Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Cinta Rasul. Menyusuri sirah, melazimi sunnah.

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Sudah lebih 1434H, Baginda Rasulullah meninggalkan kita. Baginda pergi bertemu dengan Kekasih Agung walaupun hati sarat merindui ummatnya. Ketabahan baginda memperjuangkan agama sehingga, hingga kini kita masih mampu merasai nikmat iman dan islam. Subhanallah. Baginda, manusia sempurna yang tiada tolok banding.  AlQuran menjadi cerminan akhlaqnya. Umpama bicara Ummul Mukminin, Aisyah r.a, "Akhlaq Rasulullah adalah AlQuran." Nah, kini Rasulullah tinggalkan AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan. Atas alasan apa lagi kita bermalas-malasan untuk membaca, menghayati dan mentadabbur 'harta peninggalan' Rasulullah ini ? Kalau cinta, buktikan. Kalau sayang, laksanakan. Kalau kasih, amalkan.  Hati berkobar ingin mendapatkan syafaat baginda, jiwa membara ingin bersama baginda di syurga nanti, naluri merintih ingin bertemu baginda.  Tapi, andai sunnah ditinggal, maksiat dibuat. Jangan merintih andai Rasulullah

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir “Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.” - William Faulkner, Intruder in the Dust. SAYA  rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013. Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil

HKR 112 Dalam Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya Allah izinkan saya merasai suasana Malaysia dibanjiri dengan lautan manusia. Alhamdulillah. Keinginan ini bukan atas dorongan 'keseronokan' dan 'kegembiraan' berhimpun dan berarak beramai-ramai. Tetapi keinginan diri ini terdorong atas semangat ingin melihat dan merasai sendiri 'perjuangan' yang ingin diperjuangkan ditanah air tercinta. Satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan, apabila semua orang bersatu hati membantah dan menuntut keadilan. Tak kira bangsa, agama dan warna kulit. Yang penting matlamat kita sama. Bertambah teruja apabila saudara seagama, saling melaungkan takbir membesarkan Allah, membaca doa wehdah dan solat berjemaah bersama walaupun dalam kesesakan manusia yang tak putus-putus hadir memberi sokongan kepada usaha ini. Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 (HKR 112) selamat dilangsungkan dengan aman dan damai. Sedikit pun tidak tercetus

Cukuplah Allah sebagai Penolong

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى Kehidupan ini wasilah menuju Tuhan. Jalan mencari Allah dan kembara bertemu Ilahi. Bukan mengejar neraka yang bisa membakar dan membekukan jasad yang serba lemah ini. Sepanjang hampir dua bulan berada di Malaysia ini, banyak yang telah saya perolehi. Ada suka, ada duka. Lumrah kehidupan seorang insan. Suka kerana boleh bersama keluarga, membantu mereka dan berkongsi pelbagai cerita sepanjang setahun lebih berada di bumi Jordan.  Cuma, kadang-kadang sedih. Sedih bila dituduh dengan macam-macam sehingga terasa diri diaibkan dan diperlekehkan. Bukanlah niat saya untuk mengeluh, tetapi sekadar berkongsi pengalaman 'digelar' dan 'dikata' orang.  Benar, kepulangan saya, tak ramai yang tahu termasuk keluarga besar. Tetapi kepulangan ini berlaku dengan izin umi dan abi. Tak perlulah dikecohkan seluruh dunia tentang keadaan saya (walaupun sempat buat status FB makluman pulang ke Malaysia) Malangnya, bila ada saudara mar

My Journey !!! Alhamdulillah ..

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Tanah serambi Makkah itu aku jejak kembali. Mengembara seharian, mengimbau segala kenangan pahit manis selama berjuang di medan ilmu. Tanah itu penuh makna, penuh barakah. Ke mana saja aku pergi, pasti ku bawa sekali roh-roh perjuangan dan semangat yang telah ku genggam dari tanah itu. Kelantan, kau tanah penuh barakah !!! Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah juga atas keizinanNYA memberi peluang dan kesihatan untuk saya menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Alhamdulillah. Kepenatan tubuh setelah meredah perjalanan yang memakan masa hampir 7jam itu sedikit pun tidak dipedulikan. Disebabkan terlalu excited (masa sekolah, kemain malas nak ronda-ronda KB), saya menangguhkan masa rehat di rumah bapa saudara dan terus bersiap-siap untuk agenda ronda bandar Kota Bharu. Agenda pertama, melawat Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan (Mp3). Sambil menunggu adinda mengurukan urusan berhenti sekolah, saya sempat bertemu den

Syukran =)

بسم الله الرحمن الرحيم صلوا على النبى Satu perkara yang membuatkan saya jadi takut adalah menjadi bahan fitnah untuk 'agamawan' dan Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, saya tukar nama dan link blog. Bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi untuk kemaslahatan bersama.  Blog ini saya wujudkan untuk saya kongsikan pengalaman hidup, ilmu yang saya dapat dan berkongsi kisah-kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan buat sahabat-sahabat yang menjenguk sesawang ini. Bagi sahabat-sahabat yang rasa tak selesa atau tak suka dengan apa yang dicoretkan, boleh tinggalkan komen dan unfollow saya. Bimbang juga, masa yang kalian peruntukkan untuk menatap skrin lappy menjadi sia-sia dengan sebab membaca coretan saya.  Walaupun saya berkuasa penuh untuk mencoretkan apa-apa dalam setiap entry ini, tetapi pandangan kalian juga sangat bermakna buat saya. Seandainya, saya mati sekejap lagi, setiap patah perkataan yang saya tuliskan pasti dihisab. Saya percayakan dan beriman dengan kenya

Husna Khadijah -The End-

بسم الله الرحمن الرحيم  صلوا على النبى  "Awak, saya tak pernah luahkan apa-apa pasal awak sebelum ini. Untuk kali ni, saya rasa saya terpaksa luahkan. Walaupun saya tahu awak tak akan baca pun coretan saya ini. Saya yakin dengan sepenuh hati. Awak, setiap pertemuan dan perpisahan itu semua dalam rencana Allah. Begitu juga dengan kisah kita. Saya yakin, Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Awak, saya dah berusaha menolak awak supaya pergi jauh dari hati. Supaya hati kita sama-sama terjaga. Saya sentiasa mohon kita dijauhkan agar tiada noda yang tercalit hasil dari kebodohan kita. Saya tak nak mencemarkan hati awak yang disaluti dengan kalam-kalam Ilahi. Saya juga tak nak hati saya yang memang sudah hitam dengan dosa makin membusuk dan bernanah. Saya tak nak !!! Awak, walaupun kita tak pernah melafazkan sebarang kalam cinta atau sebarang ayat romantik malah tak pernah kita berhubung untuk keperluan pribadi, tapi semua tindakan awak jelas membawa maksu