Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Antara tuntutan dan tanggungjawab ...

"k.Fiqah,blh tlg bg tazkirah psl taubat???" "k.Fiqah,mcm mn nk jadi baik???" "k.Fiqah,ukhuwah tu mcm mn???" Ini antara soalan2 yang pernah diajukan kpd diri yang serba kekurangan ni. Saya tak nafikan bahwa terkdg saya suka bila diaju soalan2 begini namun jauh disudut hati lahir perasaan takut dan resah untuk saya terus menjawab persoalan2 ini. Saya bukan siapa-siapa. Hanya seorang insan yang masih mencari dan meraba di dalam kegelapan mencari secebis cahaya untuk menyuluh jalan menuju Sang Pencipta. Suka saya tak lain hanya kerana dgn soalan-soalan ini mampu menambah thaqofah diri dan takut saya kerana bimbang "cakap tak serupa bikin". Namun saya cuma juga menjawab dengan ilmu yang masih tersimpan kemas dihati walau tidak banyak yang dapat dikongsikan. Tak sanggup meninggal mereka tanpa sebarang jawapan. "Adik-adik,tolong jgn pandang pada siapa yang sedang berbicara tp hayati dan renungilah kata-kata yang bakal disampaikan ini..."han

Persahabatan antara lelaki dgn wanita, boleh atau tak ?

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya? Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan”

PERGINYA ULAMAK DAN UMARA' MELAYU YANG BERGANDING BAHU DALAM PEMERINTAHAN BERLANDASKAN SYIAR DAN SYARIAT ISLAM.

TUKKU PALOH atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulamak kerohanian yang berkecimpung dalam bidang PENTADBIRAN dan DIPLOMATIK di Terengganu. Beliau hidup di zaman pemerintahan 8 orang sultan silih berganti ; paling lama dan ...paling kuat berpengaruh adalah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu yang ke 11. Kerana kewibawaannya, beliau di beri mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga di terima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam pelbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili Sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu pihak British gagal menjajah Terengganu.   PENCATUR DASAR LUAR TERENGGANU "Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun" Kata Tukku Paloh. "Tetapi kalau hendak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada

Don't jugde a book by it's cover !!!

Assalamualaikum wbt Semenjak tolong abi kat ofis ni, memang banyak benda baru yang saya belajar. Paling best bila ilmu yang selama ni kita hanya belajar di sekolah, tiba-tiba kena aplikasikan dalam kehidupan. Saya ni pelajar aliran akaun sekaligus pelajar ekonomi juga. So masa SPM,memang kena igt semua fakta dalam sub ekonomi pasal PERKESO, KWSP, dan semua hal berkait dgn bank. Memang banyak. Masa tu,klu boring atau takda mood mmg malas la nak baca sebab takda kaitan dgn kehidupan (masa tu..) Nak dijadikan cerita,satu hari abi arahkan semua staff daftar PERKESO dan KWSP exclude saya sebab saya pekerja sementara. Ok juga,klu tak berkurangla duit gaji..hehe..Walaupun saya tak terlibat dengan semua hal ni,tapi saya tetap nk ikut akak-akak ni pergi daftar. Alhamdulillah,banyak ilmu yang saya dapat sepanjang sehari bekerja diluar ofis ni. Cuma,sebelum balik kami singgah di salah satu pusat MAYBANK disekitar gombak ni. Kat sini berlaku satu insiden yang buat saya berfikir dan bermuhasabah

ber"ISTIKHARAH"lah dlm hidup mu

BismillahirRahmanirRahim.. Segala puji bagi ALLAH yang masih memberi kesempatan hari ini untuk terus merasai nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat junjungan Muhammad. Tiada apa yang ingin diri ini kongsikan,hanya sedikit halwa telinga untuk tatapan kalian. Walaupun lagu ni nampak macam jiwang tp sebenarnya bila dihayati setiap bait-bait kata yang tersurat dan tersirat dlm lirik ini.. Masyallah, betul-betul menusuk kalbu. Nasyid ini bukan sekadar lagu biasa tapi ia mengajak kita untuk sentiasa bergantung pada ALLAH dalam setiap apa yang kita lakukan. Kebergantungan kita pada ALLAH merupakan elemen penting dalam kehidupan seorang insan yang bergelar hamba kepada Al-Kholiq. Memang tak dapat dinafikan,manusia terlalu angkuh dalam menjalani kehidupan. Tak sedar bahawa semua yang berlaku sudah dalam rencana ALLAH. Terlalu leka dengan nikmat dunia yang hanya semantara. Yang kita tahu,hanya mengeluh bila diuji dengan ujian yang menyakitkan tanpa menyedari bhw kesenangan juga adala

detik-detik cemas dlm hidupku ... =)

