Skip to main content

Tak Susah ...


 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 





Ada orang cakap , nak bina solehah dalam diri tu susah .. betul ke ?

Yup, susah , bila kita tak mampu nak mujahadah .. susah , bila kita rasa susah .. susah , bila nafsu lebih kita utamakan dari mencari redhaNYA .. 

Hakikatnya, tak susah pun . Peluang yang ALLAH berikan pada muslimah untuk menghuni syurgaNYA amat luas .. 

Sebelum ISLAM sampai kepada manusia , wanita dianggap sebagai hamba .. hak wanita tak diadili .. maruah wanita menjadi bahan ejekan dan mainan .. wanita seperti tiada tempat dimata dunia .. terpinggir .. aib ..

Namun kedatangan ISLAM telah meninggikan darjat semua wanita .. Hak wanita diadili , maruah wanita diangkat tinggi , malah wanita dijadikan simbolik sayap kiri para mujahid .. Lihat, betapa ISLAM sangat memuliakan wanita ..

Bila ditanya sahabat-sahabat, bagaimana untuk mewujudkan biah solehah dalam diri .. Saya hanya mampu melafazkan hadis ini sebagai jawapan ..

Sabda Rasulullah S.A.W : " Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. "

Hadis yang nampak ringkas , tapi cukup sebagai satu nasihat dan panduan yang sangat berguna buat para muslimah yang masih tercari-cari direction yang betul untuk bergelar MUSLIMAH SOLEHAH ..

Memelihara kewajipan sebagai muslimah sudah memadai sebagai permulaan peralihan fasa perubahan diri .. Selanjutnya, lazimi dengan amalan-amalan sunnah dengan istiqomah ..

Pada saya, tak perlu melakukan apa yang diluar kemampuan andai kewajipan yang telah ditaklifkan masih berada pada tahap yang rendah .. 
Bak kata pepatah , yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran .. 


Apa yang penting, jaga maruah diri serta akhlah dengan baik .. laksanakan suruhan ALLAH dengan istiqomah .. jauhi laranganNYA dengan hati yang tekad .. insyALLAH , "solehah" menjadi milik kita .. Senangkan .. 

Jadi , apa tunggu lagi ??? 
Jom , sama-sama kita usaha untuk rebut tittle tu pada pandangan ALLAH .. 
moga-moga REDHANYA sentiasa mengiringi kita ..

Think positive .. trust yourself .. and you will get it !!!


p/s : ringkas , tapi harap bermanfaat untuk semua .. ~ ketandusan idea , selasa imtihan .. mohon doa ~



Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...