Skip to main content

My Journey !!! Alhamdulillah ..

بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبى

Tanah serambi Makkah itu aku jejak kembali. Mengembara seharian, mengimbau segala kenangan pahit manis selama berjuang di medan ilmu. Tanah itu penuh makna, penuh barakah. Ke mana saja aku pergi, pasti ku bawa sekali roh-roh perjuangan dan semangat yang telah ku genggam dari tanah itu. Kelantan, kau tanah penuh barakah !!!

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah juga atas keizinanNYA memberi peluang dan kesihatan untuk saya menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Alhamdulillah.

Kepenatan tubuh setelah meredah perjalanan yang memakan masa hampir 7jam itu sedikit pun tidak dipedulikan. Disebabkan terlalu excited (masa sekolah, kemain malas nak ronda-ronda KB), saya menangguhkan masa rehat di rumah bapa saudara dan terus bersiap-siap untuk agenda ronda bandar Kota Bharu.

Agenda pertama, melawat Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan (Mp3). Sambil menunggu adinda mengurukan urusan berhenti sekolah, saya sempat bertemu dengan Ustaz Nik Hamdi Abd Ghani. Guru yang banyak berjasa membantu anak-anak didik diasrama, mendidik dengan sifat lemah lembut tetapi tegas dan mengajar dengan sifat yang sabar. Senyuman Ustaz Nik mampu membuatkan hati tenang.

Teruja bila Ustaz masih mengingati nama saya walaupun sudah hampir 4tahun ustaz meninggalkan bumi Maahad. (ustaz pindah pada tahun 2009). Teringat satu peristiwa antara saya, seorang sahabat dan ustaz. Ketika itu, saya ditugaskan mengawal pagar sekolah untuk sesi akhir persekolahan, disebabkan cuaca panas saya mengeluh dan kebetulan ustaz melintasi kami. "Ustaz, panaslah. Tak best jaga pagar nie." Dengan spontan ustaz jawab, "Baca 3kali Surah Al-Ikhlas. Kan dah boleh dapat pahala khatam Quran." Usai beri nasihat, ustaz terus membaca Surah Al-Ikhlas bersama kami. Walaupun agak tersentap, tetapi hati cukup rasa tenang dan terdidik. Hingga kini, pesanan itu tersemat kemas disanubari. Insyallah.

Selesai urusan di Mp3, saya bergegas ke Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) kerana Ustazah Samsiah sudah beberapa kali SMS menanti kehadiran saya. Masyallah. Mulia sungguh hati ustazah. Sanggup menanti dan menyambut kehadiran bekas pelajar. Saya dilayan dengan baik. Walaubagaimanapun, kami tak sempat berbual panjang, memandangkan ustazah pun masih ada urusan yang perlu disettlekan. Masih berhutang janji dengan ustazah. Insyallah, ada rezeki, saya ke Kelantan lagi saya akan menginap di rumah ustazah yer. Insyallah.

Sempat juga bertemu dengan Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Lokman. Dua orang insan yang banyak berjasa buat kami, pelajar aspuri MMP. Salah kami, ditegur. Kejayaan kami, disambut gembira. Kami dilayan bagai anaknda sendiri.

Ustaz Mohd Nor, antara guru yang paling rapat dengan saya. Ustaz mudah mem'baca' keadaan anak murid. Samada dalam keadaan gembira atau sedih. Dalam waktu yang agak terbatas semalam, ustaz masih mampu memberi kata-kata nasihat dan semangat untuk saya. Antara pesanan ustaz,

1. Jaga masa. Uruskan masa dengan baik. Bagaimana para ulama' mampu menguasai pelbagai cabang ilmu disamping masih mampu menghafal quran dan buat kerja-kerja lain. Dalam kesibukan itu, mereka masih mampu menulis berjilid-jilid kitab yang menjadi rujukan ulama'-ulama' zaman kini dan kita sendiri.

2. Carilah ilmu bukan hanya mengumpul maklumat. Cari ilmu untuk mengenal Allah. Ramai orang yang mampu mengumpul maklumat tetapi tak ramai yang mampu meraih ilmu. Orang-orang non-muslim juga ramai yang pandai-pandai. Mampu membuat pelbagai kajian dan menelaah banyak kitab, tetapi hakikatnya mereka hanya mengumpul maklumat. Bukan ilmu. Jika ilmu, mereka pasti akan 'bertemu' Allah.

3. Ingat Allah. Untuk mengingati Allah, kita kena paksa diri untuk ingat pada Allah. Dengan paksaan itu, Insyallah, kita akan mengingati Allah. Untuk mengingati Allah ini, para ulama' ada menyediakan satu majlis. Ini tanda kita perlu memaksa diri untuk mengingati Allah. Tasbih itu hanya wasilah untuk menuju Allah. Alat untuk memaksa diri kita mengingati Allah.

Subhanallah !!!

Hanya ini yang mampu saya coretkan. Terasa hati diisi dengan roh-roh ketuhanan dan pengabdian. Ustaz memang begitu. Tak lokek memberi nasihat dan kata-kata semangat. Airmata sebak ditahan daripada gugur dari kelopak mata. Terasa diri begitu jauh dari Allah.

Ustaz mengakhiri pertemuan kami dengan doa tulus darinya. Kata ustaz, kalau saya teringat awak dan anak-anak murid lain, saya akan doa. "Ya Allah, mudahkanlah urusan anak-anak murid ku. Berikan mereka ilmu dan luaskan ilmu mereka."

Masyallah. Hadiah paling istimewa pada saya. Jazakallah ustaz atas nasihat dan doa.

Setelah hampir 2 jam berada di MMP, akhirnya saya pergi meninggalkan bumi Maahad. Semoga Allah terus lindungi bumi barakah itu dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNYA. Semoga akan lahir lebih ramai generasi yang mampu membawa ajaran Islam dan menyebarkan haruman dengan ilmu yang penuh didada. Allahumma Ameen.

Agenda seterusnya, memborong di salah satu tempat paling istimewa buat saya. Syarikat Jaafar Rawas. Syarikat apa tu ? Ini lah syarikat yang banyak berjasa untuk penduduk Kelantan, terutama KB. Kedai buku terbesar yang ada di sekitar Kelantan.

Dari zaman sekolah, saya lebih suka menghabiskan masa duduk disitu berbanding dishopping kompleks yang ada disekitar KB tersebut. Disebabkan perasaan 'cinta' yang membuak, 2jam berada disitu serasa seperti baru 2minit sahaja. Bak kata adindan saya, 'Kalau dah 'gila' nie, memang susahla.' huhu. Dear my sist, thanks sudi teman kekanda 'melepak' di SJR.

Hasilnya, 9buah buku selamat berada dalam dakapan saya. Satu kepuasan yang tak mampu diceritakan kepada sesiapa. Disebabkan minat ini, saya bercita-cita untuk membuat mini library suatu hari nanti. Insyallah. Doakan yer.

Kaki mula terasa lenguh-lenguh, akibat seharian berjalan meronda banda KB. Tetapi, hati tetap mahu teruskan perjalanan.

Memandangkan kami akan pulang ke ibu kota malam itu juga, maka, selesai urusan diKB, kami terus ke TESCO untuk prepare trip malam tersebut. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan smooth. ^^

Tepat jam 9.20 malam, kami berangkat pulang. 5minit perjalanan bermula, kami sudah mula terlelap akibat terlalu letih dan penat.

Begitulah serba sedikit pengalaman our journey. Semoga kalian dapat mengutip apa yang baik dan yang buruk dapat dijadikan tauladan. Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be