Skip to main content

ber"ISTIKHARAH"lah dlm hidup mu

BismillahirRahmanirRahim..

Segala puji bagi ALLAH yang masih memberi kesempatan hari ini untuk terus merasai nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat junjungan Muhammad.

Tiada apa yang ingin diri ini kongsikan,hanya sedikit halwa telinga untuk tatapan kalian.

Walaupun lagu ni nampak macam jiwang tp sebenarnya bila dihayati setiap bait-bait kata yang tersurat dan tersirat dlm lirik ini.. Masyallah, betul-betul menusuk kalbu.

Nasyid ini bukan sekadar lagu biasa tapi ia mengajak kita untuk sentiasa bergantung pada ALLAH dalam setiap apa yang kita lakukan. Kebergantungan kita pada ALLAH merupakan elemen penting dalam kehidupan seorang insan yang bergelar hamba kepada Al-Kholiq.

Memang tak dapat dinafikan,manusia terlalu angkuh dalam menjalani kehidupan. Tak sedar bahawa semua yang berlaku sudah dalam rencana ALLAH. Terlalu leka dengan nikmat dunia yang hanya semantara. Yang kita tahu,hanya mengeluh bila diuji dengan ujian yang menyakitkan tanpa menyedari bhw kesenangan juga adalah ujian hidup. Ujian untuk menguji tahap keimanan hambaNYA samada bersyukur atau terus lagha (leka) dengan nikmat tersebut.

Firman ALLAH "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan;  "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka  tidak diuji? Dan sesungguhnya  Kami telah menguji org2 yg sebelum  mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,  sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Oleh itu,saya mengajak diri saya serta sahabat-sahabat sekalian untuk kita bawa hati kita kembali kepada ALLAH. Menyerahkan segalanya pada ketentuan ALLAH disamping usaha kita untuk jadi hamba yang terbaik buatNYA.
Sabda Rasulullah,mafhumnya
"Tidak akan kecewa mereka yang melakukan istikharah..."




Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be