Skip to main content

Kematian itu pasti ...

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ‎ 

Masa zaman kanak-kanak dulu, selain hantu, perkara paling buat saya takut ialah mati & mayat. Dalam adik beradik pun, saya yang paling lemah semangat dalam bab-bab ni. Pantang dengar ada orang meninggal, mesti satu badan jadi lesu, pucat dan takut. Bila malam, saya jadi susah nak tidur. Dan akhirnya, terpaksa tidur dalam bilik umi dan abi. 


Tapi, itu kisah 10 tahun yang lepas. Masa akal dan fikiran masih belum cukup matang untuk fikirkan tentang kehidupan, kematian, dan kebangkitan. Jiwa masih belum mampu menterjemah alam dalam sudut pandangan sebagai hamba ALLAH.


Firman Allah S.W.T.:
" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "

( Ali ‘Imraan (3) : 185 )


Selama saya berada di Bumi Jordan ini, termasuk hari ini, peringatan tentang kematian tak putus-putus datang berpesan. Hari ini, berita tentang kematian senior dari Indonesia pula tersebar setalah berita kematian seorang senior dari Malaysia menggempar bumi Jordan, sebulan yang lepas. Kedua-duanya berpunca daripada penyakit leukemia. Sungguh, kematian itu terlalu hampir. Walau demikian, jiwa hamba kerdil ini sering saja lagha (lalai) untuk mengingati akan sekejapnya persinggahan ini. 

Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: "Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau."  Ibn Umar berkata: "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Seperti yang kita maklum, perantau ini sifatnya tidak bertempat (nomad). Sering berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sama seperti kita, berhijrah dari kehidupan alam roh kepada kehidupan alam rahim. Kemudian, ditiupkan nyawa serta disempurnakan fizikal untuk kehidupan dunia. Kemudian, kita bakal berkunjung ke alam barzakh sebelum saat ditentukan samada kita penghuni syurga atau penghuni neraka. 

Ya, perjalanan kita masih jauh. Tapi, semua bekal dan persiapan perlu dipersiapkan saat persinggahan di dunia ini. Tanpa bekal yang mencukupi, kita tidak akan mampu mengharungi segala cubaan di Akhirat kelak untuk sampai ke destinasi yang dituju. Beribadatlah selagi mampu, beribadatlah selagi diberi kudrat, beribadatlah selagi kita bernyawa.

Firman ALLAH yang bermaksud,
"Tidak AKU jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKU."

Beribadat disini, bukan bermaksud beramal semata. Bahkan lebih daripada itu. Allah menyuruh kita menyerahkan segala apa yang ada pada diri untuk dijadikan hamba kepadaNYA semata. Hatta, dalam urusan dunia sekalipun, Allah menyuruh kita melakukannya dengan penghayatan sebagai seorang hamba kepada NYA.


Sebagai contoh, amalan harian yang sentiasa kita lazimi, jika tidak diniatkan sebagai ibadah, ia akan menjadi sia-sia. Mandi, semua orang mandi. Tapi adakah sama tarafnya orang yang mandi kerana amalan harian dengan mandi sebagai tanda mentaati perintah ALLAH untuk sentiasa berada dalam keadaa bersih ? Sudah tentu tidak. Amalan yang dilakukan hanya untuk mendapat redha ALLAH lebih memberi kesan kepada jiwa untuk terus berhubung dengan ALLAH. Moga-moga kita diberi hati yang sentiasa terikat padaNYA. ameen.

Kerana itu, ketahuilah bahawa, perjalanan kita masih jauh dan panjang. Samada kita bersedia atau tidak, Malaikat Izrail tetap akan menjemput kita. 

Firman Allah S.W.T.:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) "
( Al-Jumu’ah (62) : 8 )

Kematian, tidak mengenal pangkat, tidak mengenal usia, tidak mengenal siapa kita. Andai masa yang telah ditetapkan itu tiba, kita tetap dijemput olehNYA. Hanya sahaja kita perlu memilih untuk dijemput dalam keadaan husnul khotimah atau su'ul khotimah. Oleh itu, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk berusaha memilih jalan bagi mengecap amalan menuju husnul khotimah.

Disini saya sertakan antara doa-doa yang perlu diamalkan untuk mendapatkan husnul khotimah :
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Maksudnya, “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh. 
(Surah asy-Sy’araa, ayat 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” 
(Hadis riwayat Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
Maksudnya, “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”


Dengan mengingati mati, kita akan lebih berwaspada untuk menjalani liku-liku kehidupan. Dengan menginagti mati, kita akan terlahir sebagai seorang manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Dan, dengan kamatian juga, akan melahirkan jiwa yang sentiasa ingin bertaubat kepada ALLAH. 

 Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian" 
( Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, no: 4248 )

Wallahua'alam .. 

p/s : Mengingati mati bukan bererti, menginginkan kematian, tetapi, mengingati mati adalah latihan untuk melahirkan jiwa yang abduh kepada ALLAH.. Moga kita diberi kekuatan untuk sentiasa mengingati mati .. amiin.. Selamat beramal .. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be