Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

jom berCINTA !!!

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  ‎ "membaca ALQURAN tu bukannya benda yang kita buat sewaktu kita tak tahu nak buat apa.   tapi ALQURAN adalah matlamat.  apa-apa yang kita lakukan setiap hari, perlu ditujukan kepada bagaimana kita ingin dekatkan  diri dengan ALQURAN  mengulang ALQURAN bukanlah perkara yang kita buat ketika kita ada masa lapang saja.  kita perlu cari masa untuk menghadap ALQURAN.  ALQURAN bukan hafalan yang kita lagukan saja.  ALQURAN adalah pesanan yang turun dari langit yang tinggi, yang kita mesti rasa dan fahami. ✿  surat CINTA dari PEMILIK CINTA...  ✿ * thanking  الله  for this blessing. * solat itu tiang agama. we ask things from  الله  dengan solat. solat/doa itu ibadah yang kita boleh lakukan selalu. setiap masa di mana saja. ALQURAN itu apa yang kita mahu dengar dari  الله  . yang kita boleh buka bila2 masa selagi diri mahu. adakala menjadi pengubat kepada banyak penyakit. but all in all, kepada orang awam seperti aku, cukuplah aku ka

buatmu HATI ..

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  hati kian rapuh pada peritnya ujian yang menduga, resah jiwa saat ia bertamu tanpa dipinta, mula mencari pada apa puncanya .. ku pujuk agar ia tenang, ku rayu agar ia kembali lapang, kerna aku tak bisa meneruskan permusafiran, dengan badai yang menghempas jiwa insan.. kemana lagikah harus ku tuju, agar hati kembali bertemu arah, untuk meneruskan pengembaraan itu, dan hilang resah yang tidak terarah.. duhai HATI, kembalilah pada asal penciptaan mu, kembalilah pada fitrah kejadian mu, kembalilah pada awal kewujudan mu.. aku kini gundah, menanti kau sembuh, agar diri kembali mengorak langkah, tanpa rasa-rasa yang menyinggah.. ya ALLAH,  kepadaMU ku serah segalanya ..

salam aidiladha

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  Alhmdulillah, masih diberi kesempatan olehNYA untuk menikmati suasana beraya walau diri jauh dari insan-insan tersayang.. Moga kita dapat sama-sama menghayati erti PENGORBANAN yang sebenar dalam kehidupan.. Kerna berkorban bukan hanya ada pada lembu,kambing,unta atau sebgainya. Namun, ia terletak pada sejauh mana erti pengorbanan yang dapat kita fahami,hayati dan amalkan dlm kehidupan seharian. Salam Aidiladha dari bumi urdun ..

kerana NYA

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  sahabat sejati ... <3 Langkahnya semakin laju. Sedikit pun tak dipeduli orang sekeliling. Entah kenapa, hari ini hatinya betul-betul terusik. Tersentap dengan "sapaan mesra" dari insan yang paling disayangi.  Rasa marah, geram, sakit hati menguasai dirinya kini. "Kita dah lama bersahabat, tapi kenapa kau buat aku macam ni?" Jerit hatinya. Hampir sahaja takungan air mata pecah.  "Please.. Jangan menangis." Dikuatkan hati sendiri. *** "Kenapa dengan awak? Terkejut akak. Tiba-tiba datang mengejut. Selalu kalau nak datang, awak call dulu." Zulaikha bersuara setelah hampir 5 minit Asyikin dibiar sepi tanpa bicara. Sakinah Asyikin pelajar tahun 1 Universiti Yarmouk, manakala Amalina Zulaikha pelajar tahun 3, Universiti Sains dan Teknologi (JUST). Satu-satunya mantiqah (daerah) di Jordan yang mempunyai dua universiti yang berlainan aliran. Universiti Yarmouk terkenal dengan pelajar jurusan agama,