Skip to main content

coretan rasa hati

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim... Sollu 'Alan Nabiy...

Bersyukur padaNYA kerana masih diberi kekuatan olehNYA untuk terus menarikan jari-jemari menekan papan kekunci mencoret sedikit rasa yang bersarang dihati. Segalanya hanya dengan izinNYA.

Menghitung hari untuk tubuh kecil ini bermusafir ke negera orang. Hati kian giat bermain lagu. Minda serasa berada diawang-awangan. Entah apa yang difikirkan. Saya juga masih belum pasti. Sering diaju soalan, "dah sedia nak pergi?" "apa persiapan sebelum pergi?" "macam mana persediaan?". Alhamdulillah.. lafaz yang saya rasa amat baik dijadikan jwapan. Biar hati tak siapa yang tahu.


Tak perlu diluahkan isi hati pada sesiapa. Cukuplah hanya DIA yang tahu.


ya ALLAH, aku kini sendiri, hanya bergantung padaMU,
ya ALLAH, sungguh tidak ku ketahui apa yang bakal menanti aku dihadapan nanti,
ya ALLAH, apakah duka,suka,sendu atau ketawa menanti,
biarlah ia menjadi rahsiaMU,
tak mampu aku bermain teka-teki pada diri yang sememangnya lemah untuk menduga rahsiaMU,

hanya dengan berbekalkan iman dihati,
dengan membawa segunung harapan,
memikul sebeban amanah,
memberi selaut pengharapan,
ku kukuhkan langkah,

ya ALLAH, kuatkan aku untuk sebarang ujian,
ya ALLAH, tabahkan aku kerana ujian,
ya ALLAH, redhai aku asbab ujian,

betapa aku mengharap pada kudratMU..

munajat hati seorang mujahidah...ameen!!!

Comments

assalamualaikum..

selamat menuntut ilmu. :)
afiqah said…
wassalam..

syukran..mohon doa..

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...