Skip to main content

Add Drop Subject

Bismillah..

Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam.

I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa.

Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman..

Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even takde la confident sangat. English language memang aku tak confident mana. So, bila tengok result untuk arabic tu not exit, aku ada satu perasan kecewa. Its mean aku kena ambik kelas apt dan ept untuk sem depan. But, i'm still okay. Atleast satu sem je aku kena mengadap dua2 bahasa nie. Itu yang aku fikir.

Tetiba time nak add subjek for the Quranic language, aku tak dpt. Dah start cuak lah time tu. Tapi kawan2 aku cakap takpe, boleh add manual. So, malam tu just tgk jadual. Bila tengok jadual, all the classes are clash. Aku pun start berhuhuhu la memanjang. Still rasa boleh cool lagi la kot sementara nak tunggu esok. Doa tak berhenti supaya esok semua boleh settle.

Pepagi aku dah bangun nak buat urusan kat celpad (centre untuk pusat bahasa) itu. Ainul offer diri nak teman even dia ada kelas pukul 10. Aku okay jelah. Lagipun aku pun banyak benda yang tak tahu. So, aku on je.

Sampai kat celpad, masyallah sisters and brothers, ramainya subhanallah. Ainul ajak aku beratur, aku beratur je lah. Dalam hati dok berkira-kira nak tanya soalan apa. Hahaha.

Alhamdulillah, beratur tak lama sangat bila tanya why my schedule are clash and what i have to do.? Akak tu just jawab, "Kalau clash kita tak boleh buat apa. Awat just boleh add one of them and add another class for the next sem." Agak2 aku nak buat muka macam mana time tu.???

Its mean, setahun aku kena mengadap kursus bahasa yang mana tak sure lagi aku lulus atau tak untuk add sub next year. YaRobbi...........

For your information, untuk kuliyah aku, Islamic Revelead Knowledge and Heritage nie, aku kena pass dua2 bahasa baru boleh add subject untuk kuliyah. Selagi tak lepas band 6.5 for arabic and band 5.5 for english, selagi tu aku tak boleh nak masuk kuliyah. And guess what.? Result aku untuk arabic, band 6 and english band 5. Which mean just another 0.5 to exit. Faham tak perasaan tu macam mana.????? Ilahi robbi. Allah. Allah.

Sabar lah hati. Sabar lah.

And for one day aku berjalan jelajah satu uia untuk settlekan urusan nie. Turun naik pejabat harap2 aku dapat add dua2 sub apt and ept in just one semester. I'm really need it. Kalau setahun aku terpaksa duduk dalam kursus bahasa, maknanya ada la dekat 5tahun baru aku boleh grad dengan jayanya. Itu kalau takde masalah apa2. Nauzubillah, And satu lagi, urusan transfer credit hour tak tersenarai lagi okayyy. Masyallah. hasbunallah wanikmal wakeel.

Semalam, aku dah penat sangat. Semua urusan tak settle lagi. Aku balik mahallah dekat pukul 4. Terus tertidur kepenatan. Tuhan je tahu perasaan macam mana time tu.

Malam tu kakDnin ajak makan aiskrim nak suruh hilang stress. hahaha.  So cute of you lah kakDnin. Thanks jadi kakak untuk fiqah. :')

Hari nie, bangun lambat kes bajet kelas start lambat. Padahal tersalah tengok jadual. hahaha. Padan muka.

Around pukul 1.30, aku gerak nak pergi kelas apt. And aku dah drop ept coz aku rasa nak score apt dulu. Pergi kelas, time study aku rasa fun sebab full arabic and aku faham. Rasa kembali ke zaman dolu dolu. Cewwahhh. Okay stop. Jangan panjang2 sangat sebut pasal tu. Jadi lain nanti. hahaha.

Tetiba jumpa dengan lecturer, bincang2 dengan Dr Abdullah Kheir yang sangat lah kheir bagi aku,  dia setuju untuk lepaskan aku masuk kelas BI, tapi dia akan bagi aku kerja sekolah untuk aku buat dan kehadiran dia akan bagi penuh. Masyallah alaik ya Duktur. Rasa nak peluk Dr. :') Berkali-kali aku ucap terima kasih dekat dia. Even aku tahu aku tgh ada masalah lain. Hahaha. Sebab aku dah drop english kan pagi tadi so dlm slip aku, kosong. Takde pape list pun. Kahkah.

Aku dengan cuak, pergi ambik kertas add drop untuk add arabic.  Dah settle hantar borang semua, aku tetiba rasa bertambah serabut bila akak kat reception tu cakap, tunggu confirmation slip nanti. Aku blur sebenarnya. Confirmation slip tu apa.? Akak yang sangat lah tak mesra alam dunia akhirat tu pulak buat muka benci aku. Waaaa. Apa salah aku.? Jangan la buat aku lagi rasa nak menangissss. Tapi, aku balas je dengan senyuman. Sebab Rasulullah senyum. So, aku senyum. Even rasa nak nangis. Penat lah dengan semua nie. Penat sangatttttttttt. T.T

So, sekarang aku mcm dalam bahaya. Sebabnya dalam list aku takde satu subject pun. Hahaha.

Balik mahallah tadi dalam keadaan lemah gemalai mak enon enon, masuk cafe dengan mata bergenang-genang. Tak peduli dah ramai orang semua tu. Yang penting, aku nak nangis. Tetiba ada pulak yang mesej bagi kata-kata semangat. Apa lagi, menitik-nitik air mata. YaAllah. Terujinya rasa.

Aku tahu ujian nie tak seberapa, sikit je sebenarnya, tapi aku harap sangat, dengan ujian-ujian nie aku akan lebih menghargai masa dan peluang belajar yang Allah bagi nie dengan sebaiknya. Kena kurangkan berlaman sosial, kena banyakkan study, kena kurangkan tidur, kena banyak membaca.

Nanti dah ada anak-anak, boleh cakap kat anak-anak, "ibu dulu susah sangat nak dapatkan segulung ijazah, so anak-anak pun kena kuat semangat dan bersungguh-sungguh belajar. Gagal takpe, janji kita usaha." Harap anak-anak nanti rajin dan tak diuji macam aku. Hahaha.

Susah tu memang susah. Wallahi susah. Tapi, aku yakin ada hikmah besar disebalik kepayahan dan kesusahan nie. Ameen. Just believe on HIM. :)

YaAllah, kau ampuni dosaku, dosa kedua ibubapaku YaAllah. Dan terima amal ibadah kami dalam setiap hembusan nafas kami dan jadikan kami hamba yang bersyukur. Ameen.

Dah maghrib. Byeee

#AfiqahRozalie
#MahallahHafsah




Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be