Skip to main content

خيركم من تعلم القرءان وعلمه

Bismillah..

Alhamdulillah untuk hari nie. First kelas secara officialnya. Penat tau nak tunggu dapat masuk kelas nie. Kadang2 masuk kelas tanpa pengesahan dalam slip confirmation. Tension iolls. Tapi hari nie tanpa ragu, masuk kelas. Awal2 pagi dah senyum membayangkan kelas. Hehehe

Selamanya hamdalah. Atas nikmat ujian dan bahagia yang Allah bagi. Menangis, suka benda tu lumrah bagi manusia. Atas kita nak handle macam mana. Kan.?

Hari nie, after kelas arabic pagi tadi, tetiba dapat maklumat boleh add tilawah secara manual. So, apa lagi. Cepat2 aku pergi Celpad. Nak tahu status boleh ke idak. Alhamdulillah, walaupun agak sakit hati tengok abang hensem yang tak reti senyum tu, sub tilawah dapat jugak di add. Syukur sangat. Atleast takde la 'free' sgt sem nie kan. Ada dua kelas.

Kelas tilawah start pukul 1. Settle urusan kat mahallah cepat2 pergi kelas. Aku bajet org lain semua dah start belajar, rupanya masing2 baru masuk. So, takde la rasa ketinggalan sangat. Punya semangat hari nie, aku antara org terawal datang. Pastu duduk depan sekali. Hahaha. Okay la kan. Jarang nie aku semangat mcm tu masa dulu2 lah. hehehe. Dah. Zaman main2 tu aku kena tinggalkan sebab sekarang zaman fokus study. Banyak lagi benda yang menanti aku nanti.

So far kelas semua okay. Ustazah Aufa pun baik je gayanya. Cepat mesra. Nak dijadikan cerita, ustazah nak lantik ketua kelas, tetiba ustazah tanya sapa datang kelas paling awal.? Haaa. Ambik. Hahaha. So, no matter what, ustazah nak aku jugak yg jadi ketua. Ingat dah tua2 nie taknak dah jadi ketua2 nie. Penat. Nak bersara, tapi sebab ustazah yang pilih, so, sami3na wa3atho3na. Aku senyum je lah. Nak cakap apa lagi kan..

Sebelum ustazah keluar, ustazah ada pesan pasal niat. Ustazah ingatkan semua orang untuk tajdid niat. Jangan fikir nak kejar pointer tinggi sebab semua tu tak menjamin apa2. Kenapa ntah, aku jadi sebak. Nak2 bila ustazah sebut hadis Rasulullah,  خيركم من تعلم القرءان وعلمه ..

Segala memori aku datang balik menerjah fikiran. Sebak sangat. Sebab pada aku, ilmu Quran nie suci. Terlalu bernilai, even seluas padang pasir aku mendabik dada kononnya aku dah pandai bab tajwid, bab quran hakikatnya, aku tak pandai pun. Banyak benda lagi yang aku tak tahu. Wallahi. Tuhan, jaga dan pelihara nilai ikhlas hatiku ini yaAllah. Ameen.

Moga Quran tak "merajuk" dengan aku lagi. Perit perasaan tu. Moga niat hati aku pun dapat aku jaga selamanya. Ameen. Ameen. Sebab aku selamanya hanya insan jahil yang bodoh. Yang tak tahu banyak perkara. Lagi banyak tak tahu dari tahu.

Cukup lah beberapa tahun lepas aku mensia2kan masa yang Allah bagi. Cukup lah. Aku taknak ulangi lagi. :') Insyallah.

Doakan perjalanan menuntut ilmu aku dipermudahkan, dan yang paling penting, aku kuat hadapi ujian2 Allah. Ameen.


#AfiqahRozalie
#iiumGombak

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be