Skip to main content

MALU makhkota tertinggi MUSLIMAH SOLEHAH ...

Alhamdulillah,segala pujian ku tujukan pada Maha Pencipta sekalian alam.Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah yang amat dicintai...Terima kasih buat ummi,ummi,ummi dan seterusnya abi atas kasih sayang kalian..

Saya mulakan kalam dengan sebuah hadis daripada Rasulullah S.A.W yang berbunyi...

"ALHAYA' MINAL IMAN"
bermaksud : "MALU sebahagian daripada IMAN"
(Sahih Bukhari)



Rasa malu adalah suatu sifat fitrah yang dikurniakan ALLAH buat semua makhluk bernama manusia..Rasulullah sendiri mempunyai sifat malu yang amat sangat sehingga pernah seorang sahabat meriwayatkan bahawa sifat malu Rasulullah seperti malunya anak dara sunti yang berada di kamar..Subhanallah..Hebatnya akhlak Rasulullah..

Sifat Al-Haya' ini juga begitu sinonim dengan kejadian wanita..Tingginya martabat wanita juga pada sifat malu yang dimilikinya..Tetapi jika diimbas keadaan dunia kini,kemanakan sifat malu yang merupakan takhta bagi seorang wanita ini menghilang??tepuk dada,tanya iman...

Suka saya ceritakan hal sifat Al-Haya' ini kepada semua wanita terutama yang bergelar muslimah di luar sana..Jika dibandingkan kemuliaan antara manusia dan bidadari ciptaan ALLAH,manusia lebih tinggi martabat disisi ALLAH berbanding bidadari..Namun,sejauh mana akhlak yang telah kita miliki untuk dibandingkan dengan bidadari syurga ini??

Sifat bidadari adalah menundukkan pandangan. Menundukkan pandangan ini merupakan salah satu tanda malu. Bidadari juga tidak memandang yang lain melainkan yang halal baginya. Namun,realiti kini sejauh mana wanita-wanita diluar sana menjaga pandangan agar hati tak terusik dan terganggu. Jadi siapa yang lebih mulia akhlaknya??

Pernah suatu hari,ketika saya dan family sedang berehat di ruang tamu meluangkan masa bersama-sama sambil menonton tv, adik kecil saya,Faiq tiba-tiba tutup tv. Kami yang kakak-kakak ni bising suruh buka tv tu balik dan saya tiba-tiba rasa hairan dengan tindakan Faiq tu tadi. Bila saya tanya pada umi,baru saya tahu rupa-rupanya Faiq malu tengok aksi duta iklan yang terpampar di kaca tv tersebut. Masyallah,Subhanallah. Dalam pengamatan saya,saya amat kagum dengan sikap Faiq,kanak-kanak yang berusia 5 tahun pandai membezakan baik dan buruk.Saya mula bermuhasabah diri.

Teringat kata-kata seorang ustaz kat maahad dlu, "Apabila hilang perasaan malu dalam diri seseorang itu maka tertanggal iman dalam dirinya. Nauzubillah. Moga-moga sifat malu ini masih bersarang dalam jiwa kita agar tidak tertanggal iman yang dibajai selama ini. Ameen.




Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...