Monday, July 4, 2016

Keadilan

Bismillah..

Hai. Long time no see yaahh.. act tak sibuk pun. Banyak buat benda bukan and banyak mengarut dekat twitter. That why takde kat sini. Haha

Okay. Kita story mory pasal keadilan tau malam nie.

Haa. Yee. KEADILAN. Eh bukan keadilan yg parti keadilan tu. Bukann. Nie pasal humanity. Kait ke.?? Entah. Tapi pasal keadilan lah. Yg sikap adil tu. Adil yg tu. Bukan lain tau.

Maksud keadilan nie ialah meletakkan sesuatu kena pada tempat. Bukan sama rata okay. Ramai salahfaham kan.

Contoh. Kau perempuan. Ada adik lelaki. Adil tu bila ayah kau belikan kau baju kurung dan adik kau baju melayu. Bukan dua-dua dpt baju kurung atau sebaliknya. Kalau yang tu, baru istilah sama rata. Faham kan.?

Okay. Apa yg aku nak cerita nie is pasal aku lah. Ofkos. Takkan blog aku nak cerita pasal org lain pulak kan. Hahaha

Cerita dia. Semenjak dua nie aku asyik fikir pasal keadilan dlm hidup. Kenapa ntah otak nie ligat fikir psl tu. Maybe sebab aku teruji kot dengan benda nie. Tu sebab jadi fikir je memanjang.

Eventhough aku tahu tiada keadilan dlm dunia nie sebab keadilan tu milik Allah. Mutlak milik Allah. Hatta rasulullah pun tak mampu nak berlaku adil dlm mencintai isteri2 baginda. Sebab apa, bukti manusia takde yg sempurna dengan sifat adil nie.

So that, benda nie menghantui aku lah semenjak dua nie. Bila aura negatif nak dtg, aku cuba lawan. Lawan dengan cari hikmah cepat cepat. Sebab aku taknak hidup dlm keadaan down kecewa sedih. Aku taknak. Sebab pada aku, benda tu akan membantut kebahagiaan kita. Selalunya bila dtg mood nak fikir buruk atau memendam sesuatu dihati sanubari nie, aku akan cari seseorg untuk aku luahkan segalanya. Lepas dah membebel berjela-jela, slow slow aku penyakit sedih kecewa n semua yg negatif tu akan terhakis.

As manusia biasa, aku tak terlepas untuk mempersoalkan segalanya. Kenapa dia boleh, aku tak boleh.? Kenapa dia lebih, aku mcm tak dipedulikan.? Kenapa dia dapat, aku tak dapat.? Kenapa... kenapa... kenapa...

Lumrah manusia lah tu. Asyik asyik kenapa asyik asyik kenapa. Huh.

Tapi, tak tahu lah mcm mana. Tapi aku selalu dpt rasa Allah pujuk T.T pujuk yang sungguh sungguh. Sampai aku rasa mcm sebak sangat dengan pujukan Allah.

Mana taknya. Kita tgh sedih, marah geram tetiba dtg seseorg pujuk kita. Mesti lah happy kan :D

Sama lah dengan situasi nie. Allah pujuk.

Aku bukan lah baik. Tapi Allah tetap pujuk aku.

Mungkin bukan pujuk yg terus pujuk. Tapi sikit2 aku rasa pujukan tu. Aku tahu Allah tak pernah tinggalkan aku. Kdg2 aku rasa biarkan perasaan nie kekal sampai bebila sebab aku nak rasa dipujuk tu smpai bila-bila. Terutama waktu hati tgh down.

Rapuh.

Aku takut aku kecundang. Nauzubillah. Moga dijauhkan.

So, bila ingat balik apa-apa yg berlaku. Aku akan cepat-cepat cakap pada diri. "Fiqah, Allah je yang Maha Adil. Biar tak dpt dekat dunia. Biar rasa kurang dekat dunia. Sebab nnt dekat akhirat Allah akan cukupkan. Allah ada. Allah Maha Adil." Ulang ulang. Bukan untuk org lain. Tapi untuk diri sendiri.

For those yang selalu rasa down, ingat.!

Jatuh bangun kita, lemah kuat kita, kita yang tentukan tau. Buka  org lain. Kita yg berhak keatas diri kita. Kita yang layak untuk tentukan apa yang kita nak. Sebab kita ada Allah. So, jangan cepat rasa negatif bila kita rasa apa yg manusia lakukan dekat kita, tak memuaskan kita.

Ingat.!

Manusia tu banyak kelemahan tak terkecuali kita. Kita pu  banyakkkkk kelemahan. Allah je yg sempurna. Bila berharap pada manusia, jangan letak harapan tinggi tinggi. Gantung harapan pada Allah. Biar terpujuk sikit hati tu.

And dengar sini.

Dunia memang tak pernah adil. Faham tak.?

Yg adil tu Allah.

Kita ada Allah kan. Bagitau Allah segala-galanya. Even nak beli brg pun kena bgtau Allah. Minta Allah izinkan. Minta Allah mudahkan dan murahkan rezeki.

Aku selalu lupa bab nie. Bab minta dekat Allah untuk urusan yang remeh pada kita tapi besar hikmah kalau kita minta dengan Allah.

Andai urusan yg kecik pun kita disarankan meminta pada Allah. Apatah lagi untuk urusan yang besar. Contoh, kesihatan, pelajaran, kewangan, jodoh dan pekerjaan. Betul tak.?

So, masih mempertikaikan keadilan dunia.?

Kalau masih, jom koreksi hati. Ketuk kesan2 hitam tu dengan istighfar. Minta dgn Allah, hakis segala kesan2 hitam tu. Biar kita tenang menyusuri perjalan sebagai seorang hamba Tuhan dibumi ini. Cewwah. *BilaUstazahBerkatakata* hehehe

Okay. Dah.

Ana mengantuk sudah.

Ramadhan masih berbaki kan.? Jangan lupa banyakkan doa. Minta ampun dengan Allah. Semoga kita tak tergolong dlm golongan yang disebut dalam doa nabi, "celaka bagi orang yang apabila telah berlalu ramadhan dosa2nya tidak diampun." Nauzubillah.

Act, aku plan nak buat satu projek tapi tak tahu nak start macam mana plus tak bagitau sesapa lagi. So, rasa takde supportter. Macam mana nak support kan kalau tak bgtau org... hahaha. Takpe lah. Tunggu nnt dah bersedia, i habaq.

Have to go. Esok sahur. Selamat malam cinta hati. Haha

Bye. Assalamualaikum.