Skip to main content

Nak jadi air mutlak...

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبى

Tak banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengadap cik belog pagi nie. Memandangkan kejap lagi ada kelas plus exam (?) Bertanda tanya sebab not sure exam yang tergendala kelmarin bila diizinkan Dr untuk amik balik. Harapnya, Allah mudahkanlah urusan nak reexam hari nie. Say 'ameen', please. :) Ok. Syukran.

ByTheWay, as usual, pepagi nie mengadap lappy sambil on9 FB. Sambil tangan wechat dengan Mummy kat Malaysia. Then terjumpa satu post from Ibnu Batoota Owsem. Serious, sentap mak, nak. Hewhew.

It's about something yang orang nampak very simple but for me, it can effect many things in my life.

Dah baca tu, terus rasa. Alaaa, taknak jadi air musta'mal. Nak jadi mutlak. Rasa kotornya diri. Allah. Allah.

But, wait. Sebelum korang TERsuuzhon, just nak inform. I tak pernah couple k. TAK PERNAH couple. Tak pernah couple. Saje ulang 3kali. Sunnah Rasulullah bila cakap ulang 3kali untuk orang faham dan jelas apa yang ingin disampaikan. Hee

Ok. Berbalik pada tajuk.

Taknak jadi air musta'mal. Taknak. Taknak.

Even I tak pernah couple and sebolehnya taknak terjebak dengan dunia 'coupling' nie, tapi i have many of 'boyfriend'. Act, not soooo many. Tapi ade la. Bukan takde langsung. Cukup kira dengan jari je pun. Tetibe terlintas dalam otak nie, apa niat aku kawan dengan dieorg? Tak boleh langsung ke aku nak berkawan dengan dieorg? Walaupun kadang2, just kawan biasa, Tanya kaba. Borak2 skit. Haaa, kan dah timbul tanda tanya disitu.

For me, selagi tak melanggar syariat, selagi tu, I proceed je. So, I takla terlalu bersifat 'sufi' disini. Ya Allah, jujurnya. Nak jadi 'sufi' tu bukan satu benda yang mudah. Susah kot. Haiii, memang la susah. Kau ingat syurga tu murah ??? Mahal ook. Mahal. Because of that, susah nak grab kebaikan dan jadi baik nie.

Korang nak tahu tak ape yang menyentap emosi, jiwa dan sanubari I pagi nie? Nah nie, baca!!

Opss, sebelum tu. Try istighfar dulu. Then baru baca. Baca dengan mata hati. Bukan sesaja k. ;)

"Musta'mal~

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia? "


Dah baca? So, how's? Hmmm. Kalau korang tak sentap, it's ok. Maybe korang mampu jaga diri as well. But not me. Lagha lagi. Hmmm. Malunya. Ahhh. Malu la dengan korang. 

Apapun, nie peringatan yang bagus untuk semua muslimah sebenarnya. Sama2 hayati and try to be a good muslimah either for your family, your friend, your sanak saudara semua and paling penting, for Allah. Be a good good good 'hamba' for HIM. Insyallah. 


Have to go now. Kelas pukul 10.oo pagi, sekarang dah pukul 8.40 pagi. Baju tak iron lagi, kasut tak polish lagi, tak breakfest lagi, tak kemas buku lagi. Will be back. Insyallah.


Salam Mahabbah penuh cinta, kasih dan sayang from Irbid. Babai. 


~Assalamualaikum~

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...