Skip to main content

MEMORI UKHUWAH FILLAH...part 4

Sambungan...

Memandangkan sahabat-sahabat dah mula menanya, bila saya akan menyambung kisah persahabatan kami.. Jadi, ALHAMDULILLAH, malam ni, ALLAH bagi kesempatan untuk meneruskan penulisan.

Buat sahabat-sahabat yang setia menunggu, syukran sebab sudi tunggu. Sekalung maaf sebab baru dapat feel nak sambung menulis.. ngee~

Takdir ALLAH telah menetukan saya dikurniakan ramai sahabat fillah di bumi maahad tercinta, tak mampu diri ini menulis nama kalian satu persatu. Namun tidak bermakna kalian dilupakan. Bahkan kalianlah diantara insan-insan yang sering berada tempat tertinggi didalam hati jua doa.

Kalianlah sahabat yang diikat dengan kalimat BISMILLAH, sahabat yang masih setia menjadi tulang belakang untuk diri ini terus mengorak langkah, sahabat yang selalu membetulkan khilaf diri, sahabat yang sering menenangkan diri ini, sahabat yang tak pernah jemu melayan kerenah diri, sahabat yang dapat menerima diri ini seadanya dan sahabat yang masih setia menggenggam erat jari jemari ini tatkala insan lain mencemuh dan menabur fitnah buat diri, hamba ALLAH yang serba dhaif ini.

Walaupun kini, jasad kita terpisah jauh demi mengejar sebuah impian dengan membawa seribu harapan dan amanah. Ketahuilah bahawa, diri ini takkan pernah lupakan kalian. Kalian anugerah jua amanah dari ALLAH yang terlalu bernilai dan berharga. Kehadiran kalian, tiada ganti terlalu bererti. Selaut mutiara, segunung emas belum cukup menebus harga kalian yang terlalu bernilai.

Cuba kita sama-sama menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi :

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



Benar sahabat, untuk mencapai tahap halawatul iman ini bukan suatu perkara yang mudah. Tidak semudah melafazkannya dari bibir yang berbicara. Tak semudah makan ABC. Amat-amat menuntut kesabaran. SABAR itu NIKMAT.

"setinggi-tinggi ukhwah itu ialah melebihkan saudaranya sendiri dan serendah-rendah ukhwah itu ialah berbaik sangka dengan saudara kita" 

Teringat kata-kata dari seorang senior yang amat saya kagumi, "Semakin kalian ingin saling mengenali dan memahami, semakin banyak kesakitan yang bakal kalian harungi".. Saya amat-amat setuju, ini kerana fitrah manusia memang amat susah untuk menerima kelemahan dan kekurangan diri orang lain. Kita sentiasa mengharapkan kesempurnaan teman, sedangkan kita masih punya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Oleh kerana itu, berSALAMATUSSADRlah kita semua dalam menjalin ukhuwah. Dan bukan mudah untuk berSALAMATUSSADR dalam berukhuwah kerana ia perlukan mujahadah dan sentiasa bermuhasabah diri.~pesanan khusus untuk diri sendiri~

Sering juga diri ini dilanda resah gelisah, keyakinan mula luntur terhadap ikatan ukhuwah yang terbina, mula terbit pelbagai perasaan yang tidak sepatutnya wujud dalam diri. Tapi apakan daya, diri ini juga hanya insan biasa yang terkadang terganggu emosi dan perasaaan. Mujur ada antara kalian datang, mengtashji' diri ini dengan kata-kata beliau, "qah, ukhuwah kita nak smpai tahap ni bukan senang. Puas nangis,puas sedih. Kita diuji. Ukhuwah kita ni takkan mati sampai bila-bila!!! Jauh ke kita, dekat ke kita, kita punya ikatan. Selagi matlamat kita satu, mencapai redha ALLAH".. Syukran sahabat atas peringatan bernilai ini.

Terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah sama-sama kita harungi. Segala jasa, dorongan dan sokongan dari kalian amat saya hargai. Tiada lafaz lain yang dapat mentafsir kata hati yang benar-benar sayangkan kalian melainkan INNI LAUHIBBUKUNNA FILLAH JIDDAN!!!

 Sekalung doa buatmu, sahabat...
Doa pengikat hati kita...

DOA RABITHAH...
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…



wajah-wajah yang sentiasa menimbulkan kerinduan dihati!!!!
ya ALLAH, cukuplah ujian perpisahan jasad ini.. Kuatkan kami untuk mengharungi sebarang ujian dariMU...
ya ALLAH, kami punya talian peraudaraan yang sukar untuk diertikan, maka kurniakan kami ikatan ukhuwah seindah dan seutuh ukhuwah para SAHABAT..
ya ALLAH, jagalah ikatan ini agar kami dapat berhimpun di padang mahsyar kelak di bawah naunganMU... 
ya ALLAH, jadikan kami diantara golongan hambaMU yang saling mencintai demi menggapai redhaMU...
ya ALLAH, kami hamba yang lemah, memerlukan pertolonganMu...
ya ALLAH, terimalah kami sebagai hambaMu...
ya ALLAH, sesungguhnya KAU MAHA MENDENGAR lagi MAHA PEMURAH...
ya ALLAH, kabulkan permintaan kami.. 
AMIIN...

SEIMBAS KENANGAN

menerima tarbiyah untuk mentarbiyah

usrah akhir

medan tarbiyah

meeting

usrah
 
p/s : buat sahabat sekalian, segala teguran dan nasihat kalian amat2 diharapkan. Saya menulis dengan hati, moga kalian menerima dengan hati. Andai ada kata-kata yang menghiris, mohon sejuta kemaafan.. ~hamba kerdil~

~TAMAT~ (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be