Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

"YURAN UNI YARMOUK NAIK DUA KALI GANDA"

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.. Sollu A'lan Nabiy.. Masyallah..Masyallah..Masyallah.. Malam ni, hati betul-betul sayu. Hampir menitis air mata ni. Ya ALLAH ,kuatkan aku untuk hadapi semua ujian dari MU ini. Dari pagi, akaun FB dibiarkan on9. Berjalan-jalan melawat group mahasiswa/wi Jordan, tiba-tiba hati jadi resah. Panik sekejap. Kenapa group nampak suram. Masing-masing meluahkan resah yang bersarang dihati. ALLAH. ALLAH. ALLAH. post "YURAN UNI YARMOUK NAIK DUA KALI GANDA" buat hati tersentap. ALLAH . Ujian pertama KAU hadiahkan buat kami. Sungguh, langkah kami demi meraih redha MU . Bukan yang lain. Terbaca komen sahabat-sahabat, ALLAH .. Masing-masing berkira-kira untuk buat pertukaran UNI. Hampir tergugat hati. Tapi sempat di sapa oleh firman ALLAH sebelum sempat hati tergugat.. Surah Al-Hijr [15] : 56 56. Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." Kembali bermuhasabah diri.. r

Jom Berteka-teki !!!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...Sollu A'lan Nabiy... Hari ni,sya nak kongsikan dengan sahabat semua, teka teki dari Imam Ghazali.. Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan: PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati' . Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185 KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga ha

Nukilan buat si dia yang bergelar pemimpin negara

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..Sollu A'lan Nabiy.. ALHAMDULILLAH..masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang disediakan tanpa mengira siapa kita samada pendosa,abid atau sesiapa. MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANGnya ALLAH pada hambaNYA.. Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menulis tentang peristiwa yang telah saya lalui ini. Tapi mood tak de bertambah dgn kekangan masa yang melanda semenjak dua ni,menyebabkan hasrat ini tertangguh. Dah seminggu peristiwa bersejarah (dlm hdup sya la) tu berlalu. Tapi masih terngiang-ngiang diteliga kalimah yang terpaksa kami laungkan tanpa kerelaan hati. Nak tau apa?? Teke..he2.. Ok, straight to the point.. Minggu lepas, saya dan semua sahabat yang bakal menyambung pelajaran ke bumi urdun telah mengikuti satu program tajaan kerajaan. Nama program tu, biro tatanegara (BTN). Tempat kat resort bukit kluang,besut,Terengganu. Program berlangsung selama 5 hari. Jadual sepanjang full. ALHAMDULILLAH, layanan yang kami terima bol

coretan rasa hati

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim... Sollu 'Alan Nabiy... Bersyukur padaNYA kerana masih diberi kekuatan olehNYA untuk terus menarikan jari-jemari menekan papan kekunci mencoret sedikit rasa yang bersarang dihati. Segalanya hanya dengan izinNYA. Menghitung hari untuk tubuh kecil ini bermusafir ke negera orang. Hati kian giat bermain lagu. Minda serasa berada diawang-awangan. Entah apa yang difikirkan. Saya juga masih belum pasti. Sering diaju soalan, "dah sedia nak pergi?" "apa persiapan sebelum pergi?" "macam mana persediaan?". Alhamdulillah.. lafaz yang saya rasa amat baik dijadikan jwapan. Biar hati tak siapa yang tahu. Tak perlu diluahkan isi hati pada sesiapa. Cukuplah hanya DIA yang tahu. ya ALLAH, aku kini sendiri, hanya bergantung padaMU, ya ALLAH, sungguh tidak ku ketahui apa yang bakal menanti aku dihadapan nanti, ya ALLAH, apakah duka,suka,sendu atau ketawa menanti, biarlah ia menjadi rahsiaMU, tak mampu aku bermain teka-teki pada diri

JaNGaN PeRNaH BiCaRa SoaL CiNTa aNDai DiRi BeLuM CiNTa PaDaNYa

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim..Sollu a'lan Nabiy.. Rasa bersalah bila terus membiarkan "rumah" ini tanpa berpenghuni. Terus mencari sebuah idea untuk tatapan kalian,namun hanya mengundang keweca. Hati dan akal masih belum bisa disatukan untuk di"sinergi"kan. Terus mencari dan akhirnya nukilan ini ditemui. Ditulis oleh sahabat FILLAH yang sgt cedas mindanya, matang fikirannya dan luas pandangannya.. Moga-moga bermanfaat untuk kalian.. "Assalamua'laikum...ana mulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM moga2 penulisan ini ada manfaat dan terlindung dari kejahatan yang mungkin terlintas, amiin. Andai penulisan ini salah dan kejam maafkan ana kerana ini salah ana tetapi andai ianya benar moga menjadi peringatan buat kita semua. Memberontak hati ini melihat penuh di sana sini bicara soal cinta. Ya,,,,fikrah.. ana tahu dan cukup mengerti kerana ana juga manusia biasa tetapi sudah bosan diri ini menadah perkara ini. Berbolak-balik pada hal yang sama

Jom Sama-sama Memeriahkan Ifthor Jamaie AMAL !!!

.:: IFTHOR JAMAIE AMAL 1432 H ::. Tarikh : 27 Ramadan / 27 Ogos 2011 Tempat : Dewan Auditorium, Tingkat 3 Bangunan MARA, 15000 Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu Masa : 5.00 petang (Usaha mari awal deh,, kita nk stat forum pulop) Acara Menanti : Bicara Ramadan : “AMAL Pemangkin Generasi An Namuzij” Panel 1 : Senator Mumtaz bt Md Nawi Panel 2 : Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS) Moderator : Abdul Malik Ab Razak Bayaran : RM5 SAHAJA… Sponsor amat di alu2kan (n_n) Untuk pendaftaran, sertakan NAMA PENUH dan BATCH kepada wakil2 di bawah MML- Hisyam Ahmad :: 013-3084196 :: ID-his_kurush_yam MMP- Syarifah Nurfathiah :: 019-9595489 :: ID- mishary_alafasy MMPPP- Wan Aisyaturradhiah :: 014-5305804 :: ID- utaysia_muslimah p/s: support/sokongan daripada pihak antum amat-amat kami harapkan...

Ketika Muslimah Jatuh Cinta ...

Penyelesaian untuk masalah ummah yang sedang melanda. heheh,.. untukmu sahabat-sahabatku yang sedang mengalaminya. Aku memahamimu... Untuk semua Muslimah, hayatilah. Muslimah Jatuh Cinta? Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia? Tak pantaskah Muslimah jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa. Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada. Namun sebaliknya., Ketika Muslimah Jatuh Cinta... Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap... Ketika lelaki yang tidak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya., yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi. Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tiada senyum baha