Skip to main content

4 Wanita Yang Dijamin Syurga ...

BismillahiRahmaniRahim ...




Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH..Selawat dan salam buat junjungan tercinta,Nabi Muhammad Habiballah..

Setelah beberapa lama memikir dan mencari bahan yang ingin saya kongsikan dalam pos kali ini,Alhamdulillah,ALLAH telah memberikan saya ilham untuk menulis tentang srikandi-srikandi yang telah dijamin syurga oleh ALLAH..

Siapakah mereka sehingga begitu mulia kurniaan ALLAH buat mereka..Ayuh sama-sama kita hayati kisah mereka dan mengenali mereka agar bertambah kecintaan kita kepada mereka..

Sabda Rasulullah SAW : "Seutama-utama wanita ahli syurga adalah Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad, Maryam bt Imran dan Asiyah binti Muzahim..."

1. KHADIJAH BT KHUWAILID.

Beliau seorang insan yang sangat mulia. Insan pertama yang bertakhta di hati Habiballah. Insan pertama yang membenarkan risalah nabi tercinta. Mulia Khadijah bukan terletak pada banyaknya harta yang dimilikinya, bukan pada paras rupa yang rupawan dan bukan juga pada keturunan. Tetapi mulianya beliau kerana akhlak dan sifatnya yang mulia sehingga kaumnya pada zaman jahiliyyah menyebutnya  dengan panggilan At-Taharah iaitu wanita yang suci. Wanita ini juga seorang yang telah banyak berkorban harta,jiwa dan seluruh kehidupannya untuk kepentingan dakwah dijalan ALLAH. Pengorbanan beliau telah mendapat penghormatan dari ALLAH melalui Jibril dengan menitipkan salam untuk Khadijah dan menyiapkan rumah baginya di syurga.

Jibril datang kepada Muhammad,kemudian berkata : 'Wahai Rasulullah ini khadijah datang membawa bejana berisi lauk-pauk, minuman dan makanan. Maka ia telah tiba, sampaikan saalmnya dari Rabbnya dan dari aku, dan sampaikan khabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara di syurga, tidak ada kesesakan di dalamnya dan tidak ada pula kepayahan"(HR.Bukhari)

Jika diatas,kita lihat pujian dan penghormatan ALLAH dan Jibril terhadap Khadijah, kini kita hayati kata-kata pujian Rasulullah terhadap Khadijah : "Dia adalah seorang wanita yang terbaik,kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keengkaraan, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahanya terhdapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain"

Berdasarkan hadis diatas, jelas sekali betapa Khadijah begitu mulia dan merupakan insan terbaik dan terutama untuk mendiami syurga.

2.FATIMAH BINTI MUHAMMAD

Fatimah Binti Muhammad atau Fatimah Az-Zahra adalah belahan jiwa Rasulullah,puteri kepada Kekasih ALLAH,wanitayang sempurna sifatnya dan kukuh agamanya.Beliau juga isteri kepada ahli syurga iaitu, Ali bin Abi Talib.

Dalam shahih muslim menyebut menurut syarahan An-Nawawi, Rasulullah bersabda : "Fatimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, bererti menyakitiku. Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap kemanisan iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami.

Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama,baik perangainya, cepat puas dan suka bersyukur.Fatimah juga merupakan ibu kepada ketua pemuda syurga iaitu Saiyidina Hassan dan Hussin.

3.MARYAM BINTI IMRAN

Maryam binti Imran merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH, sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari rahimnya yang suci tanpa bapa.

Maryam puteri Imran yang memlihara kehormatannya,sehingga ALLAH tiupkan sebahagian dari roh (ciptaanNya), dan dia membenarkan kalimat-kalimat tuhannya dan kitab-kitabnya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.

Ujian yang diberikan sedikit pon tidak menipiskan ketebalan iman di hatinya.Walaupun terkejut dengan ujian diberi namun keyakinannya pada ALLAH mengatasi kekacauan yang dialami.Sikap tawakkal dan sabar yang dimilikinya inilah yang membawanya naik ke maqam yang lebih tinggi disisi ALLAH.

4.ASIYAH BINTI MUZAHIM

Asiyah Binti Muzahim (ratu syahadah) dialah insan yang diuji ALLAH dikurniakan seorang suami,penguasa yang zalim iaitu Firaun Laknatullah.Asiyah dizalimi kerana beriman terhadap kerasulan Nabi Musa dan segala ajaran baginda Nabi.

Betapa pun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang dia isi dengan cinta pada ALLAH dan RasulNya. Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup,budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH, ditelan begitu sahaja demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum meskipun dalam seksaan pengikut Firaun laknatullah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, : " Firaun memukul kedua tangan dan kaki Asiyah dalam keadaan terikat. Maka ketika Firaun dan pengikutnya meninggalkannya, malaikat menaunginya lalu ia berdoa: "Ya Rabb bangunkan bagiku sebuah rumah di sisiMU di dalam syurga"

Maka ALLAH perlihatkan kepadanya sebuah rumah yang telah disediakan untuknya di syurga sebelum dia meninggal dunia.

Doa Asiyah sebelum meninggal dunia "Ya ALLAH, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMU dalam syurga dan selamatkanlah aku dari firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."

Daripada secebis kisah srikandi-srikandi idaman ini,terlalu banyak yang boleh kita ambil untuk dijadikan ibrah buat diri kita yang sentiasa alpa.Sikap dan sifat yang dimiliki mereka adalah sifat yang sangat mulia disisi ALLAH.Kesabaran,keteguhan jiwa,ketabahan serta keimanan yang mereka pamerkan adalah suatu elemen penting untuk mencapai kemuliaan disisi ALLAH.

Marilah teman,sama-sama kita perbaiki diri dan membajai sifat-sifat mahmudah yang telah ditunjukkan kepada kita dalam mengharungi kehidupan seharian demi mencapai redha SANG PENCIPTA.Sedarlah kita bahawa di akhirat kelak,kaum HAWA yang bakal membanjiri neraka sebagaimana yang telah dinyatakan nabi.Namun,hal itu bukan penghalang kepada kita untuk berusaha menjadi MULIMAH SOLEHAH.Moga kita tidak tergolong diantara insan-insan yang dinyatakan Nabi tersebut dan dijadikan ketua kepada sang BIDADARI syurga...Amin...



Comments

Anonymous said…
mohon share yea..

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be