Wednesday, May 29, 2013

The Blessed Tree / The Only Living Sahabi

Bismillah ..
Sollu A'lan Nabiy

Thanks to Allah for everything.

Just want to share with all my followers about one of the miracle of Allah. It's The Blessed Tree or we called it, The Only Living Sahabi. For those of arabic's people, they called "Syajarah Mubarakah".  It was a such miracle tree because it can life in the desert which have nothing except this tree.  I think everyone knows the environment of the desert, yet? Subahanallah. It's was made me felt like Rasulullah be with me at that time. Allahu Allah.

Terdapat beberapa kisah yang telah diceritakan, samada shahih mahupun tidak, kita serahkan pada Allah. Tapi, sebagai muslim, kita tetap beriman bahawa Allah berhak melalukan apa sahaja.

Ada dua kisah yang dimaklumkan.

Kisah Pertama : Kisah disaat Rasulullah membantu bapa saudara baginda ketika berumur 12 tahun (menurut sesetengah pendapat) berniaga. Ketika pulang dari berdagang, Rasulullah dan rombongan telah berehat di suatu tempat di bumi syam, yang mana ketika itu terdapat sebuah pokok yang sentiasa melindungi Rasullah. Dikhabarkan juga, seorang paderi yang bernama Buhairah yang melihat keadaan itu telah mengecam tanda-tanda kenabian yang terdapat pada diri Rasulullah. Tanpa melingahkan masa, Buhairah meminta bapa saudara nabi, Abu Tahlib supaya segera membawa Nabi pulang sebelum ditemui oleh orang yahudi dan dibunuh.

Kisah kedua : Tekan Sini

Alhamdulillah, Allah izin untuk saya dan sahabat2 bertemu dengan satu2nya sahabat Rasulullah ini. Syukur.

Sewaktu, saya melawat tempat ini, kami di Jordan sedang mengalami musim panas. Menghampiri 40 darjah celsius. Dan untuk sampai kepada pokok itu kami terpaksa meredah padang pasir hampir sejam setengah, yang mana sepanjang perjalanan ini tiada sebatang pokok pun yang meneduh bumi. Melihat keadaan ini, betul-betul membuatkan hati tunduk pada Pencipta. Keluasan padang pasir itu juga cukup membuatkan kita bermuhasabah dan membayangkan keadaan di padang mahsyar kelak. Allahu Allah.

Apa yang menakjubkan lagi, sesampai di kawasan Syajarah Mubarakah ini, kami dapati, terdapat air di sekeliling kawasan pokok tersebut. Diceritakan, air ini tiada ketika musim sejuk. Mungkin kerana berkat Rasulullah dan dengan izin Allah, air itu boleh mengalir dikawasan tersebut. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Semoga dengan melihat kebesaran dan kemukzijatan Rasulullah ini mampu mengukuhkan lagi iman kita dan keyakinan terhadap Allah dan pesuruhNYA itu.

And for the last, this is my present for all of you .. Sincerely from Irbid, Jordan .. :)



With some of my love, 'siblings' in Jordan.
Batch Triple One Five 

*My english language was broken. If have anything wrong, please tell me k ..
~ Mengada nak menulis dalam BI. Huhu.