Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

3 IDIOTS

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎  PERSAHABATAN..  Satu patah perkataan yang mampu mengubah pelbagai rasa dalam kehidupan. Syabas diucapkan kepada filem 3idiot kerana telah berjaya membuatkan air mata saya berguguran dengan senangnya. :) Filem Hindustan yang dibintangi oleh pelakon-pelakon non-muslim tetapi membawa mesej ISLAMIK. Mungkin saya agak ketinggalan kerana filem ini sudah lama ditayangkan, cuma baru kini saya berkesempatan untuk menontonnya ( maybe sebab saya bukan pelayan movie, baru terlintas nak tengok..huhu ). Walaubagaimanapun, saya tetap nak share apa yang saya dapat dari filem tersebut. :) Sebelum saya bercerita tentang persahabatan, suka untuk saya kongsikan bersama tentang beberapa pengajaran dan nilai murni yang sempat saya titipkan sebagai titipan untuk diri dan sahabat-sahabat. :) Rancho, Raju dan Farhan, 3 orang sahabat baik yang terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan cabaran hidup demi mengejar sebuah cita-cita yang diimpikan.  Rancho, b

Misteri Kemalangan Di Waktu Subuh !!!

 . Jam menunjukkan pukul 2 pagi , Haji Masjid masih tidak dapat melelapkan mata , berita kemalangan yang ditayangkan secara lansung dalam berita perdana tadi membuatkan jantungnya tidak berhenti berdegup.Amat ngeri apabila sebuah motosikal yang dibonceng oleh sepasang kekasih bawah umur merempuh sebuah Lori Najis dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. Punca kejadian ialah disebabkan kecuaian penunggang yang membuat aksi merbahaya dan memandu dengan laju.Mangsa adalah sebaya dan bersekolah Tingkatan 4 di sekolah menengah di ibukota  . Tingkatan 4? , jantungnya tidak berhenti berdegup , umur Haji Masid mencecah 62 Tahun , umur subsidi yang masih diberikan Allah S.W.T.Haji Masjid selalu teringatkan hal kematian sejak dia aktif berulang alik ke Masjid semenak pencen sebagai Pegawai Kerajaan. Anak Kembar bongsunya masih bersekolah dalam tingkatan 4,Haji Masjid mulai bimbang, kerana anaknya tidak pulang ke rumah disebabkan menghadiri malis hari jadi rakanya.”Biasalah budak-buda