Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

4 Wanita Yang Dijamin Syurga ...

BismillahiRahmaniRahim ... Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH..Selawat dan salam buat junjungan tercinta,Nabi Muhammad Habiballah.. Setelah beberapa lama memikir dan mencari bahan yang ingin saya kongsikan dalam pos kali ini,Alhamdulillah,ALLAH telah memberikan saya ilham untuk menulis tentang srikandi-srikandi yang telah dijamin syurga oleh ALLAH.. Siapakah mereka sehingga begitu mulia kurniaan ALLAH buat mereka..Ayuh sama-sama kita hayati kisah mereka dan mengenali mereka agar bertambah kecintaan kita kepada mereka.. Sabda Rasulullah SAW : "Seutama-utama wanita ahli syurga adalah Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad, Maryam bt Imran dan Asiyah binti Muzahim..." 1. KHADIJAH BT KHUWAILID . Beliau seorang insan yang sangat mulia. Insan pertama yang bertakhta di hati Habiballah. Insan pertama yang membenarkan risalah nabi tercinta. Mulia Khadijah bukan terletak pada banyaknya harta yang dimilikinya, bukan pada paras rupa yang rupawan dan bukan juga pada ket

luahan hati ..

Terpaksa merana Jiwaku gelodak meronta Derita insan teraniaya Yang tak berdosa Pilu melihat Dirimu diruntun senghsara Sayu kau hadapi Ujian kehidupan Suara itu semakin hilang Ia tak lagi kedengaran Cahay a harapan hanya khayalan Di manakah keadilan Ayuh bersama kita lenyapkan Hapusk anlah segala penderitaan Kemb alikanlah kemanusiaan Demi masa hadapan Kita melangkah seiring bersama Hentikan kezaliman di bumi tercinta Janji teguh kan tersemat di jiwa Yang benar pasti berjaya Percaya tak akan Tertutup mata hatiku Jiwaku meronta Kerna kebatilan yang nyata Kubalut luka usah berduka Menadah tangan pada Yang Kuasa Gapai tanganku bersama yakin Kita kan bangkit semula..

buatmu KEKASIH HATIKU ...

ya RASULULLAH, aku bukanlah ummat mu yang baik.. namun,aku ingin bersamamu.. ya RASULULLAH, aku bukanlah umatmu yang setia, namun,aku ingin bersamamu.. ya RASULULLAH, cintaku terhadapmu tidak seperti cintamu kepadaku, namun aku ingin bersamamu.. ya RASULULLAH, aku bukanla umatmu yang sentiasa mengikut sunnahmu, namun,aku ingin bersamamu.. ya ALLAH,izinkan aku menjadi ummat MUHAMMAD yang setia... kuatkan aku untuk bermujahadah melawan kehendak nafsu untuk memiliki takhta kemuliaan disisiMU.. moga diakhirat,aku tidak tersesat dan tersalah arah dlm mencari KEKASIH ini.. ameen

Inni AkhafuLLAH ...

Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab? Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu? Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu? Ya,aku memang sombong. Namun aku sombong bertempat! Bukan pada semua. Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku. Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan? Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu? Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman. Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan? Kiranya aku mengikut kemahuanmu Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku. Maaf,aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan. Aku tidak peduli. Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot Aku masih juga tidak peduli Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku Sebelum tiba masa

Istiqomah dalam perjuangan ...

"Dalam perjuangan memang menuntut istiqomah..." Azimat ini saya terima ketika saya mengikuti LIQA bersama sahabat-sahabat tersayang. Cikgu merangkap murabbi ini telah berpesan kepada kami agar tetap THABAT dan ISTIQOMAH dalam perjuangan. Beliau turut berpesan agar kami sentisa berada dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayat.Insyallah cikgu,kami akan terus berada di atas jalan ini dengan penuh keimanan. Memang tidak dinafikan bahawa,perjuangan memang pahit.Namun,disebalik kepahitan itu terselit sejuta kemanisan yang telah dijanjikan ALLAH.Saya yakin,ramai diantara kita yang jika ditanya sudah tentu akan memberikan jawapan bahawa perjuangan amat pahit. Ketika sedang khusyuk saya mendengar dan menghayati pesanan insan ini,terlintas sesuatu dibenak fikiran dengan perasan malu yang mengcengkam,"Betapa aku tidak istiqomah..." Insan ini juga berpesan kepada kami agar memelihara amalan-amalan dan terus istiqomah dengan amalan tersebut agar kami dapat terus tha

Bersyukur Dengan NikmatNYA ...

Alhamdulillah,nikmat masa lapang ini masih dikurniakan ALLAH buat diri ini walaupun hakikatnya lafaz terima kasih pada NYA masih tak terucap..Selawat dan salam buat kekasih yang amat dirindui dulu kini dan selamanya,Rasulullah S.A.W..Buat umi dan abi,hanya ucapan terima kasih mampu aku ucapkan dan maaf atas semua khilafku sepanjang kehidupanku bersama kalian kerna aku masih belum mampu untuk jadi yang terbaik untuk kalian.. Saya hanya manusia biasa yang banyak salah dan silapnya..Tak mampu untuk jadi yang sempurna walau hakikat, saya tidak akan dapat capai kesempurnaan itu..Kenapa saya keluarkan statement ni? tak ada niat lain melainkan membetul dan membersihkan hati yang semakin lama semakin "kelaparan" ini.. Bukan mudah menjaga apa yang sudah dimiliki..Begitu juga hati..Waktu ALLAH kurniakan ketenangan, ALLAH, terasa nikmat sangat sampai tak terluah pada sesiapa..tp waktu ALLAH tarik nikmat tu,hidup mula jadi tak tentu arah..semua yang kita buat jadi serba tak kena.