Sunday, December 11, 2011

Nur FURQAN ...

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 



'ayat yg kami batalkan atau kami hilangkan dari ingatan,
pasti Kami ganti dengan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya , 
tidakkah kamu tahu bahwa Allah Mahakuasa atas sesuatu ?'
 [albaqarah,106]




Quran dipulangkan .. Wajah yang dari tadi tunduk, cuba untuk mengingati ayat seterusnya, diangkat .. Menyambut huluran dengan hati yang sangat sedih .. Serentak lidah mengungkap lafaz صدق الله العظيم .. Mengerti maksud isyarat tersebut .. Kembali mengambil posisi, smbil lidah mengungkap "Na, aku dah putus asa .. "

Jujur, bukan itu yang ingin diungkapkan .. Tapi, itulah yang dirasakan kini .. PUTUS ASA .. LEMAH .. Tak mampu diungkap dengan lafaz  .. Tiada kata yang mampu merungkai perit hati yang menanggung ..

"Kenapa kau sedih sangat ni ? Rilek la .. "

"Na, aku rasa mcm aku tak pernah menghafal Quran sebelum ni .. Padahal, aku ni dah kira murajaah .. Tapi baca tersangkut-sangkut .. Na , aku betul-betul sedih dan putus asa .. "  

"Habiskan bacaan ayat terakhir .. " Dialog itu diungkap petanda kelas bakal melabuhkan tirai .. Mematikan perbualan dua insan tadi ..




Seusai doa khatam Quran dibaca beramai-ramai .. 

Satu ayat dibaca oleh Sang Murobbi , 

'ayat yg kami batalkan atau kami hilangkan dari ingatan,pasti Kami ganti dengan yang lebih 
baik atau yang sebanding dengannya , tidakkah kamu tahu bahwa Allah Mahakuasa atas sesuatu ?' [albaqarah,106]"

Tanpa dipinta , takungan mula pecah .. Deras ia mengalirkan tanpa mempedulikan insan-insan disekeliling .. Hatinya hanya mampu beristighfar .. Menyesali kekhilafan diri ..

Sang Murobbi masih meneruskan kalam , " Jangan putus asa .. ALLAH nak suruh awak sentiasa baca Quran .. Ulang selalu .. Setiap kali bacaan , awak dapat pahala .. Dan InsyaALLAH , ALLAH akan gantikan hafalan awak tu dengan yang lebih baik .. Percayalah .. "



Esak tangis semakin kuat .. Titisan mengalir semakin deras .. Hatinya tersentuh .. Alpa pada janjiNYA ..  PUTUS ASA bukan jalan terbaik .. USAHA , itu yang terbaik ..

Azam dipasak kemas , moga keperitan berganti dengan kemanisan memiliki Nur Furqan dihati disaat ALLAH betul-betul mengizinkan dengan redhaNYA .. 




Friday, December 9, 2011

Tak Susah ...


 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 





Ada orang cakap , nak bina solehah dalam diri tu susah .. betul ke ?

Yup, susah , bila kita tak mampu nak mujahadah .. susah , bila kita rasa susah .. susah , bila nafsu lebih kita utamakan dari mencari redhaNYA .. 

Hakikatnya, tak susah pun . Peluang yang ALLAH berikan pada muslimah untuk menghuni syurgaNYA amat luas .. 

Sebelum ISLAM sampai kepada manusia , wanita dianggap sebagai hamba .. hak wanita tak diadili .. maruah wanita menjadi bahan ejekan dan mainan .. wanita seperti tiada tempat dimata dunia .. terpinggir .. aib ..

Namun kedatangan ISLAM telah meninggikan darjat semua wanita .. Hak wanita diadili , maruah wanita diangkat tinggi , malah wanita dijadikan simbolik sayap kiri para mujahid .. Lihat, betapa ISLAM sangat memuliakan wanita ..

Bila ditanya sahabat-sahabat, bagaimana untuk mewujudkan biah solehah dalam diri .. Saya hanya mampu melafazkan hadis ini sebagai jawapan ..

Sabda Rasulullah S.A.W : " Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. "

Hadis yang nampak ringkas , tapi cukup sebagai satu nasihat dan panduan yang sangat berguna buat para muslimah yang masih tercari-cari direction yang betul untuk bergelar MUSLIMAH SOLEHAH ..

Memelihara kewajipan sebagai muslimah sudah memadai sebagai permulaan peralihan fasa perubahan diri .. Selanjutnya, lazimi dengan amalan-amalan sunnah dengan istiqomah ..

Pada saya, tak perlu melakukan apa yang diluar kemampuan andai kewajipan yang telah ditaklifkan masih berada pada tahap yang rendah .. 
Bak kata pepatah , yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran .. 


Apa yang penting, jaga maruah diri serta akhlah dengan baik .. laksanakan suruhan ALLAH dengan istiqomah .. jauhi laranganNYA dengan hati yang tekad .. insyALLAH , "solehah" menjadi milik kita .. Senangkan .. 

Jadi , apa tunggu lagi ??? 
Jom , sama-sama kita usaha untuk rebut tittle tu pada pandangan ALLAH .. 
moga-moga REDHANYA sentiasa mengiringi kita ..

Think positive .. trust yourself .. and you will get it !!!


p/s : ringkas , tapi harap bermanfaat untuk semua .. ~ ketandusan idea , selasa imtihan .. mohon doa ~