Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim... Sollu 'Alan Nabiy...
Bersyukur padaNYA kerana masih diberi kekuatan olehNYA untuk terus menarikan jari-jemari menekan papan kekunci mencoret sedikit rasa yang bersarang dihati. Segalanya hanya dengan izinNYA.
Menghitung hari untuk tubuh kecil ini bermusafir ke negera orang. Hati kian giat bermain lagu. Minda serasa berada diawang-awangan. Entah apa yang difikirkan. Saya juga masih belum pasti. Sering diaju soalan, "dah sedia nak pergi?" "apa persiapan sebelum pergi?" "macam mana persediaan?". Alhamdulillah.. lafaz yang saya rasa amat baik dijadikan jwapan. Biar hati tak siapa yang tahu.
Tak perlu diluahkan isi hati pada sesiapa. Cukuplah hanya DIA yang tahu.

ya ALLAH, aku kini sendiri, hanya bergantung padaMU,
ya ALLAH, sungguh tidak ku ketahui apa yang bakal menanti aku dihadapan nanti,
ya ALLAH, apakah duka,suka,sendu atau ketawa menanti,
biarlah ia menjadi rahsiaMU,
tak mampu aku bermain teka-teki pada diri yang sememangnya lemah untuk menduga rahsiaMU,
hanya dengan berbekalkan iman dihati,
dengan membawa segunung harapan,
memikul sebeban amanah,
memberi selaut pengharapan,
ku kukuhkan langkah,
ya ALLAH, kuatkan aku untuk sebarang ujian,
ya ALLAH, tabahkan aku kerana ujian,
ya ALLAH, redhai aku asbab ujian,
betapa aku mengharap pada kudratMU..
munajat hati seorang mujahidah...ameen!!! |
Comments
selamat menuntut ilmu. :)
syukran..mohon doa..