Skip to main content

Istiqomah dalam perjuangan ...

"Dalam perjuangan memang menuntut istiqomah..."

Azimat ini saya terima ketika saya mengikuti LIQA bersama sahabat-sahabat tersayang. Cikgu merangkap murabbi ini telah berpesan kepada kami agar tetap THABAT dan ISTIQOMAH dalam perjuangan. Beliau turut berpesan agar kami sentisa berada dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayat.Insyallah cikgu,kami akan terus berada di atas jalan ini dengan penuh keimanan.

Memang tidak dinafikan bahawa,perjuangan memang pahit.Namun,disebalik kepahitan itu terselit sejuta kemanisan yang telah dijanjikan ALLAH.Saya yakin,ramai diantara kita yang jika ditanya sudah tentu akan memberikan jawapan bahawa perjuangan amat pahit.

Ketika sedang khusyuk saya mendengar dan menghayati pesanan insan ini,terlintas sesuatu dibenak fikiran dengan perasan malu yang mengcengkam,"Betapa aku tidak istiqomah..."

Insan ini juga berpesan kepada kami agar memelihara amalan-amalan dan terus istiqomah dengan amalan tersebut agar kami dapat terus thabat dalam perjuangan ini. Katanya lagi, tanpa diselitkan amalan-amalan zikir atau sebagainya memang susah untuk meneruskan perjuangan.

"Sayo tahu la,budok loni hok remajo susoh bena nok zikir...brapo kali doh pok2 antum slawak ko nabi hari ni???"..Kami yang sejak tadi khusyuk mendengar,masing-masing tertunduk malu mengenangkan amalan seharian yang terlalu sikit.Ada yang tersenyum apabila ditenung oleh sang murabbi ini.Walaupun,kata-kata beliau nampak seperti gurauan tapi bagi saya ia adalah satu teguran membina.Alhamdulillah kerana ALLAH mengizin dan memudahkan segala urusan saya untuk mengikuti program ini.

Walaupun suasana agak sepi ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat pada malam itu menyebabkan udara sejuk terus menyapa kami,sedikit pun tidak menganggu konsentrasi kami untuk menghayati setiap bait-bait kata yang dicurahkan kepada kami.Pesan insan ini lagi,kita perlu bina biah istiqomah dalam diri dengan sentiasa merelakan diri untuk ditarbiyah.

Mari kita sama-sama menghayati firman ALLAH ini dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian...

Allah Taala berfirman surah Hud, ayat 112 yang bermaksud : “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap teguh di atas jalan yang betul seperti yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”

BELAJAR .. BERAMAL .. ISTIQOMAH

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...