"Eh, kenapa hari ni tak ramai orang kat jamiah ni? Jamiah cuti ke? Macam pelik je. Tak kot. Tapi kenapa tak ramai orang ni." Hati bermonolong sendiri sambil kaki tetap meneruskan perjalanan.
Semakin gundah bila tengok kawasan jamiah lengang tanpa sesakkan pelajar-pelajar Universiti Yarmouk seperti sedia kala.
Jam ditangan ditatap. Pukul 8.45 pagi.
"Tak salah dah. Kelas start pukul 9.00." yakin dia bersuara.
Langkah semakin laju, bimbang terlewat ke kelas.
Namun, sekali lagi hatinya tergugat. Sesampai dibilik kuliyah, pensyarah masih rancak bersyarah menyampaikan ilmu.
"Aik, doktor ni tak nak berhenti lagi ke? dah pukul 8.55 dah ni. pelik la hari ni." Jam ditangan entah yang ke berapa kali ditatap tajam. Memastikan jarum jam masih berdetik atau sebaliknya.
Dicapai telefon bimbit dari poket jubah, menaip nombor sahabat sekuliyah.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam."
"Awak, hari ni kita ada periksa ke?"
"Eh, tak de la.. Kenapa eh?"
"Saya dah kat bilik kuliyah ni, tapi macam hairan je sebab saya tak nampak pun kawan-kawan sekelas kita yang lain. Jamiah lengang je." Perbualan terhenti seketika, seperti ade sesuatu yang difikirkannya.
"Ermm.. Eh, kejap..kejap.. Kuliyah kita start pukul brapa?" Persoalan ditanya meneruskan kalam.
"Kelas kita start pukul 9.30 la.. Macam biase."
***
Adeeihh.. Punye semangat nak pegi kelas, tetibe tersalah time plak..huhu.. ^.^
Tapi takpe, pegi kuliyah awal-awal nie berkat skit.. Dapat duduk depan.. =)
Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syorga. (HR. Muslim). |
Comments