Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Tentang BULAN ..

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي  gambar hiasan .. " Subhanallah, cantiknya bulan malam ni.. " "Awak, tengoklah bulan tu.. Cantik kan??!!" "Kenapa cantik sangat bulan malam ni?" Antara coletah sahabat-sahabat, pada malam 15 Zulkaedah 1432. Perjalan pulang ke sakan (asrama) malam itu, dipenuhi suara-suara ceria sahabat-sahabat. Saya hanya menatap keindahan bulan tanpa bersuara. Lebih selesa mendiamkan diri. Sekali pandang, hati terus mengungkap lafaz . سبحان الله Memang cantik, bahkan amat cantik. Terang. Bulat. Jelas kelihatan. Maha Berkuasa الله . Bulan yang pada zahirnya, tidak seindah yang ditatap. Hanya dengan pantulan cahaya matahari, ia mampu menyerlahkan diri sehingga ada yang terpegun melihat keindahannya. Bulan mampu tampung kekurangan yg ada pada diri dia dengan kelebihan yang ada pada matahari. Bulan tak sia-siakan peluang yang ada macam tu je. Bulan sedaya upaya memantulkan cahaya matahari dengan baik kepada bumi,agar

* trust IT *

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ... Bersyukur masih diberi nikmat iman dan islam sehingga saat ini.. Setiap manusia dikurniakan ALLAH dengan pelbagai nikmat.. Tak kira samada dia muslim atau non-muslim.. Inilah bukti, ALLAH Maha Pengasih dan Maha Pemurah.. Maha Pengasihnya ALLAH pada kita semua as muslim, dan Maha Pemurahnya ALLAH pada yang non-muslim.. ADIL kan?? Namun, sepanjang kehidupan kita as "HAMBA" padaNYA, cuba kita tanya pada diri kita sendiri berapa kali dalam sehari kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.. Andai jawapannya, setiap masa, ALHAMDULILLAH.. Andai sebaliknya, jom koreksi diri.. Bercakap tentang nikmat, ramai yang menganggap nikmat hanya pada sesuatu yang baik dan seronok.. Contohnya, rumah besar, keluarga bahagia, cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya.. Tapi kita lupa, nikmat juga ada pada ujian atau orang kita selalu sebut, "bala" (nauzubillah).. Apa yang tak kena pada kehendak hati dan nafsu.. "ya ALLAH, kenapa K

no KOMEN .. ^.^

"Eh, kenapa hari ni tak ramai orang kat jamiah ni? Jamiah cuti ke? Macam pelik je. Tak kot. Tapi kenapa tak ramai orang ni." Hati bermonolong sendiri sambil kaki tetap meneruskan perjalanan. Semakin gundah bila tengok kawasan jamiah lengang tanpa sesakkan pelajar-pelajar Universiti Yarmouk seperti sedia kala. Jam ditangan ditatap. Pukul 8.45 pagi.   "Tak salah dah. Kelas start pukul 9.00." yakin dia bersuara. Langkah semakin laju, bimbang terlewat ke kelas. Namun, sekali lagi hatinya tergugat. Sesampai dibilik kuliyah, pensyarah masih rancak bersyarah menyampaikan ilmu.  "Aik, doktor ni tak nak berhenti lagi ke? dah pukul 8.55 dah ni. pelik la hari ni." Jam ditangan entah yang ke berapa kali ditatap tajam. Memastikan jarum jam masih berdetik atau sebaliknya. Dicapai telefon bimbit dari poket jubah, menaip nombor sahabat sekuliyah.   "Assalamualaikum" "Waalaikumsalam." "Awak, hari ni kita ada periksa ke?" "Eh, t

ana asifah !!!

بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ... الحمدلله masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat iman dan islam..  cute tak saya??!! ^_^ "Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah"  (QS Al-Syura [42]: 40). Janji الله , dengan mengingatiNYA, hati-hati akan menjadi tenang.. dan  الله  tak pernah mungkir janji.. Benar.. Hati terubat bila baca kalam  الله  ni..  Sungguh, bukan senang untuk sentiasa bersikap memaafkan.  Menelan kepahitan dahulu baru nikmat meresap dihati..  Bahasa mudah..  tak semua suka bila diri dia yang kena   minta maaf sebab pada pandangan dia, dia je yang betul.  "Aku tak salah, buat apa nak minta maaf.. Dia la yang salah, dia yang patut datang minta maaf kat aku.."  Its normal,right??!! Susah betul nak lafazkan kalimat "MAAF" ..  Susah sangat nak sebut,  "Awak,saya minta maaf" ..  Padahal, untuk mengungkapkanny

nukilan buat sahabat pada jalanNYA

Duhai Sahabat.. Aku datang, ingin menemanimu saat ini, Aku datang, ingin membantumu tika ini, Aku datang, ingin menguatkanmu waktu ini, Sahabat, Hatimu milikNYA, Jangan kau berikan pada yang tidak layak, Jangan kau terus biarkan ia layu, Dan jangan biarkan ia mati, Siramilah ia dengan titisan kerinduan padaNYA, Bajailah ia dengan baja cinta yang suci, Peliharalah ia dengan kasih sayang yang tiada berbagi. Sahabat, Hadirnya aku dalam hidupmu, Bukan untuk melalaikanmu, Bukan untuk menggugat hatimu, Bukan untuk meruntuhkan imanmu. Sahabat, Atas dasar sayangku padamu, Aku hadir menasihatimu, Ingin melihat riang wajahmu, Dan tenang jiwamu dengan cintaNYA, Meski terkadang aku juga lalai dan alpha. Telah tertulis pada takdirNYA, Kita tidak bisa bersama, Meski kau pernah mencuba, Bukan niat aku untuk menolak. Percayalah pada janjiNYA duhai shabatku sayang.. Kerana DIA amat menyayangimu.. ~ salam mujahadah buat sahabat yang disayangi pada jalanNYA~