Skip to main content

Tentang BULAN ..


 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي 


gambar hiasan ..




"Subhanallah, cantiknya bulan malam ni.. "
"Awak, tengoklah bulan tu.. Cantik kan??!!"
"Kenapa cantik sangat bulan malam ni?"

Antara coletah sahabat-sahabat, pada malam 15 Zulkaedah 1432. Perjalan pulang ke sakan (asrama) malam itu, dipenuhi suara-suara ceria sahabat-sahabat.

Saya hanya menatap keindahan bulan tanpa bersuara. Lebih selesa mendiamkan diri.

Sekali pandang, hati terus mengungkap lafaz .سبحان الله

Memang cantik, bahkan amat cantik. Terang. Bulat. Jelas kelihatan.

Maha Berkuasa الله.

Bulan yang pada zahirnya, tidak seindah yang ditatap. Hanya dengan pantulan cahaya matahari, ia mampu menyerlahkan diri sehingga ada yang terpegun melihat keindahannya.
Bulan mampu tampung kekurangan yg ada pada diri dia dengan kelebihan yang ada pada matahari. Bulan tak sia-siakan peluang yang ada macam tu je. Bulan sedaya upaya memantulkan cahaya matahari dengan baik kepada bumi,agar bumi tidak berada dalam keadaan gelap gelita.

Hebatkan bulan ...

TAPI ..

Manusia ada kudrat yang lagi istimewa dari bulan. Manusia punya peluang untuk rukuk dan sujud kepada الله. Awal-awal kejadian manusia lagi, الله dah bekalkan kelebihan dan kekurangan dalam diri setiap anak adam. Hikmah kekurangan dan kelebihan itu membuatkan manusia saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

***
Bulan tak pernah mengeluh, walau hakikat penciptaanya lompong. Tak pernah merungut kerana fizikalnya kosong. Tak pernah melatah, menyesal diciptakan sebagai bulan.

Hebatkan bulan?

TAPI ..

Manusia lagi hebat, sebab manusia ada akal. Mampu berfikir dan buat sesuatu yang lebih baik dari bulan sebagai Khalifah di bumi. Dengan akal, manusia dimuliakan. Dengan akal manusia boleh berfikir secara rasional. Dengan akal, manusia mampu menjadikan kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri sebagai peluang untuk mendekatkan diri padaNYA. Dengan akal juga, manusia bisa menggunakan kelebihan dan kekurangan yang ada tepat pada masa,tempat dan keadaan untuk mengejar redhaNYA.

***
Bulan sentiasa berzikir tanpa henti tanda bersyukur, patuh dan ta'at pada ILAHI.

Hebatkan bulan???

Tapi manusia lagi hebat..

الله cipta nafsu pada manusia. Siapa yang mampu mengawal nafsu dengan kawalan IMAN, dia dikira sedang berjihad. Walaupun hadis tentang melawan nafsu itu dikira jihad terbesar adalah dhai'f, tapi menurut Yusuf Al-Qardhawi ianya sebahagian daripada jihad. Dan jihad merupakan amalan besar yang juga mendapat perhatian الله..

***
Bulan sentiasa bersyukur.. Sentiasa ta'at pada perintah الله agar berpusing mengelilingi bumi.. Sentiasa berzikir tanda membesarkan Pencipta..

TAPI ..

Manusia bertambah hebat..

Sebab, lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah dan hati yang khusyuk dalam beribadah lebih dicintai الله berbanding yang lain. Manusia punya banyak cara lain untuk diamalkan tanda bersyukur sebagai hamba kepada الله.

***
Bulan, walau punya kekurangan, tak dibiar diri terus bermain lagu sendu. Tetap menerima bantuan sinaran mentari, memantulkan cahaya rembulan tiap malam pada tiap insan. Menjadi petunjuk arah perjalanan sang musafir. Menjadi antara tanda kekuasaan الله ..

Jadi, kalau bulan mampu jadi hamba yang baik pada الله, kepada tidak kita??!!!


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...