Skip to main content

Antara tuntutan dan tanggungjawab ...

"k.Fiqah,blh tlg bg tazkirah psl taubat???"
"k.Fiqah,mcm mn nk jadi baik???"
"k.Fiqah,ukhuwah tu mcm mn???"

Ini antara soalan2 yang pernah diajukan kpd diri yang serba kekurangan ni. Saya tak nafikan bahwa terkdg saya suka bila diaju soalan2 begini namun jauh disudut hati lahir perasaan takut dan resah untuk saya terus menjawab persoalan2 ini. Saya bukan siapa-siapa. Hanya seorang insan yang masih mencari dan meraba di dalam kegelapan mencari secebis cahaya untuk menyuluh jalan menuju Sang Pencipta. Suka saya tak lain hanya kerana dgn soalan-soalan ini mampu menambah thaqofah diri dan takut saya kerana bimbang "cakap tak serupa bikin". Namun saya cuma juga menjawab dengan ilmu yang masih tersimpan kemas dihati walau tidak banyak yang dapat dikongsikan. Tak sanggup meninggal mereka tanpa sebarang jawapan.

"Adik-adik,tolong jgn pandang pada siapa yang sedang berbicara tp hayati dan renungilah kata-kata yang bakal disampaikan ini..."hanya kalimat ini yang mampu saya berikan sblm memulakan bicara. Bimbang suatu hari, ayat ini mencela saya kerana tidak beramal dengannya..mafhumnya :

"Besar kemurkaan disisi ALLAH kpd mereka yang berkata-kata tidak sejajar dengan perilakunya"
 (surah As-saff)

Dalam hati,hanya doa mampu dilafazkan agar lidah tak tersalah bicara dan amalan mampu menyusuri setiap lafaz yang terungkap.

***

Saya agak kecewa bila ada sesetangah rakan-rakan yang mengambil inisiatif untuk tidak melibatkan diri dalam gerakan dakwah dengan alasan tidak mahu diazab di akhirat sebab tak beramal dgn apa yang telah disampaikan. Pada saya, itu hanya satu alasan yang tidak bermoral. Hal ini kerana Rasulullah telah bersabda maksudnya : "Sampaikan daripadaku walau satu ayat."

Pada pandangan saya, sewaktu diasak dengan pelbagai persoalan dari shbat dan adik2, saya merasakan ini merupakan suatu tuntutan sebagai seorang muslim untuk menyapaikan apa yang kita tahu disamping menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memenuhi hak-hak saudara seagama. Bukan untuk dipandang alim,bukan untuk meraih gelaran ustazah dan bukan juga untuk dikataka wara' dlm beragama. Tetapi hanya memenuhi tuntutan memadai dengan ilmu yang telah diperolehi.

Ayat Quran dan hadis yang telah saya kemukakan diatas amat berkait rapat. Jika di hayati dengan lebih terperinci lagi, dapat saya simpulkan bahawa Rasulullah menyuruh kita menyampaikan risalah baginda,diiringi nasihat dari ALLAH agar berhati-hati dengan apa yang bakal kita sampaikan.

Suka saya nukilkan satu kata-kata untuk dikongsikan bersama,

" ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK"
~perbaiki dirimu dan serulah yang lain~




Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...