Skip to main content

everything from ALLAH

Bismillah...

Artinya:

Ya ALLAH, ENGKAU adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain ENGKAU. ENGKAU

telah menjadikan aku sebagai hamba-MU, dan aku dalam ikatan perjanjian

dengan-MU menurut kemampuanku. Aku berlindung kepada-MU dari

kejahatan perbuatanku. Aku mengakui kenikmatan-MU atas diriku dan aku

mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat

mengampuni dosa-dosa selain ENGKAU

 
Memohon keampunan dari Sang Pencipta atas segala khilaf diri sebagai hamba. Hamba yang sering leka akan tanggungjawab dari Yang Esa, hamba yang angkuh pada tekadnya istiqomah, hamba yang cuai menjalankan amanah, hamba yang sering alpa akan kebesaran Ilahi, hamba yang sentiasa hina dihadapanNYA dan hamba yang sering curang pada curahan serta luahan cinta padaNYA selama ini.

Lumrah kehidupan sebagai seorang hamba kepadaNYA, sering merasakan kegersangan jiwa. Terasa diri jauh dari rahmat dan pandanganNYA lantaran dosa yang menggunung. Sukar mentafsir isi hati yang ditanggung. Cukup hanya melafazkan kata bahawa hati ini kosong!!!

Pedihnya terasa bila terpaksa menjalani kehidupan tanpa menikmati kenikmatan beribadah. Serasa seperti segala urusan menjadi sia-sia. Alangkah rugi diri ini. Bukti betapa jauhnya hambaMU ini dengan MU. Betapa kini, harapan menggunung mengharap agar diri masih diterima melayakkan diri menjadi kekasihNYA.

Malu untuk mengaku diri sebagai ANSARULLAH.. Malu untuk meletakkan gelaran sebagai MUJAHIDAH.. Segan menyatakan diri sebagai ABID.. Andai segala urusan pengabdian diri pada Sang Pemilik Hati masih berada pada percubaan merangkak. Tak bisa bertatih apatah lagi berjalan dan berlari dengan penuh keyakinan dihati.

Dunia terlalu penuh dengan perhiasan yang indah dan nikmat yang sementara sehingga hati terkadang tertipu dek serinya dunia ibarat najis yang dihiasi dengan pakaian sutera yang indah. Lemahnya juga diri ini kerana terkadang terlalu mengikut kehendak sembilan nafsu yang dikurniakan. Sedangkan bentengnya hanyalah iman yang kukuh pada Sang Pencipta.

Andai dekat hati padaNYA, kuat mujahdah padaNYA, kukuh iman padaNYA, tekad keyakinan padaNYA dan seluruh hati diserahkan padaNYA dengan cinta, pasti segala resah ini menghindar jauh. Hanya sahaja diri yang buta pada besarnya rahmat dan rahim yang dilimpahkan, tuli pada keindahan alunan kalam-kalamMU sehingga terlalu sukar untuk menghayatinya, bisu sehingga terlalu berat lidah untuk melantunkan kalimah-kalimah suci bagi mendidik hati yang serba tak kena ini.


Duhai Pemilik Hati yang resah, pinjamkan ketenangan pada hambaMU ini hingga saat malaikatMU datang menjemputku menghadapMU,
Duhai Habibi, pinjamkan nikmat dalam beribadah hingga saat rohku sampai di kerongkong sebagai tanda aku akan kembali padaMU,
Duhai Pemilik Cinta, pinjamkan kesucian cinta terhadap apa-apa yang KAU cintai sehingga saat takdir KAU datang menemuiku dalam mentaati suruhanMU,
Duhai Pemilik Langit dan Bumi, pinjamkan hati yang bersih dari noda-noda hitam hingga tiba saat ajal memanggil dan menyeru namaku untuk dibawa kepadaMU,
Duhai Pemilik Alam Ghaib, pinjamkan kekuatan dalam bermujahadah mentaati suruhan dan arahanMU hingga datangnya saat yang amat pedih untuk diharungi sebagai tanda berlaku perubahan alam menujuMU.
amiiin...



ku mohon hati yang jernih ...

 
رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat 9)





 “Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)



p/s : buat teman-teman yang baca post ni, penulis sedang diuji dengan ujian "hati" yang kurang "sihat", mohon doakan penulis dkurniakan hati yang sihat,subur dengan cinta padaNYA. Moga hati ni kian pulih dan sembuh. Jazakumullahu khiar..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be