Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Siapa Mereka ???

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

everything from ALLAH

Bismillah... Artinya: Ya ALLAH, ENGKAU adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain ENGKAU. ENGKAU telah menjadikan aku sebagai hamba-MU, dan aku dalam ikatan perjanjian dengan-MU menurut kemampuanku. Aku berlindung kepada-MU dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui kenikmatan-MU atas diriku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ENGKAU   Memohon keampunan dari Sang Pencipta atas segala khilaf diri sebagai hamba. Hamba yang sering leka akan tanggungjawab dari Yang Esa, hamba yang angkuh pada tekadnya istiqomah, hamba yang cuai menjalankan amanah, hamba yang sering alpa akan kebesaran Ilahi, hamba yang sentiasa hina dihadapanNYA dan hamba yang sering curang pada curahan serta luahan cinta padaNYA selama ini. Lumrah kehidupan sebagai seorang hamba kepadaNYA, sering merasakan kegersangan ji

mampukah aku ???

LeMbarAn hIdUp wAniTa SolehAh Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah.... Moga tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar

MEMORI UKHUWAH FILLAH...part 4

Sambungan... Memandangkan sahabat-sahabat dah mula menanya, bila saya akan menyambung kisah persahabatan kami.. Jadi, ALHAMDULILLAH , malam ni, ALLAH bagi kesempatan untuk meneruskan penulisan. Buat sahabat-sahabat yang setia menunggu, syukran sebab sudi tunggu. Sekalung maaf sebab baru dapat feel nak sambung menulis.. ngee~ Takdir ALLAH telah menetukan saya dikurniakan ramai sahabat fillah di bumi maahad tercinta, tak mampu diri ini menulis nama kalian satu persatu. Namun tidak bermakna kalian dilupakan. Bahkan kalianlah diantara insan-insan yang sering berada tempat tertinggi didalam hati jua doa. Kalianlah sahabat yang diikat dengan kalimat BISMILLAH , sahabat yang masih setia menjadi tulang belakang untuk diri ini terus mengorak langkah, sahabat yang selalu membetulkan khilaf diri, sahabat yang sering menenangkan diri ini, sahabat yang tak pernah jemu melayan kerenah diri, sahabat yang dapat menerima diri ini seadanya dan sahabat yang masih setia menggenggam erat jari j

PEMBETULAN ...

Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya? Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah) Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yan

penghayatan REJAB !!!

Salam buat semua teman. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang bernafas dan menikmati kehidupan sebagai seorang Muslim dan Insyallah, Mukmin. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W.  yang sentiasa dirindui. Alhamdulillah, Bulan Rejab sudah bertandang. Memberi tanda Ramadhan bulan yang mulia penuh barakah semakin hampir dengan kita. Moga kita sempat menghirup udara di dalam bulan Ramadhan kali ini, agar keberkatan berada dalam bulan ini turut melimpahi kita, Insyallah. اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان ya ALLAH, berkati kami dalam bulan rejab dan syaaban dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan.. ameen Mari sama-sama kita mengamalkan doa ini, moga kehidupan kita bertambah berkat dan dilimpahi rahmat. Ingin saya kongsikan pesanan dari seorang shbat yang mana saya kira, tiada apa yang dapat diambil melainkan hanya kebaikan. "Sahabat-sahabat n sahabiah skalian,marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan kita kpdaNYA. Klu dulu jarang solat