Skip to main content

Secebis rasa ^_^

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 

menanti IRBID diselubungi salju .. nak jadi snow white ^_^

Dingin angin musim syita' terus menerus membelai jasad. Kenangan lepas, satu persatu terlintas diingatan. Disebabkan itu, malam ini, mood untuk menulis tentang kehidupan sepanjang 2011 datang tanpa diduga. Lalu jari jemari dengan pantasnya menarikan tarian pada papan keyboard. ( jangan baca kalau tak berminat k )

Tanpa disedari 4 bulan sudah diri ini berpijak di bumi barakah ini. Dalam 4 bulan ini juga, terdapat pelbagai kisah suka dan duka kehidupan. Jujur saya katakan, kehidupan di alam kampus lebih mencabar berbanding kehidupan di alam persekolahan yang lepas. Kadang-kadang rasa macam nak kembali ke alam ria si kecil. Berlari dan bermain tanpa perlu melihat kehidupan lain, ibarat "dunia aku yang punya". Dan semua itu, hanyalah suatu impian yang tak bisa untuk direalisasikan, meski poket doreamon datang membantu. =)

Entry yang lepas, saya hanya sempat membuat satu kesimpulan dari secebis kehidupan saya sepanjang tahun 2011 yang saya rasakan tiada apa yang perlu untuk saya kongsikan. Tapi, bila teringat pesan senior Hilal, "Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, ada hikmahnya. Ada yang perlu dikongsikan. Maka tulislah, biar semua manusia juga turut mendapat ibrahnya." Kerana itu, saya cuba ingin berkongsi, moga-moga perkongsian bermanfaat buat kalian.

ALHAMDULILLAH, saya diberi kesempatan oleh ALLAH untuk membuka tirai 2011 yang lalu dengan satu pengalaman yang sangat bermanfaat untuk saya. ALLAH membuka ruang pada saya untuk menimba ilmu di  salah sebuah madrasah yang diberi nama Pondok Pasir Tumnbuh, Kelantan. Peluang ini, saya gunakan sebaik mungkin. Walaupun saya hanya berkesempatan menghuni sebagai penuntut ilmu lebih kurang satu minggu namun, ilmu dan pengalaman ini telah banyak membuka minda saya untuk terus menimba ilmu dunia akhirat sebagai bekal suatu saat nanti.

Di sana, saya belajar untuk menjadi seorang manusia yang lebih bersifat terbuka. Terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain. Secara praktikalnya, saya belajar untuk menerima khilafiyah dalam masyarakat. Kehidupan di pondok, tidak la semewah tempat-tempat lain. Amat berbeza. Kehidupan inilah yang mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada saya dan keluaraga. ALHAMDULILLAH.

Kemudian, saya kembali ke Selangor untuk meneruskan kontrak ( macam hebat sangat je bunyi ) sebagai pengurus bahagian Outbound & Inbound Putra Nilai Holiday Services. Pengamalan bekerja banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Lebih mendidik saya mengenali dunia "luar". Kalau dulu, agak kekok untuk berkomunikasi dengan lelaki (memandangkan saya sekolah di sekolah perempuan), tapi ALHAMDULILLAH, semua itu dapat saya atasi dengan latihan sepanjang bekerja. Saya tak berapa berminat untuk menceritakan kisah dunia pekerjaan ini dengan lebih lanjut. Biarlah ia terpahat diingatan untuk dijadikan teladan. =)

Pengalaman terakhir sebelum sibuk dengan persiapan untuk berangkat ke Jordan, saya diundang untuk mengikuti prorag Kursus Asas Qiraat, bertempat di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu selama sebulan. Pengalaman berada dalam kalangan hamlatul Quran ini benar-benar mendorong diri saya untuk meneruskan hafalan yang berbaki. Ustaz dan ustzah yang mengajar sering memberi dorongan untuk meneruskan niat hati ini. Setiap saat yang berlalu, terasa sangat bermakna. Melihat ketenangan tasik DQ yang menenangkan, mendengar suara-suara indah yang sentiasa mengalunkan kalimah ILAHI dan merasa keberkahan tanah yang   dihuni oleh insan-insan terpilih. Tenang.


Suatu hari, Ustaz Dasuki, salah seorang tenaga pengajar di sana, memberi nasihat terakhir kepada kami sebelum kami meninggalkan bumi barakah itu. Ustaz pesan, " Bukan senang nak jadi hamlatul Quran, kena banyak mujahadah. Amalkan apa yang kalian hafaz. Bukan menghafal semata, tetapi AMAL." Jiwa terusik. Mampukah aku ? Hingga saat ini, persoalan ini masih tiada jawapan. Biarlah ALLAH yang menentukan, dan saya hanya perlu usaha untuk ke arah itu. INSYALLAH.

Disebabkan saya juga REMAJA, jadi tidak dapat dinafikan, terkadang saya juga terleka dalam permainan nafsu dan tipu helah syaitan dalam menyusuri kehidupan sebagai MUSLIM. Tapi, itu semua bukan satu alasan untuk terus hayut mengikut arus yang mencabar ini. Bahkan, inilah batu-batu penghalang yang perlu saya tempuhi untuk melatih diri menjadi yang terbaik. 

" Kita tak sempurna, 
tapi kita perlu berusaha menjadi sempurna, 
walau hakikat kita tak mampu menjadi sempurna.. 
kerana RASULULLAH adalah sesempurna 
INSAN. "     


Pernah saya kongsikan beberapa masalah "remaja" saya kepada umi ( sebelum ni tak berani sebab takut+malu ), dengan muka yang merah padam, saya bagitahu juga pada umi. Orang cakap, nasihat dan pengalaman ibu bapa itu lebih awla untuk kita jadikan pengajaran dan panduan. Betul, tak salah pun. Bila kita kongsikan dengan ibu, sebenarnya masalah yang kita rasa masalah tu boleh diibaratkan sebagai angin kencang. Saat hadirnya angin tu, kita rasa susah sangat nak hadapi. Kuatnya angin yang menyapa. Tapi, bila angin tu berlalu, terkadang kita seperti dah lupa akan kehadiran angin kuat tu. Yang penting, HADAPI dan TEMPUH. Selagi kita tak berani untuk menempuhinya, terus bersikap pegun, selagi itu kita tak mampu untuk mengaut sebanyak mungkin ibrah yang ada. 

Sebagai respon kepada masalah saya tu, umi hanya senyum dan cakap, " Biasa la, remaja. Sekarang ni, kakak kena belajar untuk hadapi zaman remaja. Kalau tak, taklah dipanggil remaja."

Kesimpulannya, BELAJAR dan terus BELAJAR. 

Kini, saat jasad berserta roh masih berada di bumi JORDAN meneruskan usia yang berbaki demi meraih redhaNYA, saya ingin terus meneroka keindahan dunia dengan berbekalkan ilmu didada. Saya juga ingin terus berusaha men"Tamrin" diri untuk menjadi hamba yang terBAIK pada pandangan DIA. ( lebih kurang azam untuk tahun 1413H & 2012M )

Sebagai akhirnya, walau apa pun yang berlaku, jangan pernah berputus asa kerana rahmat ALLAH itu sentiasa mengelilingi kehidupan kita. 

قال الله تعالي : 
(لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ)
"Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH"
(الزمر:53).

Sama-sama kita hayati dan amalkan dalam kehidupan kita. Moga ALLAH redha. 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be