Saturday, April 2, 2016

Sayyidah dan bebelannya

Bismillah..

Hari nie dpt skype dengan Sayyidah. Even sebenarnya tak plan. Makcik tu tetiba call dia kata sebab nampak online. Heh. Ala2 je lah Sedah. Rindu cakap rindi. Hahaha.

Macam biasa. Bila namanya cakap dengan Sedah, maka akan terlahirlah segala jenis cerita dan berita. Sampai tahap masing2 renung muka masing2 pastu cakap, "nak jumpaaa" haha. Apa lah. Ipoh dengan KL tak jauh mana pun sebenarnya. Tapi kekangan masa tu yang limited.

Aku mcm biasa, akan potpet cerita aku dan Sedah akan jadi manusia setia yang dengar segala cerita. Dari cerita aku nak exam, berapa mukasurat yang masuk sampai lah cerita 'sedahhh, malassss. Rasa nak stop belajar." Again. Yes. Again.!!!

Rasa tu.

Sedih kan. Tapi nak buat mcm mana. Aku down kot fikir pasal study semua nie. Rasa nak hentikan masa n langkah. Okay. Mati. Eh. Tak. Takut. Okay. Diam.

Sayyidah is the one yang tak boleh tengok aku mcm tu. Sangat tak boleh. Dia akan membebel panjang lebar. Apa yang aneh. Bebelan dia aku tak pernah bosan. Betul la kot. Kalau dah sayang, semua benda akan sayang. #eh

Banyakkk sangat yang Sayyidah pesan tadi. Aku tak mampu nak list down kat sini. Tapi apa yang menyentuh hati bila Sedah cakap,

"Fiq, bila kau rasa malas just imagine keadaan kau time dekat Jordan dulu. Masa kau beriya nak study tapi tak boleh. Kau tak mampu. Sampaikan nak solat pun kau terpaksa solat duduk. Compare keadaan tu dengan sekarang."

Aku dah bergenang time nie. Macam biasa lah. Heh.

Then Sayyidah keep membebel. She just can't imagine what will happen to me if now i stay alone there without her and other people who always support me by that time. Terharu kan. Sayyidah memang macam tu. Suka tolong fikirkan nasib aku. Haha.

Sayyidah banyak ingatkan aku kepada Tuhan. Sayyidah kembalikan rasa lemah aku untuk aku sandarkan kepada Tuhan.

لا حول ولا قوة الا بالله

Itulah sayyidah. Seharian aku jadi teringat Tuhan. Allah. Tuhan yang telah menjadikan aku yang sekarang. Betapa aku tak pandai bersyukur. Sayyidah tak jatuhkan aku tapi kuatkan balik. Dalam keadaan tu aku terfikir, kalau dengan ada sorang sahabat yg macam Sayyidah, perlu ke aku mencari sahabat yang lain.?

Tuhan jagakan dia untukku. Selamanya.

Sayyidah pesan jugak tadi,
"Fiq, aku faham apa yang kau rasa. Tapi, yakin. Allah yang tempatkan kau dekat situ. Bukan org lain apatah lagi diri kau."

Yes. Indeed. Allah tak pernah salah dalam percaturanNya kan :')

Aku redha. Aku akan cuba kuat. Doakan aku tau.

Mata aku dah pedih-pedih nie. Tak tahu lah pedih sebak ke pedih ngantuk hehe. Cukup lah setakat tu. Nnt kita share lagi k.

Pray for me please. Tq 😘