang ingin diperjuangkan ditanah air tercinta. Satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan, apabila semua orang bersatu hati membantah dan menuntut keadilan. Tak kira bangsa, agama dan warna kulit. Yang penting matlamat kita sama. Bertambah teruja apabila saudara seagama, saling melaungkan takbir membesarkan Allah, membaca doa wehdah dan solat berjemaah bersama walaupun dalam kesesakan manusia yang tak putus-putus hadir memberi sokongan kepada usaha ini. Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 (HKR 112) selamat dilangsungkan dengan aman dan damai. Sedikit pun tidak tercetus

Cukuplah Allah sebagai Penolong

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى Kehidupan ini wasilah menuju Tuhan. Jalan mencari Allah dan kembara bertemu Ilahi. Bukan mengejar neraka yang bisa membakar dan membekukan jasad yang serba lemah ini. Sepanjang hampir dua bulan berada di Malaysia ini, banyak yang telah saya perolehi. Ada suka, ada duka. Lumrah kehidupan seorang insan. Suka kerana boleh bersama keluarga, membantu mereka dan berkongsi pelbagai cerita sepanjang setahun lebih berada di bumi Jordan.  Cuma, kadang-kadang sedih. Sedih bila dituduh dengan macam-macam sehingga terasa diri diaibkan dan diperlekehkan. Bukanlah niat saya untuk mengeluh, tetapi sekadar berkongsi pengalaman 'digelar' dan 'dikata' orang.  Benar, kepulangan saya, tak ramai yang tahu termasuk keluarga besar. Tetapi kepulangan ini berlaku dengan izin umi dan abi. Tak perlulah dikecohkan seluruh dunia tentang keadaan saya (walaupun sempat buat status FB makluman pulang ke Malaysia) Malangnya, bila ada saudara mar

My Journey !!! Alhamdulillah ..

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Tanah serambi Makkah itu aku jejak kembali. Mengembara seharian, mengimbau segala kenangan pahit manis selama berjuang di medan ilmu. Tanah itu penuh makna, penuh barakah. Ke mana saja aku pergi, pasti ku bawa sekali roh-roh perjuangan dan semangat yang telah ku genggam dari tanah itu. Kelantan, kau tanah penuh barakah !!! Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah juga atas keizinanNYA memberi peluang dan kesihatan untuk saya menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Alhamdulillah. Kepenatan tubuh setelah meredah perjalanan yang memakan masa hampir 7jam itu sedikit pun tidak dipedulikan. Disebabkan terlalu excited (masa sekolah, kemain malas nak ronda-ronda KB), saya menangguhkan masa rehat di rumah bapa saudara dan terus bersiap-siap untuk agenda ronda bandar Kota Bharu. Agenda pertama, melawat Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan (Mp3). Sambil menunggu adinda mengurukan urusan berhenti sekolah, saya sempat bertemu den

Syukran =)

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Satu perkara yang membuatkan saya jadi takut adalah menjadi bahan fitnah untuk 'agamawan' dan Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, saya tukar nama dan link blog. Bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi untuk kemaslahatan bersama.  Blog ini saya wujudkan untuk saya kongsikan pengalaman hidup, ilmu yang saya dapat dan berkongsi kisah-kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan buat sahabat-sahabat yang menjenguk sesawang ini. Bagi sahabat-sahabat yang rasa tak selesa atau tak suka dengan apa yang dicoretkan, boleh tinggalkan komen dan unfollow saya. Bimbang juga, masa yang kalian peruntukkan untuk menatap skrin lappy menjadi sia-sia dengan sebab membaca coretan saya.  Walaupun saya berkuasa penuh untuk mencoretkan apa-apa dalam setiap entry ini, tetapi pandangan kalian juga sangat bermakna buat saya. Seandainya, saya mati sekejap lagi, setiap patah perkataan yang saya tuliskan pasti dihisab. Saya percayakan dan beriman dengan kenya