BismillahirRahmanirRahim... Satu pagi bertarikh 2 Mac 2010 bersamaan hari Selasa, macam biasa fiqah bangun pagi untuk solat subuh berjemaah kat masjid aspuri. Tapi pagi ni fiqah rs lain sangat. Tiba-tiba je sakit perut. Sakit yang teramat plak tu. Tapi fiqah tahan je. Siap ambil wudhu,fiqah terus msuk bilik tp masa tu,sakit die bertambh. Fiqah dh rs mcm tak boleh jalan. Disebabkan sakit tu,fiqah batalkan niat untuk solat berjemaah kat masjid. Fiqah solat subuh dlm keadaan duduk pagi tu. Tak pernah rs sakit smpai mcm ni. Lepas solat,sakit tu still tak tahan bahkan bertambh sakit. Kawan-kawan semua belum blk masjid lagi,so menahan sakit sorang-sorang kat dalam bilik tu. Kira-kira pukul 7,baru ade sorang kawan ni prasan fiqah tgh sakit berguling kat lantai. Masa tu semua dh kelam kabut sebab tiba-tiba je fiqah sakit tanpa sebarang tanda-tanda awal. Fiqah mmg dah tak larat nk bgn,terbaring je kat lantai sambil nangis sebab tak tahan sangat. Sarah,kwn baik fiqah pun dtg dan cuba riba fi

MALU makhkota tertinggi MUSLIMAH SOLEHAH ...

Alhamdulillah,segala pujian ku tujukan pada Maha Pencipta sekalian alam.Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah yang amat dicintai...Terima kasih buat ummi,ummi,ummi dan seterusnya abi atas kasih sayang kalian.. Saya mulakan kalam dengan sebuah hadis daripada Rasulullah S.A.W yang berbunyi... "ALHAYA' MINAL IMAN" bermaksud : "MALU sebahagian daripada IMAN" (Sahih Bukhari) Rasa malu adalah suatu sifat fitrah yang dikurniakan ALLAH buat semua makhluk bernama manusia..Rasulullah sendiri mempunyai sifat malu yang amat sangat sehingga pernah seorang sahabat meriwayatkan bahawa sifat malu Rasulullah seperti malunya anak dara sunti yang berada di kamar..Subhanallah..Hebatnya akhlak Rasulullah.. Sifat Al-Haya' ini juga begitu sinonim dengan kejadian wanita..Tingginya martabat wanita juga pada sifat malu yang dimilikinya..Tetapi jika diimbas keadaan dunia kini,kemanakan sifat malu yang merupakan takhta bagi seorang wanita ini menghilang??tepuk dada,tany

kisah kami !!!

BismillahirRahmanirRahim... ukhuwah kami,ukhuwah fillah !!! =) Semenjak dua ni,fiqah hilang idea untuk terus menulis. Mungkin sebab kekacauan yang melanda, and maybe sebab fiqah kurang membaca menyebabkan kurang ilmu untuk dipost kan dlm blog ni. Hari ini terasa nak menulis pasal seorang hamba ALLAH yang betul-betul fiqah kagum dan agak "cemburu" dengan sahsiah yang dia miliki. Dia baik,pandai,sopan,bijak dan bonus yang ALLAH bagi pada dia,dia cantik. Fiqah cemburu sangat. Fiqah nak jadi mcm dia. Fiqah tak kisah pasal bonus kurniaan ALLAH pada dia tu,just fiqah nk usha jadi mcm dia. Walaupun kadang-kadang agak tersinggung dengan orang lain sebab suka membandingkan kami,tapi fiqah tak kisah. Semua tu fiqah jadikan motivasi diri yang paling baik untuk baiki diri. Tapi kadang-kadang tertumpah jugak air mata  ni sebab kene banding selalu..hehehe Fiqah banyak kekurangan berbanding dia. Kalau ikut semua orang sayang & suka kat dia. Semua orang selesa bila bercaka

ketahuilah oleh mu ...

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.! ... Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian. Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Insya Allah, amin. See more

keluh kesah hati seorg insan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH,Selawat dan salam buat junjungan mulia,Rasulullah yang amat dicintai dan disayangi.. Coretan ini sekadar renungan bersama... Hati adalah suatu yg abstrak dan tak mmp dilihat. Namun disebalik hati ini pelbagai perkara boleh berlaku dan disebalik hati ini jugalah tersimpan seribu satu rahsia yg tak dapat dikesan oleh sesiapa pun. Terasa sakit bila disakiti. Tercipta kesepian apabila ditinggalkan. Saya punya hati, sama seperti org lain. terkadang saya tak mmp untuk menyimpn semua keperitan dan kesusahan dalam hati ini.Oleh itu,jalan terbaik untuk meluahkan segala isi hati adalah dengan TAKARRUB ILALLAH. YA ALLAH, KAU tenangkan hati aku dgn kalamMU, jgn biarkan aku tanpa rahmat dan redhaMU, biarkan hamba2 MU menyakiti ku, tapi jangan biarkan aku menyakiti mereka, sesungguhnya dosa dr ku akan mnjd hijab antr aku dgn MU, YA RABB, dgrla rintih hati ku ini, tiada tmpat mengadu hny menghrpkanMU, padaMU aku mengadu akan ke